Friday, November 27, 2015

Mee Bodo Tengkera Melaka

Hi Korang,

Aku ni nama je orang Melaka tapi Melaka celup je pun.

Even nak pi Melaka town daripada umah mak aku kena guna WAZE wokeh, yelah majoriti jalan kat Melaka ni one-way kan, salah masuk boleh bawak korang ke Muor terus ek hehehehhe…

Memang lama teringin nak pekena Mee Bodo ni, mak datuk ramai benau orang tanye aku tapi aku tak leh nak jawab bengang sehh. Buat malu orang Melaka sungguh ko la kan Cik Lily oit !


So masa ada tender briefing kat Batu Berendam few weeks back, sempat aku singgah ke warung Mee Goreng Hassan atau pun lebih di kenali dengan nama Mee Bodo or Mee Lambung. Sengal je kan nama mee ni, sampai anak sedara aku cakap tak nak pi makan kat situ sebab nanti jadi bodoh lepas makan mee goreng tuh. 

nampak parking depan kedai je kalau ada kosong kan

Dari Batu Berendam tuh, aku guna WAZE je. Just taip Mee Bodo Tengkera terus keluar kat screen ek, tekan GO so follow sajor lah. Memang dalam town warung ni cuma nak pi tuh jalan jauh sket coz banyak benau jalan one way.

ramai plak dah time kul 9 pagi ni ek,, wei tak keje ke hah

nampak pakcik tu tengah goreng mee lambung ek

Mak oi, ramai orang lah pulak warung ni. Dapat ke aku meja ni ek. Alah sebab aku sorang boleh je tumpang meja dengan orang lain pun, aku bukan kisah pun janji dapat makan. Eh ada meja kosong plak, duduk dulu usha line tengok cam ne style diorang order dalam 2-3 minit lepas tu baru paham.

Orderlah jelah kat waiter lalu lalang tu, mintak teh tarik dan mee bodo je.

Telur goreng kena beratur pulak sebab diorang goreng on the spot kira makan panas-panas gituh kan. Arr kuasa aku makan mee sudah.


Tengoklah mee ni, memang betullah di gelar mee bodo. Kosong sekosongnya cuma ada sambal dan timun je. Nampak cam pedas tapi tak delah pedas mana pun. Lagipun kicap dan cuka di sediakan kat meja so taruk jelah ikut kesedapan tekak korang.

letak kicap sket baru sedapp

nampak? bukti makan 2 pinggan. pelahap sungguhlah pompuan gemuk ni kan

Makan sepinggan tak cukup so aku order sepinggan lagi, lagipun belum sarapan time tuh so tambah sajorlah. Tak yah nak malu-malu pun lagipun bukan ada orang yang kenal aku kat situ kan. Aduiyai memang meletup perut ooo akibat kekenyangan kan

eh brader yang tukang kira nak interframe jugak dalam blog aku ni kan. ok nak aku glamer kan ko ek

Murah giler wei harga semua sekali, unsangkarable sungguh. Aku punyalah bawak duit kemain banyak lagi selit kat poket kan heheheh tak luak pun.

Korang yang tetiba teringin nak makan Mee Bodo ni bolehlah ke:

Kedai Mee Goreng Hassan
Jalan Tengkera (near Methodist Girl School)
GPS Coordinates: N2 12.183 E102 14.097
Business hours: 8am till finish (Closed on Friday)

Memang kedai tepi jalan besar tapi ada parking sebelah jalan, ada 2 lot beso lagi. Kalau malas sangat nak park boleh park tepi jalan sekejap kan tapi jangan sampai MBMB saman sudah lah ye..

Dah selamat makan korang.....


2 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

yeah..betul..walau takde udang,sotong berenang-renang dalam mee tu,tetap sedap..murah pun murah...buat kat rumah pun belum setanding mee kat sini

luqman zakaria said...

walau pon mee bodo tapi pelanggan die ramai jgk..hehe