Tuesday, May 5, 2015

Jom Ke Pesta COCA-COLA 'Collector' Fair 2015 Di Berjaya Times Square Sabtu Ni

Hi Korang,

Ada berita baik yang nak aku kongsikan kepada korang, especially kepada peminat COCA-COLA yang kaki collect tin-tin Coca-Cola yang unik ni kan.


Pada tahun ini, COCA-COLA 'Collector' Fiesta 2015 akan meraikan ulang tahun reka bentuk botolnya yang ke-100. Di samping memperingati bentuk ikoniknya, Coca-Cola juga turut memberi kesempatan kepada para ka pengunjung untuk memperolehi tin Coca-Cola dengan nama mereka sendiri. 

Coca-Cola berkontur unik yang diperkenalkan di pasaran buat julung kalinya pada tahun 1915 tersebut merupakan salah satu reka bentuk paling terkenal di dunia. Pada acara tersebut, para pengumpul botol Coca-Cola akan mempamerkan pelbagai botol kontur ini daripada koleksi masing-masing. 

Para pengunjung yang ingin mengambil bahagian dalam kuiz boleh mendapatkan maklumat berpandukan poster-poster yang dipamerkan di sekitar tapak pesta itu yang mana mereka bakal berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik pada hari tersebut.


Pesta Kolektor Coca-Cola 2015 ini akan diadakan seperti berikut

Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi hingga 9.00 malam
Lokasi : Concourse Tingkat Bawah (LG), Berjaya Times Square

Pesta ini sekali lagi menampilkan kolektor-kolektor tempatan dan luar negara seperti Perancis, Sepanyol, Itali, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Filipina, dan juga negara jiran seperti Thailand dan Singapura. Di samping melihat sendiri koleksi memorabilia Coca-Cola daripada 60 orang kolektor, orang ramai akan turut dihiburkan dengan persembahan daripada pasukan sorak.


Untuk memeriahkan lagi pesta tahun ini, “Coke Happiness Machine” akan diperkenalkan di tapak pameran. Mesin ini akan mencetak nama pada tin Coca-Cola mengikut permintaan peribadi dengan setiap pembelian enam tin Coca-Cola 325ml, yang dikendalikan oleh pihak 7-Eleven.

Pembelian dan penebusan tin istimewa bercetak nama pilihan anda sendiri, hendaklah dibuat di tapak Pesta Kolektor Coca-Cola pada hari yang sama selagi stok masih ada.

Pesta Kolektor Coca-Cola yang pertama diadakan pada tahun 2011 dan sejak itu acara tahunan ini telah menjadi kegemaran para kolektor dan peminat Coca-Cola amnya untuk melihat, membeli serta menukar barangan Coca-Cola.


Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi di Berjaya Times Square, sila layari lama web www.berjayatimessquarekl.com atau Facebook di BerjayaTimesSquareKL.

Of courselah, aku mesti pergi kan. Event best tuh. Kalau sesiapa pi nanti, jumpa kat sana ye

Cik Lily Terfikir : ermm collect tin boleh, jangan collect gula dalam badan ye hehehehhe

5 comments :

Nurulhidayah said...

wahh.. menarik!! sesapa pencinta coca-cola tentu tak melepaskan peluang ini!

sitirohaida said...

best kalau dapat join kan...

hazman fadzil said...

Tu la kan.... menariknya setiap negara ada reka bentuk botol yang tersendiri... memang jadi kesukaan collectible item la nie

Wak Lat said...

Salam. Hee melepas lah sy nk tenok coca cola ni ;p

Unknown said...

wah..boleh letak nama ye..cemana la rupa mesin cetak tu..mesti ramai yang datang nanti..