Tuesday, May 19, 2015

Makan Ikan Patin Original Di DAPUR KOI, KAJANG

Hi Korang,


Last week, food blogger Hazman dan kengkawan #BloggerKakiMakan ajak pi kedai makanan Pahang kat Kajang ni, sekangkang kera je dengan umah so kira ON la. Tapi terfikir balik ermm ikan patin tempoyak lagi, cam no nak makan kan. Sudahnya tanya balik, ikan patin je ke then dia cakap taklah ada lain makanan lain yang aku boleh lah.

geng #BloggerKakiMakan

So lepas maghrib tu keluarlah, sebab dekat tu yang jadi lambat hehehhe. Jangan marah tau korang, asyik aku je selalu awal kan, sekali sekala nak gak rasa datang lambat. Tapi rasa bersalah sebenarnya hhuhuhuhuhu


Inilah dia kedai makanan Pahang iaitu DAPUR KOI

Koi ni maksudnya saya dalam loghat di Pahang. Awok atau Aok pula bermaksud awak atau kamu.

So Dapur Koi ni menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan asli Pahang seperti Ikan Patin Tempoyak, Ikan Baung Tempoyak, Sambal Hitam, Opor Daging, Pudding Raja dan macam2 lagi.



Di sebabkan ktorang datang waktu dinner time so hidangan ala buffet nasi campur tu tak de, so kitaorang order apa nak makan mengikut set menu yang disediakan. 

Dahlah tu, mehlah korang tengok menu apa yang dihidangkan ye


Asam Tempoyak Ikan Patin Sangkar 

Masak Lemak Cili Api Ikan Baung 

Ayam Kampung Goreng 

Gulai Kawah (alamak gambar tak cantik pulak)

Umbut Kelapa Masak Lemak 

Opor Daging 


Tempoyak

Pais Ikan Patin 

Sup Kampung ( Daging)

Kemudian ada 3 special sambal yang di hidangkan sekali bagi menambah selera time makan tuh iaitu

Sambal Hitam Pahang 

Sambal Lemak Tempoyak Pucuk Ubi Petai 

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai 

Ya ampun, sedap bangett. Aku sampai bertambah makan nasi malam tuh, sangat segan wokeh. Nasib baik duduk sebelah diva food blogger Madi so hilanglah rasa malu tuh sebab Madi tambah nasi lagi banyak daripada aku hehehehhe


memalu konon makan kan hehehe

lepas makan update social media plak

Ingatkan dah abis dah makan, rupa-rupanya pemanis mulut or dessert orang putih kata. Hah amik ko Pudding Raja.

Dessert Orang Pahang - PUDDING RAJA


Simple, menarik dan presentable



Rasa ermm payah nak cakap marbeles sungguh. Langsung tak berapa manis, just nice sebab ada pisang salai yang dapat memaniskan lagi pudding tuh. Setengah orang buat, manisnya sampai tak boleh nak makan langsung kan.


Lepas makan, tersandar memasing kan hauhauahauhaua melampau perangai ek

Kalau korang yang kaki makan macam ktorang #BloggerKakiMakan ni mehla singgah ke:

DAPUR KOI
2-G, Jalan Putra, Taman Putra kajang,
43000 Kajang, Selangor.

No. Phone : 012-2045278 / 017-9530799
GPS Koordinat : 2.977501, 101.773738

Waktu operasi : 11pagi – 11malam ( TUTUP HARI ISNIN)

Landmark – Sebaris dengan Laman Gril / depan KEMANGI CAFE



Cik Lily Putih Terfikir : Lepas ni nak datang waktu tengahari ke sini, nak cuba hidangan nasi campur plak kan




6 comments :

hazman fadzil said...

Perghhh....tengok balik lauk pauk nie buat aku rasa nak datang repeat makan balik laa... lunch time pun best gak sebab katanya ikan sungai goreng dan burung puyuh tau....

Mahamahu said...

Yeng best CLP makan kat sini kena sampai kuar peluh jantan baru lah syok wakakaka.. memang terbaik tempat ni..

Unknown said...

Perghhhh..terbaiklah menu dia...
Kompem senak perut!

tapi,kolestrol macam tinggi ja..hihi...

Jom kawal dengan kolestrol dengan PHYTOCOL ST!

http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

Unknown said...

kalau ada tempoyak memang susah nak tolak..heheh

Suria Amanda said...

Alahai cik lily...x bleh tahan tgok woooo...bestnya...keba pi time perut betul2 lpar ni

Eliss said...

kajang ker.. lambat sket la koi nak cuba cenggini. kalau shah alam koi pegi dah hr ni aok.hehehehe