Tuesday, August 19, 2014

Pemenang UjiBakat Online Drama ‘SELUDUP’ Akan Berganding Dengan Nama-Nama Besar Industri Hiburan

Hi Korang,

Ingat tak lagi tentang ujibakat online drama Seludup yang baru-baru aku ada citer tuh?

Hah yang tu lah. Tak ingat meh klik kat website Seludup ni.


Pencarian bakat baru drama ‘Seludup’ telahpun berakhir dengan pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup yang dibuat hari ini. Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Pemenang-pemenang #masukdramaseludup. Dari kiri- Mohd Andika bin Abdul Halim, 25 dan Nur Afieqah binti Zulkarnain, 20

Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran.

Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.

Nur Afieqah binti Zulkarnain, pemenang peraduan #masukdramaseludup

“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.

Mohd Andika bin Abdul Halim, pemenang peraduan #masukdramaseludup

Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.

Ermm best kan, diorang berdua ni.

Itulah masa aku suruh korang join ujibakat tuh, korang buat dek je.

Kan dah rugi, melepas peluang berlakon dengan Tiz Zaqyah kann. Aku memang tak nak masuk sebab kalau aku masuk mesti aku terpilih punye. Ishhk perasan tak sudah kan Cik Lily Putih kite ni.

Jangan dikenang lagi ye.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup

5 comments :

Kisah Si Dairy said...

kalau terpilih....adeh...jadi retis nanti..hahah

Ummi Zarra said...

Wahhhh kak lily mantop..
Kalo akk join mesti kalah tiz nanti. hehehehhe...
Good Job kak...

Dkna Abza said...

nasib baik dorang menang..kalau kita menang confirm makin pemes emes kan kak hahaha

Mawardi Yunus said...

tahniah kepada pemenang

hazman fadzil said...

Tahniah buat diorang berdua... cuma kawan blogger kita si NIZAM IJAM tu takde cuba yea... or maybe skang dah penuh job la kot kan....