Friday, March 4, 2016

REVIEW | Filem The Kid From The Big Apple, Sangat Awesome

Hi Korang,

2 hari lepas aku sempat saksikan tayangan media preview bagi filem The Kid From The Big Apple di GSC Mid Valley. Hilang stress kerja sebab dapat layan movie komedi kekeluargaan nilah.

Mesti ramai yang ingat filem ni English filem but bukan ye, ianya filem Mandarin tau.



Meh aku ringkaskan sinopsis filem The Kid From The Big Apple ni ek


Filem ini mengisahkan ‘Sarah’ dibesarkan di New York oleh ibunya Sophia Lin, dibawa melawat Malaysia buat kali pertama. Dia terpaksa ditinggalkan bersama Datuknya, Gen disebabkan ibunya mempunyai urusan penting di China.

Konflik mula timbul bila Sarah tidak mahu tinggal bersama Datuknya di Malaysia dan ingin balik ke New York. Dalam keadaan terpaksa, Sarah terpaksa mengalah dan tinggal dengan Datuknya.

Dari perasaan benci dan marah, kemudian semakin lama semakin Sarah mula menerima Datuknya. Tetapi berjayakah Sarah menyesuaikan diri dengan Budaya Malaysia, rakan-rakan baru serta cara hidup di Malaysia?








Nampak sinopsis je dah best, belum tengok lagi kan hehehehe



Pada pandangan aku:-

Ya ampun sangat gelak ketawa pada mulanya dengan keletah Sarah yang tak boleh terima sikap atuknya. Yelah sorang omputih sorang lagi typical chinese kan, nasib baik ada anak jiran di Bao tu yang berjaya membuatnya mereka berbaik.






Lama- kelamaan daripada benci terus menjadi sayang Sarah kepada atuknya tapi di akhir filem ni ermm aku tak sangka yang……. Jeng jeng jeng… kasi suspen sket ni. Bagi aku citer ni mengimbau kembali kenangan masa aku bebudak dulu, yelah duduk kat flat kengkawan ramai, petang-petang lepak kat court tengah rumah tu kan.. memang seronoklah

Cik Lily Putih bagi : 4/5 bintangggggg….






Nak bagitau korang yang filem ini 100% pengambaraannya di jalankan di Malaysia tau walaupun pelakon utamanya pelakon popular Hong Kong.


Filem ini diarahkan oleh Jess Teong, juga produser untuk filem Paper Moon (2013) yang telah memenangi anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik di FFM26. Filem ini dibintangi oleh pelakon popular Hong Kong: Tommy Tam (Ti Lung) dan Jessica Hester Hsuan, serta pelakon dari Malaysia: Tan Qin Lin dan Tan Jason, sebagai watak utama.

Baru-baru ini, The Kid From The Big Apple telah merangkul beberapa anugerah di Festival Filem Antarabangsa Macau ke-7 seperti

Penulisan Skrip Terbaik,
Pelakon Baharu Terbaik,
Pelakon Terbaik 
Pelakon Pembantu Terbaik.

Seterusnya ia bakal ditayangkan di Festival Filem Asia Osaka ke-11.

Of courselah filem ini sesuai di tonton seisi keluarga ek. Jangan tunggu lagi, saksikan sendiri filem The Kid From The Big Apple ini. Ia akan mula ditayangkan di Malaysia pada 10 Mac 2016 di pawagam berhampiran korang. Bawaklah adik beradik, atuk nenek, mak ayah, anak-anak sebab banyak mesej tersirat mengenai keluarga di selitkan di dalam file mini

Tarikh tayangan: 10 Mac 2016
Bahasa: Mandarin, Inggeris
Genre: Drama, Comedy
Pengarah: Jess Teong
Pelakon: Tommy Tam, Tan Qin Lin, Tan Jason, Jessica Hester Hsuan, Ling Tang, Kelvin Leong, Lenna Lim




6 comments :

y i e n said...

Mcm nak kene layan jugaq ni :)

Syafiqah Hashim said...

tinggi jugak rating yang cik lily bagi tuuu.. Mesti best ni kann..

ietams said...

mesti akhir2 nya berjuraian air mata ni .. huhuhu..

Unknown said...

hmhm,,,,,filmnya bagus

Unknown said...

Sy bru tgk mlm ni...best citenye...ade klakar...sedih

Unknown said...

Tbaik cite ni...ade sedih klakar...bru tgk mlm ni kt tv2