Thursday, May 14, 2015

Sarapan Pagi Di UMMIE HARMONY, Sikamat Seremban

Hi Korang,

Masa aku ke event di Seremban Prima Mall hari tuh, aku sempat bersarapan pagi di area Sikamat ni.

Alah memang tak tau dan tak plan pun ke mari.

Sebab Mr Big malas nak ikut dan aku still ada masa lagi sampai kul 11 so aku ronda-ronda kat dalam pekan Seremban ni. Nampak banyak kedai India je, ini tak boleh jadi. Parking tepi dan start searching tempat sarapan pagi di Seremban. Banyak kali gak scroll atas bawah pi next page dan akhirnya sampailah ke UMMIE HARMONY ni.


Ermm nama kedai kemain syiok lagi, jual menu makanan sarapan macam roti canai, murtabak, nasi lemak, mee goreng bagai, orite inilah kedainya yang boleh mengisi kekosongan dalam perut ni. 

Start WAZE dah follow je instruction yang si Tom tu bagitau ek. heheehe

Pusing sana pusing sini dan akhirnya sampai gak, area Sikamat ni. La rupanya tempat yang biasa aku lalu kalau keluar dari toll LEKAS highway kan. Sini yo hah!

Kedainya tepi jalan, senang orang nampak kan.


order nasi lemak, mee goreng kat sini

Yang pelik sket kat kedai ni, kak amik order tu cuma amik order air je, bab makan kena self-service so korang pi lah kat kaunter yang di sediakan. Tergagap jugaklah aku sekejap kan dengan nak cop meja, dengan nak pi amik makanan ermm nasib baik tak de orang duduk kat meja aku tuh. Payah jugak pi makan sengsorang ni kan, but aku ok je. Alah janji makan, apa ada hal dengan orang lain.

Of courselah aku makan murtabak daging.



Sedap, beso saiznya, bawang boleh tahan banyaknya. Kuahnya sedap dan sambalnya tak pedas. Sesuailah dengan tekak aku yang tengah mengelodak lapar ni. 


Harga murtabak daging dengan teh ais = RM4.90 ermm murah kan. Murah giler wei, kita yang dah biasa makan mahal ni rasa syukur sangat sampai nak tambah je lagi sekeping roti canai tapi apakan daya perut dah sengkik kan..

Terus drive ke Seremban Prima Mall dengan senang hati... lalalalalalalallalalla







4 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

memang nampak mabless murtabak tu..makan lagi panas² lagi..memang sedapkan..harga pun murah...

lieyalatif said...

yesss...murah sgt2..... menu pun nampak menarik tu ciklily...tak kedekut bahan...kire masak dgn kasih sayang laa ni hheheeheh

Diana Rashid said...

saya suka kalau murtabak macam ni..dia ada hangus2 sikit..lepas tu kulit garing...selalunya murtabak kulit dia lembik dan nipis tu yang saya kurang gemar..

hazman fadzil said...

whoaaa... memang aku teringin nak cuba laa.... tapi harga tu memang murah siot - kena singgah ni