Tuesday, August 17, 2010

Baru Balik Dari Bazaar Gesel Bang..

Hi Korang,

Ewah2 bila entry pasal nuffnang je, terus meletops kan. Semua nak tau apsal aku I Love U sangat kan. Dah2 tak de entry pasal buffered earning lagi nie.

Nie aku nak tanya pandangan korang tak berapa nak terang tu kan, sebab sibuk melayan mata yang kuyu kan akibat banyak makan masa buka tadi tu kan.

Betul ke bazaar ramadhan nie bazaar gesel? Hah korang tengok gambo2 yang aku cilok dari pakcik google nie



Hah, betul tak apa yang aku tulis tu kan. Memang mana2 bazaar ramadhan sekarang nie memang sesak dengan orang. Tak kiralah melayu, cina, india, orang indon, mamat bangla dan nepal pun ada. Maklumlah memasing mencari juadah untuk berbuka puasa kan. Tapi bila dah ramai2 dah bergesel2 tuh, macam2 bau yang lalu kat hidung aku selain daripada bau2 ayam2 golek dan ayam percik yang harum tu kan. Lagi dekat bergesel lagi menusuk terus ke hidung. Kekadang tu aku rasa sampai tak boleh nak bernafas. Betul tak nyah?


Tapi tak boleh nak salahkan pengunjung yang datang jugak kan. Para peniaga pun penyumbang pada bazaar gesel nie. Mana tak nya, kalau pacak meja makin hari makin kedepan so ruang pengunjung nak berjalan tu dah makin sempit. Itu tak kira lagi pengunjung yang stop by nak beli makanan kan. Lagi ramai orang kat gerai tu, makin jem tempat lah so makin menjadi2 lah bergesel2 kan.


So untuk elakkan diri dari terus jadi mangsa geselan, korang pegilah awal sket. Kurang sket orang. Tapi kalau dah tak dapat nak elak, korang terus jelah bergesel tu ek. Tapi jauh2 sket lah janganlah dekat sangat. Mana lah tau jadi benda lain plak kan. La aku tak cakap pun pasal kena raba lah tapi pasal penyeluk saku. Jaga-jaga korang ingat bulan puasa nie diorang tak buat keje ke?

Hah, bazaar ramadhan tempat korang bergesel tak? Kalau tak bergesel tu, bazaar tempat korang tu tak popular la kan. hehehhehehe..

11 comments :

Syigim said...

hihihi. ciklily ni always so funny lah. ;)

Hamzah Ian said...

betol2.. dah brape kali aku ter-langgar.. saje2 langgar takpayah ckp la brape kali.. mmg puase pahale separuh je ni.. ayoo

aZLiNa aZiZ said...

Kalau tak bergesel, tak popular la bazar Ramadhan tu. Hahaha...memang rimas lah kalau dok bergesel2 macam tu, bersesak dengan bau masakan, bau manusia. Semua bercampur2 ni. Adoi...lebih baik masak kat rumah ;p *Tapi ada sindrom M, macam mana tu? ;p

transformed housewife said...

thn ni belum pergi bazaar ramadhan sbb tiap2 hr tolong mak mertua masak kat rumah.

isabelle said...

dgn pregnantnya aku, maka aku boleh elakkan pergeselan. smpi je kat param, aku buat taik dgn berkata "mama malas la. ayah je la pegi beli apa2."
hhehe

ana said...

dah 7 ari pose ni lum sempat lagi gi pasar ramadhan...tgk dr jauh je. tapi rasa klu gi tu confirm bergesel...hehehehe

lalink7 said...

cik putih..~~ nampaknya kat area serdang nie pun populer la..g awal ke lewat ke mst kene gesel punye lah..tension je...

Eyriqazz said...

bazaar gesel?hik3..first time dengar istilah ni..pandai cik lily..hik2

Liza said...

masa liza study kat jasin dulu, pasar sabtu kat sana they all panggil pasar gesel, still ingat soto dia sgt power!

LiFe KaMi said...

tu ler kena buat laluan pejalan kaki dua hala bru sng kan..hehe byk cantik..

Sharinginfoz said...

memang menjadi tumpuan kan