Tuesday, August 3, 2010

Menguap Punca Ngantuk? Salah tu.

Korang,


Betul ke menguap punca ngantuk? Memula aku percaya gak lah. Sebab kalau dah 10-20 kali tu sangap yang sampai tak leh tutup mulut maknanya mengantuk lah tu. Tapi kekadang tengah buat presentation pun boleh menguap itu bukan ngantuk dah tu kan. Apa-apa pun sempatlah aku menggoogle kat internet pasal menguap nie.

Salah satunya ialah faktor kepenatan. Apabila penat pernafasan akan menjadi semakin dalam daripada biasa. Berdasarkan teori ini , tubuh akan kekurangan oksigen kerana pernafasan menjadi perlahan. Oleh itu , menguap akan membantu membekalkan lebih oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan lebih banyak karbon diaoksida daripada darah. Menguap juga mungkin berlaku akibat reflek luar kawalan yang membantu mengawal paras oksigen dan karbon dioksida.



Satu lagi teori menyatakan menguap adalah senaman untuk peparu dan tisu disekelilingnya. Mengeliat dan menguap adalah salah satu cara untuk menyegarkan kembali otot dan sendi , meningkatkan denyutan jantung dan membuatkan diri kembali segar. Ada juga yang percaya menguap adalah tindak balas perlindungan yang mana sejenis bendalir seperti minyak yang dipanggil surfactant akan dirembeskan semasa menguap bagi membantu melincirkan peparu dari dalam dan mengelakkan ia daripada ranap.

Hah, apa macam? Ok tak penerangan tu tadi. 2-3 kali lah aku baca untuk pahamkan ayat2 tu kan. Tapi yang penting aku nak pesan dan moral of the story, tutup la mulut ketika menguap kerana kalau dilihat dari sudut Islam, ucapkan astaghfirullah al azim, sebab menguap itu angkara syaitan.


Tapi kes aku nie lain plak, dari start aku duk depan PC nie sampai lah sekarang dah dekat 10 kali aku menguap lah. Idea nak update entry nie tak dapat2 lagi. Agaknya itu pasal aku menguap kot! ermmm....


Notes : Thanks to Google sebab bagi info pasal menguap nie. Actually banyaklah jugak yang aku paham pasal sangap nie.

p/s: Tengah bertweet2 dengan Daydeck dan Chearmster pasal nak tulis entry nie lah. ops! salah type entry nie okeh! sambil menjawab soalan pop quiz kat blog chearmster tadi.
 
 

3 comments :

Che Armster said...

haha boleh pulak macam tu..

lagi satu fakta.. menguap ini berjangkit - try menguap kat dalam bilik penuh dengan orang dan orang-orang dalam bilik tu akan sub-conciously ikut sangap (yang tak sangap pula akan mula membuat sesi mengumpat mereka yang meguap tak tutup mulut sesama sendiri)

Sharinginfoz said...

ooo ingatkan mengantuk rupanya2 penat ya

Blog Sharinginfoz Dirompak

isabelle said...

i dah tau psl ni, tapi baca jugak..nak verify fakta.
sambil baca ni pun, sempat menguap/mengeliat lagi.