Sunday, November 22, 2015

Faber-Castell menawarkan lebih banyak pilihan Wonder Box

Hi Korang,

Anak-anak pasti suka pensel warna Faber-Castell ni kan.

In fact aku pun suker coz warnanya cantik dan seakan real bila di warnakan ek

Ramai kanak-kanak teruja kerana dapat menikmati aktiviti melukis menggunakan lebih banyak lagi pensil warna yang berwarna-warni daripada barisan produk Wonder Box yang diperluas untuk merangkumi keluaran Pensil Warna Faber-Castell Klasik.

Pensil warna kekal Faber-Castell menjadi kegemaran ramai kerana mata pensilnya lebih licin dan hasil lukisannya lebih terang dan tampak lebih hidup. Ini menjadikan pengalaman melukis, sama ada di rumah atau pun di sekolah, suatu aktiviti yang amat menggembirakan.


Wonder Box dengan ciri-ciri baru yang memudahkan pengguna mengandungi Pensil Warna Faber-Castell Klasik, dan kini ia boleh didapati dalam pek 12-pensil, 24-pensil, 36-pensil dan 48-pensil. Set pensil warna panjang lengkap dengan sebatang pensil 2B Tri-GRIP yang ergonomik dan dipatenkan, dan pengasah pensil untuk melengkapi keperluan melukis. Set pensil warna pendek pula dibekalkan pengasah sahaja.

Wonder Box yang diperkenalkan tahun lepas sebagai bungkusan inovatif, tahan lama dan mudah untuk disimpan bagi Pensil Warna Air Faber-Castell 2-dalam-1 yang amat popular di kalangan kanak-kanak dan ibu bapa. Pensil warna yang mengandungi pigmen boleh larut pekat tersebut boleh digunakan sebagai pensil warna biasa atau cat air.

Pek Wonder Box baru dilengkapi dengan pemegang, mudah dibawa ke mana sahaja, dan penyokong untuk mempamerkan pensil warna dengan lebih rapi dan mudah untuk diambil. Selain itu disediakan tali silang yang boleh ditanggalkan pada pek Wonder Box 36 dan 48-pensil untuk meningkatkan keselamatan isi kandungannya.

“Direka untuk memudahkan penggunaan kanak-kanak, Wonder Box boleh didapati di seluruh Malaysia telah mendapat respon yang positif di kalangan ibu bapa sejak pelancarannya tahun lepas. Ini memberikan kami lebih semangat untuk memperluaskan barisan produk ini yang merangkumi Pensil Warna Klasik pada tahun ini. Kami juga memperhebatkan fungsi Wonder Box besar dengan membekalkan tali silang yang boleh ditanggal untuk mengimbangkan beratnya demi memudahkan penggunaan harian kanak-kanak,” kata Pengarah Urusan Faber-Castell Asia Pasifik, Dr. Toh Yan Peng. 

“Melalui aktiviti melukis dan mewarna, kanak-kanak berpeluang meluahkan perasaan mereka sambil meningkatkan daya kreativiti. Bagi kanak-kanak kecil, kemahiran mewarna dalam rangka lukisan yang tersedia dan memilih warna sahaja dapat mengembangkan pemikiran dan menajamkan penumpuan, di samping mengisi masa lapang secara produktif,” tambah Dr Toh.

Barisan produk Faber-Castell Wonder Box boleh didapati di semua kedai buku serta pasar raya terkemuka utama di seluruh negara. Pensil Warna Wonder Box Klasik dijual dengan harga bermula dari RM7.50 – RM56.90, sementara Pensil Warna Air Wonder Box dijual dengan harga bermula dari RM7.90 – RM59.90.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produknya, sila layari www.faber-castell.com.my

3 comments :

Unknown said...

Tq sharing CikLily..nak belikan gak tuk anak2..

ietams said...

ni memang favourite brand anak² saya ni
tiap tahun memang wajib beli 2-3 kotak pencil colour utk sorang.

Rizziela said...

Anak bujang dah dpt 1.. this year pun kena beli gak..dia suka