Thursday, August 14, 2014

Resipi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Versi Tak Pedas

Hi Korang,


Citer masak-masak balik.


Masa raya hari tuh, mak aku ada kirim beli udang galah kat mak teh aku beli kat Pasar Chow Kit. Nak harapkan aku ermm memang malas la jawabnya. Dah lah nak parking kat situ bukan main susah. Lainlah mak teh aku, dia ada kedai kawan kat situ kan hehehhe

Sebab Mr Big tak berapa makan pedas walaupun katanya dia tu orang rembau kan, so mak aku masak tak letak cili api banyak sangat. Kang perut mendidih lagi payah plak kan.

Bukan aku tak boleh masak pun cili api ni but aku rasa kalau mak aku masak mesti lagi umpph! punye, air tangan ibu la katakan


Ni aku letak resipinya, tapi mak aku letak buah binjai bagi nak menambahkan lagi kesedapan yang tak ternilai

Bahan-bahan :

Udang Galah
Santan daripada sebiji kelapa 
9 ulas cili padi *
2 inci kunyit hidup *
1 sk garam kasar *
1 batang serai di ketuk
1biji buah binjai untuk tambah kesedapan


Cara-cara :

1. Tumbuk halus semua bahan bertanda *
2. Masukkan dalam periuk santan, serai berserta bahan tumbuk dan didihkan dengan api perlahan.
3. Setelah mendidih, kacau-kacaukan selalu selama 3 minit kuah itu untuk mengelakkan santan pecah dan supaya bahan tumbuk dan santan benar-benar mesra.
4. Masukkan udang dan didihkan lagi selama 2 minit. Jangan lupa kacau-kacaukan kuahnya.
5. Masukkan buah binjai yang dihiris tebal. Ikut suka koranglah 
6. Didihkan lagi selama 3-5 minit. Perasakan garamnya.
7. Boleh segera di hidang.

Hah settle!


Kejap je masak, memang mak aku pro. Nak harapkan anak dia yang sorang ni memang pemalas betul. Masak simple-simple boleh lah kan.

Ok selamat menjamu selera korang..




14 comments :

Kisah Si Dairy said...

makan dengan nasi panas2..sodap nie...terliur la pulak..

Farah Waheda Wahid said...

kak ini namanya menjamu mata...adoilah haiiii.... tetiba teringin dan kepingin... hik hik hik...

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...wah sedapnya terliur tengok...:)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

mahal tak udang kat chow kit tu kak lily?

Akif Imtiyaz said...

Nampak sedapp tuuu...letak buah binjai..

lieyalatif said...

uihh ciklily udang galah tuuuuuu...sedap2...

eh same laa mcm mertua lieya gak suke masak gini...boh binjai jugak... mmg sedap!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak lily, buah binjai? macam pernah dengar. lupa dah. hahaha terliur kak oiii, masakan seorang ibu memang terbaik sedapnya ~~~

mai has said...

still wondering..caner rasanya buah binjai tu erk?

hazman fadzil said...

Nampak udang tu buat aku terliur je nak ratah beb..... takpe nanti aku tunggu ko masak guna pressure cooker pulak kan...

Mummydearie said...

Kalau udang ni tak sanggup tengok. Takut terliur. Mak suruh mak masak memang confirmedlah tak dapat :) Buah binjai ni nama lainnya buah kemang ke apa, CikLily?

Amanda Suria said...

apa rasa buah binjai tu cik lily? setau SA sesuai untuk buat sambal belacan kan?

HASRUL HASSAN said...

Hoho .. saya pun buat resepi ni ... memang best, senang je nak masak.

www.hasrulhassan.com

Maria Awi said...

Ada petua etak buah binjai...buah binjai klu kat tempat saya pahit2 sket rasanya kan? Orang buat kerepak...sama ke?

Sakit Senggugut Rupanya Sakit Seperti Contraction Bersalin!!

kehidupan sihat said...

baru malam tadi masak udang galah..singgah beli masa lalu rompin semalam..hihi

jemput ke blog nana