Friday, November 27, 2015

DETTOL – Hygiene School Challenge Closing Ceremony

Hi Korang,


Lama tak pi event Dettol kan, so hari tuh sempat jugaklah aku ke majlis penyampaian hadiah bagi Misi Kebersihan Sekolah – Dettol di Everly Hotel Putrajaya ni.

Jenama Perlindungan Kuman No.1* Malaysia, Dettol, dalam misi mendidik kanak-kanak sekolah mengenai kepentingan kebersihan tangan bagi mengekalkan tahap kesihatan dan kebersihan peribadi. Penerajukesihatan yang dipercayai ini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendekatikanak­ kanak melalui program sekolah yang dikenali sebagai Misi Kebersihan, dengan janji untuk mencapai 1.5 juta orang kanak-kanak dalam tempoh lima tahun. Menerusi program ini, kanak-kanak sekolah belajar mengenai kuman dan bakteria yang terdedah kepada mereka melalui tangan mereka setiap hari dan kepentingan membasuhtangan,terutamanya sebelum makan. Selain pendidikan dan kesedaran mengenai kebersihan tangan dan sanitasi,program ini juga menggalakkan sekolah-sekolah untuk menjana kempen kesedaran mereka sendiri untuk terusmemupuk tabiat mencuci tangan yang baik.


"Misi Kebersihan Dettol untuk program sekolah adalah selaras dengan keutamaan 'Kebersihan diri' dalam Program 3K KPM- Kebersihan,Kesihatan dan Keselamatan. Apabila kita meningkatkan ketiga-tiga aspek utama, kita boleh menyerlahkan keindahan sesebuah sekolah yang mengambil bahagian. Sebuahsekolah yang 'cantik' bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada masyarakat tetapi ia juga dapat melahirkanpelajarcemerlang di samping memupuk hubungan yang lebih rapat dengan ibu bapa mereka. Bersama-sama Dettoldalam Misi Kebersihan, kita dapat mendidik Jebih ramai kanak-kanak di Malaysia. Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Dettol kerana berkongsi objektif yang sama seperti Program 3K kami," jelas VB. Tuan P. Kamalanathan P. Panchanathan, Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan.


Rakesh Kumar Singh, Pengurus Pemasaran Dettol, RB Malaysia dan Singapura berkata, "Kanak-kanak mempunyaisifat ingin tahu dan mahu menyentuh dan merasa segala apa yang dilihat- itulah cara mereka belajar. Setiap hari,tangan anak-anak kita bersentuhan dengan banyak benda dan ramai orang, dan jika mereka tidak dimaklumkanmengenai cara yang betul untuk membersihkan diri, kuman dan bakteria pada tangan mereka dengan mudahnya boleh menyebabkan ketidakselesaan dan penyakit biasa seperti selesema,sakit perut dan cirit-birit dan seterusnya menyebabkan mereka tidak ke sekolah.

Malah, satu kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pelaksanaan kebersihan tangan boleh mengurangkan ketidakhadiran sekolah sebanyak 25%**. Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga menyatakan bahawa mencucitangan sahaja sudah cukup berkesan untuk membunuh kuman dan menghentikan penyebaran jangkitan.



Tahun ini merupakan tahun kedua bagi Misi Kebersihan dan usaha ini telah berjaya mencapai 210,000 orang pelajar sekolah rendah tahun ini dengan penglibatan ibu bapa mereka, berbanding 54,200 orang pelajar pada tahun 2014. Program ini juga telah mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikandi setiap peringkat bagi memastikan ia berjalan dengan jayanya di sekolah dengan jangkauan yang lebih luas padatahun ini.



Dalam usaha untuk menjadikan proses pembelajaran ini menyeronokkan dan efektif, Dettol telah merancang beberapa aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak, seperti: sketsa pendidikan kebersihan tangan (untuk melibatkan pelajar supaya mereka memahami akan kepentingan kebersihan tangan), demonstrasi UV kuman (untuk menggambarkan bagaimana kuman merebak dengan mudah melalui sentuhan), 7 langkah mencuci tangan(demonstrasi penuh untuk mengajar kanak-kanak cara yang betul untuk mencuci tangan),beg cenderahati (mengandungi risalah pendidikan untuk mendidik ibu bapa dan memastikan tabiat kebersihan tangan untuk diteruskan di rumah) dan peringatan berterusan (dengan poster di dalam tandas dan kantin yang bertindak sebagaiperingatan). Menjelang akhir tahun ini, Dettol akan turut menganjurkan Ceramah Kebersihan Diri di 200 buah sekolah dan Hari Kantin di 53 buah sekolah.

Untuk terus menguatkan mesej yang ingin disampaikan, Cabaran Sekolah Dettol telah diperkenalkan tahun ini,di mana sekolah-sekolah bersaing antara satu sama lain untuk mengada kempen kebersihan yang paling berkesan. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian perlu merancang kempen mereka sendiri, yang bertindak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan kebersihan tangan. Para pemenang kemudian dipilih berdasarkan idea kempen dan aktiviti keseluruhan.


Sekolah Kebangsaan Perpaduan, lpoh dipilih sebagai juara Cabaran Sekolah Dettol dan pemenang untukcategori Kempen Kesedaran Paling Baik. Bersama dengan sekolah-sekolah lain yang menang, mereka telah dijemput ke majlis penutup kempen untuk menerima hadiah mereka daripada wakil Dettol dan KPM.

Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka membawa pulang Tempat Kedua Cabaran Sekolah Dettol, manakala Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Negeri Sembilan memenangi Tempat Ketiga cabaran tersebut. Pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga, masing­ masing akan menerima hadiah tunai berjumlah RM5,OOO, RM4,000 dan RM2,000 untuk sekolah mereka serta pengubahsuaian kantinsekolah daripada Dettol.


Pemenang yang lain termasuk Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka sebagai pemenang untuk kategori IdeaPaling Kreatif. Pemenang kategori Kempen Kesedaran Paling Baik dan Idea Paling Kreatif membawa pulang produk-produk Dettol yang berjumlah RM2,500 masing- masing.


Sempat jugak bergambar dengan hasil kerja anak-anak kecil ni ek. Nampak tak kreativiti diorang tu ek...




2 comments :

sitirohaida said...

yeay..sekolah Melaka menang

Sheila Adziz said...

tahniah kpd adik-adik... berbakat adik-adik ni... nice review... dah lama akak tak guna produk detol ni... erm.... pasni leh guna sml....