Showing posts with label press conference. Show all posts
Showing posts with label press conference. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Drama ‘SELUDUP’ Bermula Disember 2014 di Astro PRIMA & MAYA HD

Hi Korang,


Ingat tak dulu, aku pernah attend press conference drama Seludup di KL Live dulu kan. La tak ingat? Meh klik link entry press conference ini. 


So last week aku sempat hadiri media preview drama ‘SELUDUP’ di TGV 1 Utama ni. 

Ditunjangi pelakon-pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Nam Ron, Raja Ilya dan Syafie Naswip, drama ‘SELUDUP’ yang dinanti-nantikan oleh peminat drama televisyen tempatan dijadualkan untuk menemui penonton pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima bermula 4 Disember dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.


Dengan formula baru dan mesej berat tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia, Jehan Miskin sebagai produser, pengarah dan pelakon telah berjaya menghasilkan satu naskhah yang segar dan tidak pernah ditonton sebelum ini di kaca televisyen. Drama 13 episod ini juga pasti tambah menarik dengan garapan kisah cinta antara watak dua pelakon utamanya, Pekin dan Tiz. 

“Astro sentiasa prihatin dengan kehendak penonton yang dahagakan hiburan berkualiti tinggi pada setiap masa dan ‘SELUDUP’ mempunyai kesemua formula yang kami anggap sesuai dan menarik untuk tatapan peminat setia drama tempatan. Saya percaya naskhah terbaru Jehan ini bakal diminati ramai dan mesej yang ditampilkan juga akan berjaya disampaikan dengan baik kepada masyarakat Malaysia” kata Cik Farah Zainul, Pengurus Saluran Astro Prima di tayangan perdana drama tersebut di TGV One Utama, Kuala Lumpur.


Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”.



Tayangan perdana pada hari itu dihadiri oleh para pelakon yang kesemuanya diriaskan di dalam persalinan Sacoor Brothers, krew produksi, wakil-wakil daripada Astro, penaja, media dan pihak-pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam pembikinan drama tersebut. ‘Seludup’ dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd.

Sinopsis drama ‘SELUDUP’ ni ek 

Ia berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara. Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup dan juga untuk latest update boleh ke Instagram @seludup

Aku dah tengok first 2 episod pun, not bad full of action. Jalan cerita senang nak paham, siap ada babak kelakar lagi. Korang memang mesti kena tonton lah.






Tuesday, August 19, 2014

Pemenang UjiBakat Online Drama ‘SELUDUP’ Akan Berganding Dengan Nama-Nama Besar Industri Hiburan

Hi Korang,

Ingat tak lagi tentang ujibakat online drama Seludup yang baru-baru aku ada citer tuh?

Hah yang tu lah. Tak ingat meh klik kat website Seludup ni.


Pencarian bakat baru drama ‘Seludup’ telahpun berakhir dengan pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup yang dibuat hari ini. Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Pemenang-pemenang #masukdramaseludup. Dari kiri- Mohd Andika bin Abdul Halim, 25 dan Nur Afieqah binti Zulkarnain, 20

Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran.

Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.

Nur Afieqah binti Zulkarnain, pemenang peraduan #masukdramaseludup

“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.

Mohd Andika bin Abdul Halim, pemenang peraduan #masukdramaseludup

Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.

Ermm best kan, diorang berdua ni.

Itulah masa aku suruh korang join ujibakat tuh, korang buat dek je.

Kan dah rugi, melepas peluang berlakon dengan Tiz Zaqyah kann. Aku memang tak nak masuk sebab kalau aku masuk mesti aku terpilih punye. Ishhk perasan tak sudah kan Cik Lily Putih kite ni.

Jangan dikenang lagi ye.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup

Sunday, June 29, 2014

Press Conference Drama ‘SELUDUP’ dan UJIBAKAT Terbuka Kepada Anda

Hi Korang,

Last week sempat aku hadiri majlis sidang media drama aksi terbaru ‘SELUDUP’ terbitan Mastermind Group Sdn Bhd dan Astro Malaysia. 


Drama penuh aksi yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan Julai ini mendalami isu perdagangan haram barangan seludup di negara ini. Siri ini adalah hasil idea seorang ikon serba boleh industri televisyem, Jehan Miskin yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd.

Ok serba sedikit synopsis drama SELUDUP ni ek

SELUDUP diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan SELUDUP, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. Drama ini berlatarbelakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.


Di antara para pelakon utama bagi drama ini adalah Syafie Naswip, Tiz Zaqyah, Jehan Miskin, Pekin Ibrahim, Namron, Raja Ilya. Semuanya aku minat dan first time jumpa tau, ermm teruja sungguh dibuatnya.


Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk bergambar. Group photo bloggers bersama para pelakon dan Jehan Miskin gak tau. 


Dalam sidang media berkenaan, Jehan Miskin memberitahu media bahawa beliau tertarik untuk menyiapkan Siri TV Aksi dan Cinta Seludup ini kerana berminat untuk menyampaikan mesej tentang masalah sosial dan jenayah akibat dari aktiviti haram penyeludupan rokok dan alkohol yang berlaku di negara kita. 

Di samping masalah sosial tersebut, olahan cerita SELUDUP ini dimasukkan elemen cinta yang akan menguatkan lagi jalan cerita 13 episod ini.

Ok itu pasal press conference, now pasal UJIBAKAT plak ye


Korang yang rasa-rasa berminat nak menjadi pelakon dalam Siri TV Aksi dan Cinta Seludup ini? Kalau YA, jom cuba Ujibakat Online Seludup di Website INI. Korang boleh ikuti arahan yang di berikan dan mana tahu korang mungkin orang yang bertuah memenangi hadiah sejumlah RM15,000. Wowww!!!

Cara untuk join UJIBAKAT

Korang cuma perlu daftar nama anda, ikut skrip yang diberikan, dan kemudianUPLOAD video Ujibakat Online Seludup di ruang yang disediakan. Cepat!!! Korang mungkin ada peluang jadi bintang dalam SELUDUP 


Senang kan, korang practice je seberapa banyak yang korang suka. Bila dah ready baru upload. So tak delah gagap-gagap nampak dalam video. Apa yang penting, confidence mesti ada. Barulah orang akan tertarik.

Jadi apa tunggu lagi, ini peluang terbuka untuk anda semua. Peraduan Ujibakat Online Seludup ini bermula dari 25 Jun 2014 sehingga 3 Ogos 2014. Pemenang akan diumumkan pada 9 Ogos 2014. 

meh seludup Tiz Zaqyah ek

Untuk informasi lanjut tentang Siri TV Aksi dan Cinta ini anda boleh layari :

Video Sidang Media - http://youtu.be/NOd-D66pmNU
Uji Bakat - Bit.ly/Seludup