MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, March 15, 2016

Tefal Meraikan Ulangtahun ke-60 di One Utama dan Tefal Titanium

Hi Korang,

Ni aku nak citer sket periuk belanga favourite aku iaitu TEFAL.


Rupanya dah 60 tahun ek ishk ishk serius aku tak sangka sungguh la kan

Tefal, pembuat peralatan memasak dan kelengkapan rumah terkemuka dunia hari ini melancarkan rangkaian peralatan memasak Titanium terbarunya yang berupaya menghasilkan mutu masakan terbaik tidak kira dari segi perisa, tekstur mahupun rasanya. Rangkaian peralatan memasak yang unggul ini adalah direka dengan gabungan teknologi Thermo-Spot® eksklusif yang diimprovasi dan salutan titanium tak melekat baharu iaitu Titanium Excellence dan Titanium Force, yang sekaligus menjamin ketahanan produk tersebut.




Bertemakan kafe taman ala Paris di Highstreet, Kompleks Beli-Belah 1 Utama, satu jeyarawara telah dilangsungkan Tefal Malaysia bagi memberi penghormatan terhadap warisan Perancis dan meraikan Sambutan Ulangtahun jenama ini yang ke-60 di seluruh dunia. Pelancaran dan jeyarawara peralatan memasak Tefal Titanium itu membawa para pengunjungnya menyelami sejarah Tefal yang bermula secara penuh rendah diri dengan hanya penghasilan sejenis kuali leper tak melekat dahulunya sebelum jenama itu beransur-ansur dikembangkan sehingga ia menjadi gah pada hari ini dengan rangkaian luas produk memasak dan perkakas elektriknya yang terkini lagi canggih untuk disuaikan dengan gaya hidup yang berpelbagai.



Inovasi Pengubah Kehidupan untuk Selama 60 Tahun

Sejak 1956, Tefal telah memperkaya kehidupan harian pengguna-penggunanya dengan pelbagai idea ciptaan dan kesungguhan yang tidak putus-putus dalam usahanya untuk menemukan teknologi yang sempurna bagi memenuhi bermacam-macam keperluan dan kehendak. Selepas memperolehi hak eksklusif untuk kuali leper tak melekat pada 1954, Marc Grégoire, seorang jurutera warga Perancis, telah mengasaskan Tefal pada 1956 dan membuka bengkel pertamanya di Paris. Inovasi adalah sebahagian daripada DNA Tefal dan oleh itu, ia sentiasa peka terhadap perubahan gaya hidup para pengguna dan memenuhi kehendak mereka dengan tawaran produk-produk yang relevan untuk kehidupan seharian. Kecemerlangan Tefal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan juga merupakan nadi kejayaan jenama itu untuk selama enam generasi ini, sekaligus membuktikan status mereka selaku peneraju dunia dalam pembuatan peralatan memasak.


“Bersempena sambutan Ulangtahun Tefal yang ke-60, kami teruja untuk melancarkan siri peralatan memasak baharu Tefal Titanium di Malaysia. Tefal sentiasa cuba memberi inspirasi kepada para pengguna dengan pelbagai ciptaan dan keluaran terkini kami yang berupaya mencetuskan revolusi di kediaman dan dapur,” kata Suwasit Wittayawijug, Pengarah Urusan untuk Pasaran Asia Tenggara, Tefal Malaysia, Thailand & Philippines.

Cemerlang Bersama Peralatan Memasak Tefal Titanium

Dijulang selaku Pembuat Peralatan Memasak No.1 Dunia, rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium adalah barisan produk terbaik yang menjanjikan kecemerlangan dalam aspek keenakan rasa dan ketahanannya. Disebabkan kualiti peralatan memasak tersebut yang bertahan lama serta keupayaannya untuk mengoptimum perisa, tekstur dan rasa hidangan yang disediakan, maka ia mampu menjadikan penggunanya memasak ibarat seorang cef yang mahir.

Untuk memberi prestasi maksimum, Tefal telah mengubahsuai pad Thermo-Spot® dengan penambahbaikan dilakukan terhadap reka bentuknya di mana ia dapat menentukan suhu yang tepat bagi memperoleh hasil dan rasa masakan terbaik. Selaku pakar kepada salutan tak melekat, teknologi Thermo-Spot® Tefal dapat memjamin perisa makanan yang berkekalan, sempurna teksturnya dan tidak akan hangus.



Peralatan Memasak Tefal Titanium Expertise

Rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium Expertise menggabungkan prestasi tak melekat terbaik dengan kekuatan salutan fusi dasar keras tebal berganda titanium eksklusifnya iaitu Titanium Excellence baharu. Diperkuatkan dengan tujuh lapisan Titanium untuk menghasilkan daya ketahanan ultratinggi, salutan baharu itu menjamin prestasi tak melekat yang cemerlang dan tahan leding. Dengan 'inserts' keluli tahan karat yang lasak, rangkaian Tefal Titanium Expertise adalah sesuai digunakan di kesemua hob dan dapur aruhan, sekaligus memudahkan penggemar memasak. Antara peralatan yang ditawarkan dalam rangkaian Tefal Titanium Expertise termasuk kuali leper, kuali, periuk, kuali sauté dan periuk stu dengan tudung kacau. 



Peralatan Memasak Tefal Titanium Pleasure

Disalut dengan Titanium Force, rangkaian Tefal Titanium Pleasure menampilkan keistimewaan salutan dalaman tak melekat yang diperkukuhkan dengan enam lapisan dasar keras Titanium. Titanium Force memiliki lapisan holografik 3D yang dalam bersama pengisi metalik yang bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanannya. Ketebalan berganda lapisannya adalah bagus untuk prestasi tak melekat. Tampil dengan reka bentuknya yang elegan dan bergaya, salutan luaran enamel bukan sekadar memberi kesan lasak dan tahan lama, malahan selamat digunakan dan senang dicuci. Rangkaian Tefal Titanium Pleasure terdiri daripada kuali leper dan kuali, yang sesuai digunakan pada dapur gas, elektrik dan seramik kecuali aruhan.


Duta Jenama Peralatan Memasak Titanium, Cef Nathalie Arbefeuille Diperkenal

Sewaktu pelancaran, Tefal Malaysia turut memperkenalkan tukang masak terkemuka dari Perancis, Chef Nathalie Arbefeuille selaku Duta Jenamanya. Cef Nathalie, yang pernah memenangi pelbagai anugerah, tidak asing lagi dalam pentas kulinari negara kerana beliau kini sedang memimpin dua restoran yang terkenal di Kuala Lumpur. "Kami amat berbangga untuk dapat bekerjasama dengan Cef Nathalie. Beliau ialah tukang masak yang sentiasa mengutamakan kesempurnaan dalam masakannya dan ini bertepatan dengan fungsi produk-produk Tefal kami," kata Suwasit. Ketika majlis itu, Cef Nathalie membuatkan para tetamu kagum dengan kreativiti dan kemahiran kulinari Perancis beliau sambil memanfaatkan sepenuhnya rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium. Para tetamu kemudiannya berkesempatan menikmati hidangan Perancis berselera dan berkhasiat yang dimasak Cef Nathalie iaitu Kekapis Halia Segar, Burger Itik dan Aumônières aux fruits de saison.

Gah dengan teknologi baharu Thermo-Spot® yang diimprovasi dan salutannya yang ketahanan lasak, rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium pastinya dapat memenuhi apa jua keperluan memasak dan mesti dimiliki dalam setiap dapur. Rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium boleh didapati di kesemua pasaraya dan kedai elektrik.


Untuk keterangan lanjut berhubung produk-produk Tefal, sila layari www.tefal.com atau hubungi talian khidmat pelanggan di: +603-7802 3000.

LAMAN WEB 

FACEBOOK 

TAG HASH 
#myTefal

No comments :