Friday, August 8, 2014

Lunch Di KOMUGI Café, Pavilion

Hi Korang,

Abis je media launch untuk Tokyo Street hari tuh, kitaorang para media di jemput makan tengahari di KOMUGI Café di dalam kawasan Tokyo Street ni. 


First time aku makan kat sini, selalunya beli roti je sebagai bekal makan dalam kereta time jem. 

table ktorang

table depan, majoriti media magazine

Not bad jugak tempatnya, luas dan banyak kerusi meja. Tak delah sempit sangat macam sesetengah kedai roti. 


Ktorang diberi pilihan beberapa jenis menu untuk set lunch tuh. So aku pun pilih soup, spaghetti dan cheese cake untuk dessert.

Untuk pembuka selera aku pilih 

Mushroom Cream Soup

Dihidangkan dalam roti, dah macam mangkuk plak aku rasa. Jadi sambil hirup sup sambil makan roti lah. Aku habiskan sup je tak larat nak habiskan roti tuh.

Untuk main dish, aku pilih

Marinara Pasta

Giler full dengan seafood, memang banyak. Banyak lala, udang besar pun ada. Mussel ada satu. Jenuh nak mengabiskan semangkuk pasta ni.

Lastly untuk dessert, aku pilih

Hanjuku Cheese Cake

Tak sempat nak snap gambar pun sebab terlupa, leka sangat borak-borak dengan media lain kan. Hehehe sedap oo. One of Komugi special cake rupanya.

Sedap jugaklah makanan kat KOMUGI Café ni, rasanya boleh bawak Mr Big pi sini untuk tea time, lepak-lepak minum kopi sambil makan-makan kan.

ini kopi kelly, aku cilok je sebab comel

La makan lagi, agaknya blog aku kalau tak citer pasal makan mesti tak meriah kan!!

Tapi cantik plak gambar aku amik ek.. hehehhehe..



9 comments :

Shaklee said...

Alooo comelnya kopi dia....


Kisah Si Dairy said...

cik lily,kita masuk blog nie sebab suka tengok gambar makanan yang dipamerkan..hahaha..aigo...cantik la gambar kat kopi tu..sayang pulak nak minum...

yaya_flanella said...

comelnyaaaa kopi ituuu! :D

lieyalatif said...

akak suke kek kat situ...sumpah sedapppp....lembut jek gigit kan ciklily...

alaa syg nak hirup kopi hello kitty tu...comel sgt kotttttttt...pandai org yg buat tu...sebab penah tgk kat youtube susah gak nak buat...

Zara Ismail said...

semua nampak sedap..creamy mushroom soup tu..arrrggh lapar hehe..

aidie said...

japanese bakery serving western food..hhmm interesting :)

hazman fadzil said...

sememangnya kopi diorang nie memang comel belaka la....kreatif betul tau

Marou Apple Hijau said...

cute pulak kopi tu.

Daus Redscarz said...

nampak menarik....


dr blog redscarz..
kaison paradigm mall..