Friday, May 22, 2015

Oh My English! Class of 2015, Kesian Dengan Cikgu Henry Middleton Tau!

Hi Korang,

Of courselah ramai yang tertunggu-tunggu mini-series pasal belajar bahasa inggeris ni kan.



Yesza, Oh My English bakal bersiaran tidak lama lagi di Astro Channel 610 dan Astro Maya Channel 135. Kelas baru, cerita baru, anak murid dan cikgu pun baru tau. Ni lah semalam aku ke press conference Oh My English ! Class of 2015 di Hotel Istana KL. Thanks Astro sebab sudi jemput Cik Lily Putih lagi kan hehehehe

cian Mr Henry Middleton ek! huhuhuhu

Pada musim ini, penonton akan disajikan dengan kejutan yang cukup besar yang mana Mr Henry Middleton (Zain Saidin) telah mengalami perubahan fizikal sehingga menyebabkan beliau tidak lagi dikenali. Bukan itu sahaja, perhubungannya dengan Cikgu Ayu seakan dilanda badai apabila muncul guru baharu yang cukup kacak dan berupaya menambat hati pelajar dan guru SMK Ayer Dalam iaitu Cikgu Ariff (Nazrief Nazri).

Pelakon baru Oh My English 2015, Juliana Evans pun ada



Selain itu, banyak lagi wajah baharu yang akan menceriakan suasana SMK Ayer Dalam menerusi telatah dan gelagat masing-masing. lni termasuklah pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat yang cukup menawan, Taylor Marie Smith (Juliana Evans) dan para pelajar junior merangkumi si cantik Bella (Chacha Maembong) yang kuat bergosip, si ulat buku Sayur (Azzam Sham) yang gelabah, jejaka pemalu yang mempunyai bakat besar dalam muzik, Zeeq (Afeeq Emir) dan juga si manis Qila (SyamiemElnisa) yang lemah lembut tutur bahasanya.


Tiada yang lama, tiadalah yang baharu. Jangan kita lupakan barisan pelakon lama yang sudah sebati dengan Oh My English iaitu See Yew Soon (Roax Tan), Zack (Juzzthin) Jojie (Nadiya Nisaa), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa Ravindran) dan Jibam (Akhmal Nazri). Tidak dilupakan juga para guru SMK Ayer Dalam yang tersayang iaitu Cikgu Ayu (TizZaqyah), Miss Soo (Carmen Soo) dan Puan Aida (Ogy Ahmad Daud) di samping Sarjan (Rahim R2) yang menghidupkan watak pengawal keselamatan yang cukup peramah.



berat suite baju Mr Middleton ni, kata Zain Saidin

Musim ini juga menjanjikan jalan cerita yang cukup hebat dengan barisan cameo yang popular antaranya Achey, dari kumpulan Bocey yang amat terkenal menerusi rancangan komedi Maharaja Lawak Mega dan juga penyampai radionombor 1Malaysia, Hitz FM, Ean dan Adam C. Paling menarik, nantikan kemunculan penyanyi dan juga komposer yang telahberjaya mencipta nama di seluruh dunia, Ed Sheeran. Jadi, jangan lupa untuk mengikuti kesemua 20 episod Oh My English!Class of 2015 untuk melihat sendiri lakonan mereka.


Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata, "Berasaskan kepercayaan bahawa pendidikan boleh menghiburkan, kami sentiasa mencari idea baru untuk terus menampilkan keriangan ke dalam siri ini. Hasrat kami ialahmenjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan dan membantu generasi muda meningkatkan penguasaan Bahasa lnggeris mereka. Kami berharap Oh My English! Class of 2015 akan terus menghiburkan peminat setianya dan juga menarik peminat baharu untuk menikmati siri ini".



Para pelajar boleh melayari Iaman sesawang Oh My English! untuk mengakses pelbagai kandungan interaktif merangkumi latihan mingguan, kuiz pop, rencana dan permainan menarik. Mereka juga boleh berjumpa karakter kegemaran mereka dalam sesi jelajah cuti sekolah, sesi bertemu peminat, 'Oh My English! Day Out' dan Gempak Desa yang akan diadakan tidak lama lagi.


Sebanyak 20 episod bakal memeriahkan musim terbaru Oh My English! Bersama-sama dua telefilem istimewa yang akan disiarkan pada musim cuti sekolah nanti. Musim terbaharu Oh My English ini menjanjikan lebih banyak keriangan, kejutan dan kaedah baharu untuk memperkasa penguasaan bahasa lnggeris anda. Oh My English! Class of 2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 7 Jun 2015. Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 03-95433838 ataupun layari www.astro.com.my.

4 comments :

Farah Waheda Wahid said...

wahhh hotlah cikgu tu... kalau I is pun akan rajin datang kelas hari-hari...

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

henry middleton t'lajak sado. he3..

budakbandunglaici said...

wow seronoknya season baru ni

Anonymous said...

Juliana Evans memang hebat