Wednesday, August 6, 2014

Minum Petang Di Mamak Village, Bukit Bintang

Hi Korang,

Ahad lepas, memang tak de apa nak buat.

Rumah dah bersih, kain baju dah lipat, kucing-kucing dengan gembiranya dah balik rumah cuma still tak tau nak masak apa lagi.

Sudahnya ktorang ke Bukit Bintang je, sambil cuci mata sambil beli barang office dan sambil jalan-jalan cari makan sekali. All 3 in 1 job boleh buat.

Masuk parking kat Sg Wang Plaza tu dalam kul 11.30pagi camtu, orang pun tak berapa ramai lagi dan parking pun senang. Yelah hari ahad, mana orang bangun pepagi nak pi berjalan kan,lagipun musim open house banyak ni, tak delah ramai orang ke sini kan.

Terus je Low Yatt plaza untuk cari barang office dulu, singgah makan jap Shikiya (nanti aku citer dalam entry lain ek). Kemudian tawaf dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Rupanya banyak benda yang pelik-pelik lagi untuk aku tak tau lagi dalam dunia IT ni. Maklumlah mak ni bukan IT geek ye..

Rasanya kurang dah lemak kat badan aku ni coz dek bertawaf daripada Low Yatt plaza ke Sg Wang kan, siap duk shopping baju dan seluar lagi tau, Mr Big cakap meh lah singgah minum dulu.

So ktorang pun ke Mamak Village kat tingkat atas dalam Sg Wang Plaza ni. Masa tu plak dah petang kan, ingat nak minum-minum biasa je, perhaps macam teh tarik ke kan. Rupanya dia pi order ni

ABC

Rojak Mee

Tengok bukan main lagi besar mangkuknya ek. Banyak plak isi kandungan dalam mee rojak tuh sampai mee pun tak nampak tenggelam abis dibuatnya. Nasib baik order satu, kalau 2 memang tak akan abis punya. Jadi makanlah slowly sambil main game, sambil pi survey kedai buku kat sebelah depan tuh.


Still tak berapa nak abis jugak.

Jawabnya, makan apa yang boleh kemudian bayar. Nak tapau bawak balik rasa cam tak sedap nanti kan. 

Ktorang keluar dari Sg Wang tu dalam kul 6pm camtu, kira lama sungguh lah duk bertapa dalam tuh. Malam tu plak, langsung tak makan dah disebabkan kenyang yang amat.

Ok dah itu je, nanti sambung lagi

9 comments :

Sally Samsaiman said...

lama gila kak bertapa dalam tu..hahaha...sedap okay nampak..sedap..sedap gila :P

tiga lalat said...

wah. Hee saya melihat kuah kacang rojak mee itu tapi dimana mee nya?

Kisah Si Dairy said...

wah...apa yang seronok kat situ sampai betapa punya lama..hehehe

Kisah Si Dairy said...

wah...apa yang seronok kat situ sampai betapa punya lama..hehehe

AyuArjuna BiGoshh said...

akak berpiknik ngan mr big ke kat dalam tu hahahaha

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak lily. perghhh terliur tengok mee rojak. dapat kat sheila ni, habis sorang gitu rasanya. hemak skrg selera naga hahahaha ;p

Hanafi Abdullah said...

sedap betul menu kat situ..rasa macan nak cuba kalau tengok dari gambar nie..


Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

hainom OKje said...

syok betul jalan jalan sambil makan kan....lama dah tak pekena ABC tu nampak menghairahkanlah CLP!

Ema Johari said...

rojak mee tu penuh satu mangkuk...jarang jumpa dalam mangkuk selalunya letak dalam pinggan je.