Thursday, August 21, 2014

Raya Bersama Kengkawan Lama #UiTMFrens

Hi Korang,

Ni baru ada mood nak citer pasal raya ek. 

letak gambo laksa rumah bobo hari tuh

Sebab weekend lepas, 2 hari berturut-turut pi beraya rumah kengkawan lama. Ye sangat lama, rasanye lebih 10 tahun tak jumpa. Alah kengkawan masa belajar dulu bebudak Ex-CTRP kat ITM Sri Iskandar tuh. Yelah time aku masuk ITM bila graduate jadi UiTM. Hebat kan

gelak sakan kan ko..

Actually tak plan pun event ni, semuanya melalui whatsapp kan. Borak punya borak, so terbukak mulut one of team members ajak jumpa kat rumah kawan ktorang ni.


Abis je open house rumah blogger ruby.my petang sabtu tuh, terus pecut ke Kuang. Nasib baik dari Sri Damansara dah dekat kan, dengan tak tau jalan so ikut Waze jelah. Ermm sampai gak ke rumah Farid ni. Rumah kampong wei, cantik je tepi jalan besar. Mr Big suka keadaan rumah dia ni coz rasa aman je bila lepak kat depan rumah dengar bunyi katak, cengkerik bagai.

Alah tak ramai pun, cuma ktorang berdua, yang tukang ajak berdua, orang kuat Sime Darby dan tuan rumah yang merupakan orang kuat kat JPBD kat KL. Ermm duduk Kuang keje KL, nasib baik merempit dengan motor Roy gila-gila remaja tuh. Cepat sampai…

Makan, borak-borak tak henggat tapi aku balik dulu coz ahad paginya aku ada trip lawatan sambil belajar ke kilang yogurt kan.

geng balik awal, elle, ntah, bujal dan tuan rumah yang diri kat belakang bobo

Balik daripada rombongan tuh, terus ke rumah member lagi satu. Nasib baik dekat je dalam Kajang. Tapi lambat gak ktorang sampai coz dari umah mama. Ada yang dah balik pun masa ktorang sampai, tak perlah jumpa yang mana ada je.

ktorang lagi

gambo banyak gegar, pakai monopod auto beli dari China. thanks faroh yang tolong belikan untuk Z

sedap benau laksa bobo ni, sampai debe makan dok ingat

Sambung lagi sembang-sembang semalamnya yang tak abis. Mengimbau time belajar dulu, makan sampai terik perut ermm memacam lah

kuih raya, makan sambil borak-borak

amik ko, semua ni bobo masak tau

Sangat-sangat seronok.

Inilah dia friends forever…

Walau cam ne jauh, selalu bergaduh, kecik hati, mengutuk namun ikatan persahabatan tu tetap kukuh. I love you Elly, Bobo, Perchill, Debe, Z, Bjal, Farah..

Nanti buat kat umah aku plak, makan-makan ek. Teringin benau bebudak ni nak datang melawat #DakUban kat umah sarang burung merpati aku ni ek..

3 comments :

Rizziela said...

wow..kawan lama..mesti best beraya kan

Kisah Si Dairy said...

time nie lah obleh mengimbau kenangan manis time belajar dlu kan..sure tak habis nak cerita satu hari..

hazman fadzil said...

Kitorang kengkawan blogger pun teringin nak datang rumah terbuka CIK LILY PUTIH tau.... hehehehhe