Tuesday, May 19, 2015

Jom Sertai Kelas Memasak Pensonic 'Chef's Like' 2015 Bersama Chef Selebriti Dato’ Chef Haji Ismail

Hi Korang,

Siapa tak suka kalau dapat belajar masak dengan Chef Selebriti terkemuka kat Malaysia ni iaitu Dato' Chef Haji Ismail kan.


Kini atas permintaan ramai ianya kembali lagi selepas kempen yang amat menggalakan pada tahun lepas. Tahun ini, Kelas Memasak 'Chef's Like' Musim Kedua tahun 2015 akan lebih meriah dengan keseronokkan dan keceriaan yang berganda kerana Chef Selebriti Dato' Chef Haji Ismail akan menyemarakkan suasana di dapur dengan lima peralatan dapur gaya hidup yang baru dan juga bersama penaja baru iaitu Mamee Chef (Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd), penaja bersama kami dan E-City Hotel & M.I.C.E, penaja lokasi kami.


Tahun 2015 adalah tahun yang amat bermakna bagi Kempen Kelas Memasak 'Chef's Like' Musim Kedua tahun 2015 kerana pada tahun ini juga Pensonic akan meraikan tiga perayaan iaitu sambutan ulang tahun yang ke-50 KEAT RADIO iaitu Syarikat Ibu Pensonic, ulang tahun ke-33 Pensonic Holdings Berhad dan Ulang Tahun ke-10 Rakan Pensonic.



Peraduan Kempen Kelas Memasak 'Chef's Like' Musim Kedua tahun 2015 bersama Chef Selebriti Dato' Chef Haji Ismail bermula pada 18 April dan berakhir pada 18 Julai 2015. Penyertaan adalah mudah! Pelanggan-pelanggan boleh mengemukakan satu penyertaan bagi setiap pembelian peralatan dapur 'Chef's Like' bagi peluang memenangi tiket percuma untuk menghadiri kelas memasak eksklusif Chef Selebriti Dato' Chef Haji Ismail. Isikan borang penyertaan dan lengkapkan slogan “I want to Bring Chef Home because ....” tidak melebihi 50 patah perkataan. Borang penyertaan hendaklah disertakan bersama dengan salinan kad jaminan produk 'Chef's Like' dan salinan resit sebagai bukti pembelian. 


Semua penyertaan mestilah dihantar ke 

Pensonic Sales & Service (Cawangan Petaling Jaya) 
atau 
e-mel kepada fb@pensonic.com 

sebelum atau pada 18 Julai 2015. Pemenang peraduan akan diumumkan pada 24 Julai 2015 melalui laman sosial Facebook Pensonic dan panggilan telefon. 

Pemenang yang terpilih akan menerima dua (2) tiket setiap seorang untuk menyaksikan Chef Selebriti Dato' Chef Haji Ismail menunjukkan kepakaran memasak yang amat menyeronokkan dan juga belajar cara memasak dalam kelas ini.

Satu lagi pertandingan juga sedang diadakan secara serentak di Instagram di mana pemenang berpeluang untuk memenangi peralatan dapur terkini dari rangkaian produk 'Chef's Like'. Pemenang peraduan 'online' juga akan menggandakan peluang mereka untuk memenangi peralatan dapur 'Chef's Like' kerana mereka berpeluang memasuki Kempen Kelas Memasak 'Chef's Like' Musim Kedua tahun 2015 bersama Chef Selebriti Dato' Chef Haji Ismail dan memenangi tiket ke kelas memasak. Pemenang juga berpeluang untuk menyertai peraduan the 'Bring Chef Home'.

Sama ada pelanggan-pelanggan adalah amatur atau chef yang pakar memasak di dapur mereka, mereka pasti akan menikmati pengalaman dan mendapat ilham untuk memasak apabila mereka menghadiri kelas memasak kreatif dan menyeronokkan bersama Chef Selebriti Dato' Chef Haji Ismail. Kempen Kelas Memasak 'Chef's Like' Musim Kedua tahun 2015 akan bermula pada bulan Ogos dan akan dijalankan di lokasi-lokasi seperti di bawah:

• Kuala Lumpur @ 9hb Ogos 2015
• Kota Bharu, Kelantan @ 14hb Ogos 2015
• Melaka @ 16hb Ogos 2015
• Kuching, Sarawak @ 23hb Ogos 2015
• Pulau Pinang @ 29hb Ogos 2015

Kelas memasak pertama yang bermula di Kuala Lumpur adalah kelas yang sangat istimewa oleh kerana pemenang akan memasak bersama-sama dengan Dato' Chef Haji Ismail! Para pemenang akan disediakan dengan semua bahan-bahan dan peralatan memasak. Peserta hanya perlu berseronok sambil memasak! Selepas kelas memasak, setiap pemenang akan membawa pulang satu Pensonic Multi-cooker untuk meneruskan pengembaraan memasak mereka di rumah!

30 Ogos (Ahad) adalah acara kemuncak kelas masakan kami. Peraduan ini dibuka secara eksklusif kepada peserta-peserta yang telah mengambil bahagian dalam Kelas Memasak 'Chef's Like' Musim Kedua tahun 2015. Pemenang hadiah utama akan membawa pulang Dato' Chef Haji Ismail serta memenangi keseluruhan siri produk 'Chef's Like' untuk rumah beliau.

Bagi penonton di rumah, mereka juga boleh menonton program Dato’ Chef Haji Ismail iaitu "DCH Ismail Bersama Chef's Like" yang terdiri daripada lapan episod program memasak yang berinformasi di rumah pada setiap hari Rabu dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang di TV3 bermula pada 3 Jun 2015. Setiap rancangan Dato' Chef Haji Ismail akan disertai oleh selebriti terkenal. 

Apakah keistimewaan siri Pensonic 'Chef's Like' ini? 

Ia disokong oleh pakar masakan iaitu Chef Selebriti Dato' Chef Haji Ismail sendiri. Peralatan dapur 'Chef's Like' bukan sahaja mempunyai rekabentuk yang menarik, malah ianya menggabungkan prestasi dengan fungsi untuk menyampaikan masakan yang berkualiti serta lazat setiap kali.





Peralatan dalam siri 'Chef's Like' adalah 

Pembuat Roti (Bread Maker) (PBM-2000), 
Kelalang Thermo (Thermo Flask) (PTF-5002), 
Pengisar (Blender) (PB-801), 
Pencampur (Mixer) (PM-214), 
Periuk Serbaguna (Multi-cooker) (PMC-150G), 
Dapur Induksi (Induction Cooker) (PIC-2000), 
Pengukus (Steamer) (PSM-1603), 
Periuk Nasi (Rice Cooker) (PSR-17N), 
Ketuhar Elektik (Electric Oven) (AE-19N), 
Ketuhar Perolakan (Convection Oven) (PRO-910), 
Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave Oven) (PMW-2003)
'Air Fryer' (PDF-2201).

Borang Peraduan


Borang penyertaan pertandingan kami boleh didapati daripada peniaga Pensonic atau pasar raya besar. Borang tersebut juga boleh dimuat turun dari laman web Pensonic. Kriteria penghakiman untuk pertandingan slogan 'Bring Chef Home' adalah berdasarkan kepada keaslian dan kreativiti slogan.

Maklumat lanjut di: http://pensonic.com/ atau hubungi Pensonic Careline: 1-800-881-770 

Cik Lily Terfikir : rasa-rasa cam nak beli je breadmaker tu kan, nampak macam awesome sajor kann


4 comments :

hazman fadzil said...

Bila tengok Chef Ismail.... selalu je teringat kat Restoran Rebung dia yang selalu dapat sambutan time bulan pose

Mahamahu said...

Nak hadiah nak hadiah bestnya buat koleksi...

Suria Amanda said...

Menarik ni....sapa yg x nk join kan...

Eliss said...

teringin nak beli Air Fryer tu.. x dak ka sapa2 nak tolong bagi free..hehehe