Wednesday, November 18, 2015

Ke Tasik Banding Perak Bersama KTM Bikerz

Hi Korang,


Nak tau tak sekarang kegilaan Mr Big apo?

Hah, ride pulak. Sejak dia beli motor KTM 390 ni kejenya asyik nak pi ride je dengan club members yang lelain. Aku tak kisah pun apa dia nak buat tapi jangan menyusahkan dan menyakitkan hati aku udah ler ek.


So dia memang selalu pi ride jejauh ni dah aku tak akan pernah ikut sebab aku tak nak jadi pembonceng, bukan apa dengan saiz badan yang comey ni aku tak rasa confident pun nak duduk belakang tuh. But kali ni beria dia ajak aku pi. Aku pun cakap oklah sebab pi Tasik Banding tuh, tempat yang belum pernah aku pi and funny part is kalau convoy motor mestilah semua orang nak naik motor kan tapi aku no ek, aku drive kereta ikut convoy diorang ni.

Giler kan..memang tak pernah di buat orang sungguh.


Tempat berkumpul di R & R Sungai Buluh. Ni kira first time aku nak mingle around dengan bebudak motor. I have no idea nak sembang pasal apa nanti ek, bawak motor pun aku takut inikan pulak nak citer pasar sparepart motor ek. Kalau pasal kereta tu mak boleh gebang la kan..



Ladies bikers tak silap aku ade sorang je yang join the rest jadi pemboncend belakang, alah diorang ada terms pakai pembonceng ni tapi aku lupa plak. Ok borak-borak kejap then aku jalan dulu lah. Yelah naik keta mana boleh laju memecut cam naik motor kan.



Masa highway nak ke Kuala Kangsar ni, aku tak terserempak pun dengan bebudak KTM bikerz dengan Mr Big sekali yelah jalan dulu.Janji bagitau nak pit stop kat mane so aku tunggu kat situ. Masuk Kuala Kangsar baru jumpa balik then ktorang singgah lunch kat Kuale ni. Tak sempat nak amik gambo wei, dan sememangnya Kuala Kangsar memang bandar yang cozy je aku rasa. Orang-orangnya rileks je tak de pun in hurry cam orang kat KL cam aku ni ek

nampak labu sayong beso kat belakang tuh kan

Lepas lunch gerak ke Banding. Alah tempat yang sekali dengan Hutan Belom tuh. Betul-betul sebelah je tau. Aku siap google dulu sebelum pi ni ek,maklumlah tempat baru kan. 


Excited wei, dan kali ni aku memang tertinggal ke belakang. 

Lalu jalan kampung, mane boleh lelaju. Motor bolehlah berdesup diroang hilang. Aku kejar balik, bila dah dekat hilang lagi. Sudahnya jumpa balik kat pekan Gerik. Yang best tu diorang kalah bab isi minyak lah, pecut sket top-up minyak balik. Aku rileks je tunggu diorang kat stesen minyak ni. Setiap kali berhenti Mr Big mesti cakap sakit belakang bagai, hah rasakanlah barulah jadi bikers kental ek hahahahahaha

nampak lepak-lepak kat petrol pump isi minyak

gambo macam dalam poster kan, itulah kehebatan iphone 6 ni ek hahahhaha

Daripada pekan Gerik ke Hentian Titiwangsa untuk tengok view cantik tuh memang betul-betul mencabar minda dan fizikal. Aku yang bawak kereta ni pun, layan lap corner-corner, inikan plak motor kan. Aduiyai siap boleh cecah jalan kepala lutut diorang ni.. ishkk ngeri siot.


Sampai Hentian Titiwangsa dalam pukul 3.30petang cam tuh, itu pun Mr Big dah give-up suruh patah balik sebab tak jumpa-jumpa pun Hentian Titiwangsa ni tapi aku nekad je drive slow-slow kan dan akhirnya sampai jugak.


Memang cantik view Hentian Titiwangsa ni, yelah kemuncak Banjaran Titiwangsa katanya. 

muke orang sakit belakang akibat merempit

boleh buat header blog ni ek cantik bebenau

Walaupun panas terik memancor tapi sejuk sebab berangin, tanah tinggi katanya. Lepak kejap dalam1 jam gituh then ktorang turun bawah balik untuk check in di Banding Lakeside Inn.


Banding Lakeside Inn memang sesuai untuk berehat sambil menikmati keindahan alam di kawasan Hutan Belom ni. Tenang, aman dan damai. Nanti aku tulis pasal bilik hotel kat sini. Luasssss biliknya tau.


Kat sini memang rileks tak de tempat nak huhahuha pun. Lepas makan ktorang duk lepak kat lobby. Kat sinilah ktorang borak-borak, update status, lap-lap motor bagai kan. Hahahaha mak tak de motor noks, so tengok diorang jelah lepak-lepak.


Ni layan view di Tasik Banding ni dulu ek. Best kan! best kan! best kannnnnn..... Argh windu Banding....

minum kopi dulu as usual kan


mata sakit ek kak? sengal kan

rupanya kena pakai sarung kepala cam ni ek, manalah mak tau nok

Esoknye masa turun dari Banding tuh, walaupun tengahari tapi hujan sepanjang jalan. Bila hujan lebat sket diorang kena berhenti, so aku jalan jelah sampai last pit stop ktorang kat sungai Buloh balik. Basah lencun memasing bila sampai, cian pulak aku tengok kan. Mr Big memang dah kuyup abis dah. Sampai umah mandi-mandi then terus tidur sebab sakit belakang katanya.


Apa-apa pun pengalaman ni sangat awesome. Dapat berjalan ke tempat orang, dapat kengkawan baru dan memacam lagi lah.

Seronok wei !


By the way, ktorang dengan team Alza ada lagi ek cuma diorang tak banyak jalan sangat la lately ni.


3 comments :

tiga lalat said...

iphone 6 memey chantek gmbrnye tau xper., ;p

Rizziela said...

bestnya ada team.. blh together2 lepak

ietams said...

fuiyooo dah jadi awek biker eh sekarang.
patutla makin ranggi