Saturday, April 9, 2011

Mengidam + Manis = Cheese Cakesssssss....

Morning Korang,

Pepagi weekend sabtu ni aku duk mengadap PC kan, nampak nau tak de keja nak buat. Actually nk buat sarapan but update blog dulu lah kejap.

Apa yang buatkan kita gembira? Of courselah salah satunya ialah Food kan. Sapa yang tak suka makan? Kalau x fikir pasal sihat, confirm2 semua orang akan makan makan dan makan. Setuju tak? Hah kan betul kan.

Dah 3 hari aku ni mengidam nak makan something yang manis. Nak singgah kedai kek asyik tak sempat je bila time balik. Bila dah singgah kek yang aku nak tu abis plak so kenalah tunggu hari esok2nya kan. Jadi malam tadi, aku heret jugak mr Big pi cari kedai kek yang ada jual kek ikut tekak aku kan. Dapat jugak kan.

Ini dia kek yang di idamkan minggu ni, dah macam orang mengandung plak kan. Kalah sumijelly plak aku ni.

Rasberry Cheese

Chocolate Fudge

Yogurt Strawberry Cheese

Hah kau, beli sekali 3 slices kan. Sangat lazat ok. Termenung jugak bila tengok kek ni sebelum makan. Lepas dah amik gambo apa lagi, terus bedal lah. Bila masuk je dalam mulut tuh. uiskk nikmatnya damm good. Yelah aku rasa dah lama betul tak makan kek kan. Last makan masa birthday mr Big hari tuh.


Tengoklah aksi peminat kek tegar ek. Seksi kan. Bila dia tengok, malu plak rasanya. Hehehehhehehe.



Inilah outcome nya. Cheese cake selesai tinggal saki baki chocolate fudge je. Air sarsi tinggal suku botol. Hahahahaha

Bila dah abis makan, tup tup baru teringat. Banyaknya kena bakar lemak esok ni. Berjam-jam lah kena exercise kan. Padam muka memasing kan. Tadi masa bedal langsung tak ingat now ni plak tup tup ingat pasal kesihatan.

Ermm lepas ni tobat nak makan cakes lagi selama 2 bulan. Huahauhauhauahua..

Happy Weekend Korang!


12 comments :

Noriz said...

eee...pagi2 dah uat jeles tau... sedapnye kek tu...huhuhu

KiD said...

hhehehe.. sedapnya.. Mr Big seksi laaa.. ekekee
Terima Kasih Nuffnang dan ChurpChurp!!

transformed housewife said...

mmg masa nak mkn bedal je dulu. lps tu baru rasa bersalah. hehe. Knur pun mcm tu jugak.

♥MAMASYAZA♥ said...

baru je makan raspberry cheese cake, masa birthday ami baru2 ni

J.M.R said...

skali skala takpe..heheh..enjoy the life..

Piah Becok said...

thanks. saye lapa tengok kek tuh. ade la pasni rosak dapur den buat kek batik kang...

CikLilyPutih said...

@Noriz
ermm sedapkan, jawabnya pi beli nanti tau..

CikLilyPutih said...

@kid
itulah sexy plak aku rasalah.. tapi dia ok je kan

CikLilyPutih said...

@transformed hsewife
alah lemak belakang kira lah, sekali sekala kan

CikLilyPutih said...

@mamasyaza
sedapkan yogurt cake, menyesal x beli 2 slice hari tu lah

CikLilyPutih said...

@JMR
itulah, enjoy the life kan

CikLilyPutih said...

@Piahbecok
hah klu dah siap kek batik tu anto sket kat kite tau