Thursday, August 5, 2010

Tekken Movie Di Tropicana City Mall

Hi Korang,

Mesti korang tergelak2 baca nota cinta aku kat mr Big tadi kan. Hah sekarang nie korang layan entry nie plak.

Parking kat Valet okeh!

Macammana diaorang ni boleh tempuh jem ni hari-hari ek?

Malam tadi ktorg ke Tropicana City Mall untuk tengok citer Tekken yang Nuffnang bagi hari tuh. So journey bermula dari umah dalam pukul 7pm cam tu then sampai Sprint highway tol dalam kul 7.30pm. Cepatkan aku drive. Lagipun ktorg menentang arus. But sampai toll trus stuck tak boleh nak gerak coz terlalu banyak sangat kereta. So bermula episod mengengsut2 dari sebelum tol sampai ke simpang nak masuk Damansara Intan tu. Dah lah 1st time pegi mall nie, dengan tak tau parking main redah je. Sampai2 trus je parking kat valet sebab malas nak pusing2 lagi. Terbang melayang RM10 dek kerna bayar si penjaga valet tuh. Tapi yang penting depan pintu. Senang kan?

Nasib baik tak free seating kan cam hari tuh!

Makan Itu Penting Bagi Aku!

Bila masuk je mall nie, mak ai bukan main cantik lagi maklumlah mall baru kan. Barang semua putih bersih je. Naik trus ke GSC. Rupanya punyalah ramai nuffnangers dah beratur. Then nampak si Ann (adik dakbatman) dengan Anak Perak dengan Chearmster sekali, trus mencelah beratur. Selamat aku. Dah amik tiket apa lagi, mencekik dulu. Jumpa plak si Tasha then trus je pi mencekik kat Nando's. Sambil mencekik sambil borak2 sambil gossip2 sket.

Mereka Yang Ada Disitu. Tasha, Bean & Ann.

Dah makan naik atas, singgah beli air jap then trus masuk panggung. Nasib baik seat cantik. Masuk2 citer dah start. Malaslah aku nak review pasal citer Tekken nie sebab korang boleh refer previous entry aku dulu kan. Cuma satu dua point je aku nak reveal pasal citer nie.


1. Memang bebudak tak boleh tengoklah. Banyak sangat yang terdedah dan terlondeh.Memang sexy pun awek2 dalam citer nie.
2. Bagi aku ganas dia biasa2 je tapi tak taulah bloggers lain kan.
3. Ending kureng masyuk lah. Cubelah tunjukkan yang si Jin tu memerintah Tekken Corp nie. Baru lah best sket.



Hah, apa macam? Jangan sebab aku dah reveal point2 nie korang tak nak pi tengok plak kan. Kekadang cakap aku nie bukan betul sangat pun. Baik korang pi tengok sendiri. Actually best sebenarnya lah.


Nota : Chearmster & Hamzah, sorry tak sempat nak amik gambo dengan korang. Sebab sibuk nak balik sebab nak buat wayang tekken plak kat umah.. Wah Aidi-Safuan, lalu depan mata K Lily tak tegur pun ek. Maklumlah dengan awek rambut blonde kan. Anak Perak dengan minah bloggers tu, korang teman tapi mesra ek?

10 comments :

e.l.i.s.s.m.i.e said...

wah..syoknya tengaok wayang..lama btol tak tengok wayang dengan cik abang sayang ni, last sekali transformers hr tu :p

BeaN MorENo said...

tengok wayang tak ajakpun (gaya gedik)

CikLilyPutih said...

elismie,
transformer? dah lama tu lah

CikLilyPutih said...

@Bean
hah lah aku lupe nak ajak ko, tapi aku jumpe Abdullah Hafiz malam tadi tau! heheheh

Liza said...

best ke tropicana mall nie, liza tak pernah sampai lagik

Tupai Karan said...

waaa jelestnya.. dapat gak invitation tp xdapek p.. jauh gila.. sy pun br p tengok kemarin kat penang je..

stuju,, bab ending muvi ni mmg agak mendatar sket..

ciklily meh komen balik kat review muvi sy : Lagi-Lagi Tekken

isabelle said...

x semena-mena nandos tukelihatan sedap..sdgkan selama ni bila mkn nandos, xde la aku feel sgt.

p/s: fuiyoo..lily kaya...guna valet tuuuu

Hamzah Ian said...

hahah...best2..

tcmsucks said...

mall is nothing to shout about. beware, the cinema is full of thieves. i just had my ipod touch stolen from the cinema yesterday. and when i went to report it, i was asked to write in a book where i found the names of plenty of other victims. golden screens management was not too helpful either. not going back. ever.

Hamzah Ian said...

nak gamabr sunway.. bile update?? hehe