Showing posts with label homemade Big Mac Burger. Show all posts
Showing posts with label homemade Big Mac Burger. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Homemade Big Mac Burger

Hi Korang,

Malam tadi merupakan malam yang malas bagi ktorg berdua. Yelah memasing balik dah penat ditambah lagi hujan so everything malas lah. Malas nak kuar makan, malas nak mandi, malas nak masak dan segala jenis malas lah.

Oleh kerana terlalu malas sangat, ktorg dinner dengan apa yang ada dalam fridge tu aku masak. So tercetus lah idea nak masak homemade Big Mac Burger nie. Ini MrBig punya idea lah nie, balik dia bukak2 fridge scan apa yang ada dalam tuh then trus je suruh aku masak.

So bahan-bahannya:


Haruslah ada roti kan. Dah nama pun burger. Daging burger cap Ramly sebab sedap. Telur ayam yang mesti kena basuh dulu. Bahan2 perasa seperti cili sos, kicap seasoning, lada sulah. Perasa nie ikut kesesuaian tekak lah kan.


Memula goreng telur dulu. Tolong jangan ikut cara aku goreng telur. Ini style orang pemalas masak. Style ak cepat je. Tapi cantik plak aku goreng ek. Selalu kuning dia dah pecah2.


Kemudian goreng daging burger plak. Hah aku sula goreng daging nie letak seasoning dengan lada sulah. So baru ada umpph sket.


Lepas dah siap goreng2, so susun lah secantik. Aku buat 3 tingkat. Level bawah letak daging dulu. Letak cili sos sket untuk bagi lagi kick lagi lah.Tapi tak cantik aku goreng, daging tu jadi lonjong plak.


Dah susunlah untuk level 2 plak, letak telur okeh. Then terus letaklah daging lagi untuk tingkat atas sekali.Ala suka hati korang lah kan.



Ta.da... dah siap pun. Homemade Big Mac Burger version ktorg yang pemalas. Resipi ini juga sesuai untuk surirumah, isteri2,anak2, anak2 dara, org bujang yang malas2... hehehehe. Apa macam, senang kan?

Have fun, korang..