Sunday, August 17, 2014

OH MY ENGLISH DAY OUT, Boleh Beramah Mesra Dengan Mereka Secara LIVE

Hi Korang,

Adik-adik ke anak-anak yang minat siri TV Oh My English ni, ada berita baik untuk korang tau.

K lily baru je dapat tahu pasal ni, tu yang nak hebah-hebahkan pada korang tu ye


Oh My English (OME) Day Out kembali lagi tahun ini dengan lebih hebat dan menarik dengan meluaskan lagi lokasinya ke lima buah negeri di serata Malaysia iaitu Johor, Penang, Terengganu, Sarawak dan Lembah Klang, berbeza dengan tahun lepas di mana ianya hanya diadakan di sebuah lokasi sahaja. OME Day Out akan memulakan siri jelajahnya pada 16 Ogos 2014 (Sabtu) bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, bertempat di Southern College, Johor Bahru, Johor.

OME Day Out adalah sebuah program pendidikan berkonsepkan bengkel kemahiran untuk memantapkan pengetahuan dan penggunaan Bahasa Inggeris melalui kaedah yang menyeronokkan. Program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan para pelajar mengenai kepentingan untuk menguasai Bahasa Inggeris dan memupuk nilai-nilai murni dengan suntikan hiburan dalam pembelajaran.


Selain itu, para peserta akan turut berpeluang untuk mengenali secara lebih dekat serta berhibur bersama watak-watak kegemaran mereka di dalam siri Oh My English yang akan membuat penampilan istimewa serta sesi beramah mesra bersama para peserta OME Day Out. 


Siri berkonsepkan hiburan pendidikan ini telah memasuki musim yang ketiga dan disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610). Oh My English Musim Ketiga dibintangi oleh Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa), Jojie (Nadiya Nisaa), Putri (Amyra Rosli), Khai (Shafiq Kyle) serta guru-guru kesayangan mereka Mr. Henry Middleton (Zain Saidin), Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Miss Soo (Carmen Soo), Cikgu Bedah (Sherry Al Hadad) dan Cikgu Fatimah (Ogy Ahmad Daud), juga tidak dilupakan Rahim R2 yang memegang watak sebagai Sarjan bin Mejar.

Butiran siri jelajah OME Day Out adalah seperti berikut:

No
Tarikh
Lokasi
1
Sabtu, 16 Ogos 2014
Southern University College, Johor Bahru, Johor
2
Ahad, 24 Ogos 2014
Han Chiang High School, Penang
3
Sabtu, 27 September 2014
UCSI University, Terengganu Campus, Kuala Terengganu
4
Sabtu, 4 Oktober 2014
Swinburne University, Kuching, Sarawak
5
Sabtu & Ahad, 11 & 12 Oktober 2014
UNITEN, Selangor



OME Day Out ditaja oleh Nestle Mat Kool, dicetuskan oleh S.O.X. School of Xpax dengan kerjasama daripada Papermate Inkjoy. Hadiah utama ditaja oleh Lenovo Technology Sdn. Bhd.

3 comments :

Mas Zull said...

assalamualaikum mia...best ni...:)

Amanda Suria said...

ini dania suka ni...siri kegemaran dia...memang dia banyak belajar bila tgok siri ni kat Astro...

Saabireshanirudh Ramu said...

suka lah nah pergi kot jemput makan SYS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!