Sunday, November 8, 2015

Tentang ALLIANZ FOODIE HUNT 2015

Hi Korang,


Aku tau citer ni dah basi but aku tetap nak citer kat korang gak.

So korang baca jugak ek!

Baca aku kata!!

Aku sebenarnya tak de plan pun nak join menda alah cam ni, sebab aku stamina badan dah tak berapa kuat nak lari dan aku cepat penat.


Masa Nannie call ajak masuk ALLIANZ Food Hunt ni aku dengan senang hatinya kata ok sajor tanpa langsung memikirkan apa-apa pun kan. Alah sekadar makan dapat cop then settle, itu je dalam fikiran otak aku. Alah sap sap soi gituh..

So on that day itself tuh baru aku rasa cuak sket.


Rupanya contestant lelain kemain bersemangat waja lagi tau nak memang food hunt ni. Siap ada yang bawak props untuk bergambar dengan makanan nanti, yang dah siap sedia rancang strategi tu lain citerlah kan, lagi hebat.




Cam biasa bagi setiap event, kena ada kata-kata aluan gituh, Kemudian ada senaman Zumba yang kasi energy sket untuk setiap contestant tapi aku duk sibuk bergambar je kejenya. Alah orang social media memang cam perangainya.

Let the race begin !

Ambik ko, bila baca guide yang di berikan terus aku jadi terpinga-pinga kejap. Seperti bukan yang ku jangka tadi, selain kena melawat dari satu checkpoint ke checkpoint lain untuk dapatkan chop ada pulak soalan bonus yang menduga akal gituh.


Misi 1 : Nasi Kandar PELITA Jalan Ampang


Naik train sampai Ampang Park, kemudian berlari turun ke restoran Pelita ni, amik ko si Ayu yang telan mee goreng mamak tu panas-panas ek. Ishkk ngeri. Tapi kat sini aku rasa cam unfair sket sebab ada group yang datang lambat dapat makan dulu. Budak Ayu ni bukan kira, dia rebut semacam je kan.

Misi 2 & 3 : Kampung Baru



Kat sini kena makan nasi campur dengan nasi padang minang. Task ni si Nannie dengan Ayu yang buat sebab aku cam rasa lembab benau sampai ke checkpoint tu so diorang bedal dulu. So dapat chop.

Misi 4 & 5 : Jalan Masjid India


Haruslah kena pi kedai India. Yang kedai manisan tu si Nannie yang buat, dan kedai mamak yang serve roti canai dengan telur setengah masak tu akulah yang buat. Langsung tak kunyah telan cam ulo sawa wei, giler arr sebab nak cepat.

Misi 6 : Pudu


Makan cendol ooo. Aku sendiri pun tak tau kedai cendol ni belakang Mydin Mall kat area Pasar Pudu ni je. First time jugak makan cendol pulut, aduiyai memang sedap bebenau ek. Lazattt

Misi 7 : Nasi Lemak Tanglin (failed)

Ni memang kerja gila, kitorang dah jalan almost separuh jalan but still tak jumpa jugak. Macam kene sorok kedai ni ek. Takut nak masa tak cukup, ktorang patah balik. Hampa benau sebab salah strategi kan huhuhu tak perlah pengalaman ni.

Misi 8 : Misi BONUS (kawasan Bangsar) -dari kul 11 sehingga 1 sahaja


Rupanya restoran Curry Ferciy, hah ntah cam no spelling pun aku tak ingat lah. Kena makan nasi beriani special. Tugas ni aku serahkan pada Ayu sebab dia lapar katanya. Hah amik ko makan puas-puas ek

Misi : BONUS CHALLENGE

Soalan BONUS ni cam penentu jugak untuk pemilihan ranking. Giler wei soalannya, nampak mudah tapi tricky ok. Yang kelakarnya kan bila fikir-fikir balik jawapan yang kitaorang kasi, mostly si Ayu yang bijak tu cekap sket berfikir kan


Jawapan team kitaorang:-

1. Teh Tarik (yang ni betul)

Ans: teh Tarik

2. APOM (kitaorang silap sepatutnya jawapan penuh APOM BALIK)

Ans : Apom Balik

3. Biskut bijirin, kahlkahkahakah...takleh blah...idea asal...coward dalam BM pengecut..so cam ada bunyi kut kut tu yang bantai biskut..lepas tu bijirin sebab word grain, kahkahkah

Ans : Chicken Rice Ball... bengong punyalah jauh jawapan betul dengan jawapan kitaorang, kahkah

4. Roti Paun...yang ni jawapan lagi takleh blah.....Sebabnya gambar bom tu Nannie kata pokok. Si Ayu dengan aku pun follow bantai ingat pokok. 

Kalau ikut jawapan Nannie, dia rasa the bread story....hahhaha lagi larik jauh bukan nama makanan jadi nama kedailah pulok. Saya rasa kitaorang jer kot yang jawab salah soalan ni, kahkah...

ans : Roti Bom

5. Ayam Pongteh (ok ni kitaorang betul)

ans : Ayam Pongteh

6. Sata...yang ni pun kelakar. Ekceli si Ayu google yang keluar Pulau Perhentian, Pulau Ketam. Sampai nak suggest nama makanan Mee Ketam, hahahahaha..

Last2 aku kata Sata kot ...sebab pantai timur kan

ans: Rendang (cluenye Pulau Redang)

7. Tongkat Ali buahahahahahahahhahaha..

Idea dari Nanie dia kata 50U tu maksudnya 5o tahun ke atas so ianya releven untuk minum tongkat ali. Cam si Ayu fikirkan gambar lelaki itu membawa maksud SADO..hahahah

ans: BAULU

8. Pisang. salah gak...sebab kurang lengkap. Aku sendiri tak paham cam ne leh dapat pisang goreng ek

ans: pisang goreng

9. Pasembur (yeayyy yang ni kitaorang betul)

ans : Pesembur

10. sup ekor, hahahahah

Idea dari Nannie, sebab dia kata dia gugel kuar nama sup ekor.. Aku pula cadangkan kopi sebab bersempena dengan nama kedai kopi nora danish.

ans : otak-otak

Bila membandingkan jawapan dari team kitaorang dengan jawapan sebenar memang kelakar...Jauh beza tapi memang bestla, sebab belajar sesuatu yang paling penting dalam hidup "must think out of box and be creative!!"


Hah itulah dia serba sket mengenai ALLIANZ Foodie Hunt yang aku sertai untuk pertama kali dalam hidup kan. Next time, kalau ada peluang lagi of course aku nak join lain sebab pengalaman tu yang paling best sekali. Dari sini kita dapat kekuatan dan kelemahan kita dan bagaimana kita get together dengan orang lain ek. 

So next time nak join lagi?

Haruslah kannnn




3 comments :

Wak Lat said...

wak pon dh lama benenor x join treasure hunt camni., sonok kanns ;p

adianiez AIDA said...

seronok nyer !!!!
a'ah la. jauh aje jawapan dari clue yg beberapa tu.
aida yg dok baca entry ni pun dok menduga akal :)

AyuArjuna BiGoshh said...

hahahahahahah

kelakooo pulak bila ingat2 balik hahahah