Thursday, January 13, 2011

Homemade Big Mac Burger

Hi Korang,

Malam tadi merupakan malam yang malas bagi ktorg berdua. Yelah memasing balik dah penat ditambah lagi hujan so everything malas lah. Malas nak kuar makan, malas nak mandi, malas nak masak dan segala jenis malas lah.

Oleh kerana terlalu malas sangat, ktorg dinner dengan apa yang ada dalam fridge tu aku masak. So tercetus lah idea nak masak homemade Big Mac Burger nie. Ini MrBig punya idea lah nie, balik dia bukak2 fridge scan apa yang ada dalam tuh then trus je suruh aku masak.

So bahan-bahannya:


Haruslah ada roti kan. Dah nama pun burger. Daging burger cap Ramly sebab sedap. Telur ayam yang mesti kena basuh dulu. Bahan2 perasa seperti cili sos, kicap seasoning, lada sulah. Perasa nie ikut kesesuaian tekak lah kan.


Memula goreng telur dulu. Tolong jangan ikut cara aku goreng telur. Ini style orang pemalas masak. Style ak cepat je. Tapi cantik plak aku goreng ek. Selalu kuning dia dah pecah2.


Kemudian goreng daging burger plak. Hah aku sula goreng daging nie letak seasoning dengan lada sulah. So baru ada umpph sket.


Lepas dah siap goreng2, so susun lah secantik. Aku buat 3 tingkat. Level bawah letak daging dulu. Letak cili sos sket untuk bagi lagi kick lagi lah.Tapi tak cantik aku goreng, daging tu jadi lonjong plak.


Dah susunlah untuk level 2 plak, letak telur okeh. Then terus letaklah daging lagi untuk tingkat atas sekali.Ala suka hati korang lah kan.



Ta.da... dah siap pun. Homemade Big Mac Burger version ktorg yang pemalas. Resipi ini juga sesuai untuk surirumah, isteri2,anak2, anak2 dara, org bujang yang malas2... hehehehe. Apa macam, senang kan?

Have fun, korang..

22 comments :

Nurul chumel said...

wah. bgus idea kak lily nih.
buleh la saya yg pemalas ni try kan?

daydeck86 said...

buat aku lapor jerk

Norasikin said...

Memang kena sentiasa ada makanan segera mcm burger ni dalam peti sejuk. Tgh malam kebulur, ada jugak benda nak makan. Saya buat daging burger dan roti burger sendiri untuk kegunaan sendiri supaya saya dan keluarga mendapat makanan yang berkhasiat. Boleh belek resepi burger daging citarasa barat dalam blog saya.

JAI said...

Perghhh..buat sendiri compom sedap sebab boleh makan banyak-banyak..hehe..ko tolong buat utk aku suruh Mr. Big Hantar nanti ek ciklily..hehe

isabelle said...

wah wah wah..meriah betul minyak yg kau guna tu ye..keh keh

h4ni3 said...

letak cheese, letak salad, lagi mantap beb!

AdD said...

memang sonang... babe? aku supply nugget Mc D frozen mc chicken burger... RM15/kg nugget 1 packet ada dlm 40-50ketul.. mc chicken ada dlm 20ketul++.. kalau nak bgth aku htr kt ko...

suzzsuzie said...

resepi malas ni mengenyangkan n budak2 suka..betul x cik lily

Liza said...

liza suka ramly burger, lagi best dari big mac

akiss ferrero. said...

haha. sdap btul kelihatan. nk try jugak! ;p

CikLilyPutih said...

@nurul chomel
memang utk org pemalas pun heheh

CikLilyPutih said...

@deck
blk umah buat, jimat sket duit kan

CikLilyPutih said...

@norashikin
akan ku belek nati resipi mu itu

CikLilyPutih said...

@jai
ko nak boleh.. boleh blah.. hahahahah

CikLilyPutih said...

@belle
ko memang sayang aku kan, segala benda psl kesihatan mesti ko belek ek... dont worry nanti aku antau akt umah ko

CikLilyPutih said...

@hani
dah itu je yg ada dlm fridge kan..

CikLilyPutih said...

@ad
itulah aku pun nak tanya ko pasal nie lah

CikLilyPutih said...

@suzzsuzie
betul3x(style upin ipin)

CikLilyPutih said...

@liza
of course ramly is the best

sw33tdarling said...

wahh ini namanya mencabul selera kuuuu!
Last day today!! GA PILIH THEME BLOG

hazman aka species1980 said...

nie... kalau makan sure konyang tak hingat....

ULtradya said...

tgh2 lapaq nih....sumanya kunampak begitu tempting