MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, March 1, 2016

Trip Tak Plan Ke Jakarta, Indonesia

Hi Korang,


Last 2 week punye citer la ni baru nak story kat korang kan.

Citer roughly dulu ek sebab kalau citer details, penat ooo nak taip kat sini lebih 10 mukasurat nanti jemu plak korang nak baca hehehhe

Ini geng-geng ex-uitm la ni.

Aku ingatkan diorang ajak-ajak ayam je tup-tup minat ni terus PM aku untuk double confirm. Lepas tanye dengan Mr Big then dia kata ok, terus je aku transfer duit tiket dengan duit hotel kat account bebudak ni.

Bila dah bayar tu, termenung jap.

Biar betul aku nak ke Jakarta ni ? tak de plan, tak kumpul duit, tak de itinerary bagai kan. Dahlah ler lagi 7 hari nak fly kan. Alah malas nak fikir ikut jelah orang pi ek.


Ktorang meet up kat airport pagi tuh 16th February 2016 untuk terbang

Pengalaman Pertama Naik LION AIR Ke Jakarta

LION Air ?

Halo airline apa plak ni kan, rupanya Indonesian flight. Selain daripada ada Lion Air, ada Batik Air dan Lion Wings kot aku pun tak ingat sangat.


Bila diorang cakap naik Lion Air, aku pun ok jelah. Lagipun harga tiket murah bebenau dari Air Asia, dah ler beli tiket last minit ( 7 hari nak fly) but still harga dalam RM257.00 pergi balik tau.

Kaunter check in pun tak ramai orang, rileks je boleh lenggang-lenggang kangkung.


Sebab apa ramai orang Malaysia tak nak naik flight ni?

1. Ramai yang tak aware / alert dengan kewujudan flight ni

2. Takut nak naik sebab majoriti orang Indonesia especially pekerja buruh, orang gaji dan keluarga marhaen je yang naik flgiht ni.

Tapi ada aku kisah, mak naik je noks. Janji sampai lekas.

ni memula je, lepas take off terus duduk seat sorang satu sebab flight kosong

Flight amik masa 2 jam jugak, memang tak de makan but korang boleh beli kat dalam flight. Style cam Air Asia gak lah boleh bayar dengan duit Malaysia or duit Rupiah gak.




Ktorang turun kat Soekarno-Hatta International Airport Terminal 2D, naik shuttle bus then baru masuk ke airport. Langsung tak de orang pun cuma ktorang je penumpang JT287, masa kat immigresen pun senang, diorang dah tak de system isi Visa Card tu lagi semuanya online so lagi cepat kerja.


Amik teksi bluebird terus ke Pasar mayestik jakarta selatan, service teksi yang boleh di percayai. Senang naik teksi ni sebab kita dah bayar awal-awal, so jalan jem ke salah masuk simpang ke semuanya fixed price. 

tokeh beso hahahaha

Dalam teksi ni baru aku tau yang diorang berdua ni pi Jakarta ni sebenarnya business trip. Diorang nak pi cara material untuk butik diorang tuh. Untung jugak aku ikut diorang ni, dapatlah belajar sket pasal kain-kain yang berkodi-kodi ni.

aku cari kain baju raya je, senang

tengok rasa nak muntah tengok kain kan

Dan yang penting dapat beli kain dengan harga murah dan contact person tuh.. hahahahhaha tapi taklah lah reveal dengan korang kan, mati aku kena siku dengan bebudak ni.

Seharian ktorang kat area Pasar Mayestik ni, memacam aku dapat discover sungguh.

Itu baru hari pertama belum lagi aku citer hari kedua dan hari ketiga kan, memang kali ni travel untuk shopping kain sajor.

naik bajaj je murah

Ktorang sempat ke Tanah Abang, Mangga 2, Thamrin City dan Pasar Tasik


Ok nanti aku citer more details pasal trip budget pi beli kain baju raya ke Jakarta ni ek. Tapi bukanlah beli kain je, sempat jugak buat food review sekali tau.. itu yang best kan..


Bayangkan aku boleh survive dengan 2 juta rupiah sepanjang 3 hari ni, siap boleh jadi banker lagi..

So stay tune tau…


6 comments :

syira yaya said...

bestnya gi melancong. kadang2 benda yg tak dirancang tu la yg menjadi sbenarnya kan. hihi

notie said...

Wah bestnya shopping kain. Aittt guna 2 juta je. Sikitnya belanja

aKSARAfENDI said...

saya baru tau psl lion air..

AkuSeorangTraveler said...

waa menarik, :)

Chekgu Azrine said...

rindu nak jejalan indonesia lagi...teringin sangat nak ke medan

+ e.z + said...

I baru plan nak pegi. salam kenal dear