Friday, August 29, 2014

Pekena Kopi Di Old Town White Coffee

Hi Korang,


Bila datang bosan petang-petang hari ahad tu, memang kerja aku cari kedai untuk lepak minum kopi. Bukanlah kopi dolce gusto kat rumah tu tak sedap tapi sekali sekala nak juga rasa kopi kat luar.

Petang ahad hari tuh dah nampak cam mendung-mendung je, Mr Big ajak keluar sebab saje nak cuci mata. Tengok muka budak 2 ekor hitam tuh, rasa bosan plak so ktorang pusing-pusing area Bangi jelah.

Jalan punya jalan, tup-tup nampak Old Town White Coffee plak.

So singgahlah minum, lagipun rasanya dah lama kat sini kan.

Tak de order banyak pun sekadar menu minum petang.

Cuma 


Kopi O sorang secawan

Dan


Karipap sorang 2 keping.

Orang plak tak berapa ramai, memang rileksla tempat tuh.


Tapi yang tak berapa nak best tuh, aku expect bila aku order Black Coffee tuh seharusnyalah kena hitam pekat melekat di tekak. Macam kopi yang mak-mak kita bancuh kat kampong kan.

Rupanya


Nescafe O, cair benau. Boleh tengok tekstur air kopi tuh. Kata nenek aku jarang nau kopi ko ni, cam kedekut sangat nak letak bebanyak kan. Langsung tak de rasa kopi O cuma rasa nescafe je. Maybe sebab aku tak order signature kopi diorang kot, tu yang jadi cam tuh. 

Ini tekak aku lah kan, agaknya korang ok la kot.

Tak per tak per think positive.

Lepas ni jangan order jelah kopi tuh or kata Mr Big kalau pi makan kat sini jangan order kopi walaupun itu kedai kopi kan.

So ikutlah korang, the choice is yours...

Selamat minum petang korang..




8 comments :

Hazmin Hamudin said...

Kalau dekat old town ni kena order white coffee baru ok rasanya.

Siti Rohaida Yusof said...

mak kita buat kopi lagi hitam pekat melikat yang penting sedap walaupun guna kopi uncang

JunAina said...

Tetiba rasa kopi o kat rumah lagi sedap kannnn...

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...mmg sedap kalau dpt minum kopi ngan karipap ptg2 mcm ni...:)

Mardiah Diana said...

Singgah ptg di sini...kat sandakan pun da ada old town coffee...tapi tak pena lg singgah minum kat situ...hehe...karipap dia nampak sedap...

FARAH deeb said...

Owh yeke... Hmm tak pernah masuk sini lebih2 mase ritu kuar cite dorang masak katak dlm kuali yg sama masak meal customer, lansung taknak masuk lor huhu... Tapi supposedly kopi o kenalah hitam pekat dok gitewww... Jemput singgah: Jom Camping!

Rosmiza Ali said...

Dah lama tak minum kopi.. Sekali sekala dapat minum memang heaven.. Tp kalau kaw la.. Klu cair2 baik bancuh sendiri kat umah.. Hehe..
Rosmiza Ali Official Blog™

Amanda Suria said...

Lama x minum nes o...selalu layan nes tarik je...