Thursday, March 17, 2016

Pening Betul Bila Masuk Public Toilet Lah

Hi Korang,


Rasanya setiap hari kita akan masuk toilet selain daripada yang ada kat umah kita kan. Yelah toilet opis, toilet kedai makan, toilet mall dan memacam toilet lagi kan. 

Kalau aku plak siap guna portable toilet lagi maklumlah keje kat site kan, itu je yang senang ktorang sewa untuk pekerja-pekerja ni. 

Seronok masuk toilet kat umah kan sebab semua bersih, cantik dan harum je manjang. Pantang kotor sket abis aku amuk Mr Big suruh cuci toilet tuh. Yelah nak guna pun happy la sedap je mata memandang tapi tandas awam? Ya ampun kembang-kembang tekak rasanya, sebab memacam menda yang kita akan jumpa. Kekadang tuh menda yang tak sepatutnya ada pun boleh ada kat dalam public toilet ni kan. 

mari mulakan kerja inspector gadget

Yang paling aku rimas tuh, orang pijak alas mangkuk tandas, wei korang dah kenapa kan. Itu tandas duduk so kena duduk dah kalau geli nak duduk alas tisu then baru duduk. Kang heboh nak mencangkung terus kaki dalam mangkuk tandas tu baru padan muka.. 

Puncanya apa ?

Sikap manusia yang pentingkan diri sendiri.

Lepas guna biarkan cam tuh je, ada tu yang buang je tissue dalam mangkuk tandas tu, ada plak yang tak flush at all dan ada plak yang tinggalkan je pad cam tu je tanpa bersihkan dulu ek

ARGGGH tidakkk !!!!!!

Pening ooo perangai manusia cam nie

ok dah siap dah survival kit kite ek

kena pakai topeng mulut tau, kebersihan itu wajibbb

jom lekas la

Sudahnya aku malas nak masuk public toilet ni kalau jejalan kat mall. Selagi boleh tahan then aku tahan, kalau tak pun minum air sket je sebab nak elakkan masuk toilet. Tapi kalau tak tahan gak tutup sebelah mata dan tahan nafas then buang jugaklah kan.


Nasib baik Kleenex®, jenama peneraju dunia dalam produk pembersihan peribadi, telah memperkenalkan penyelesaian ringkas yang boleh digunakan dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja – Tisu Tandas Basah Kleenex®.



“Tisu Tandas Basah Kleenex® adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, ia direka mengikut keperluan pengguna untuk pembersihan di luar rumah. Bungkusannya yang kompak boleh dibawa ke mana-mana dan senang untuk digunakan – hanya sapu dan pam,” kata Encik Raman Tarun, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia. “Kadang-kadang kita tidak sedar dengan adanya produk sekecil ini di dalam bag kita, boleh memberikan perbezaan ketara – ia umpama kebersihan peribadi di dalam poket.”


*Selamat untuk dipam dan hipoalergenik, Tisu Tandas Basah Kleenex® diformulasikan dengan air yang ditapis sebanyak 9-peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan dan lembut dan halus di kulit, memberikan rasa lebih bersih dan segar kepada pengguna selepas menggunakannya.


Tisu Tandas Basah Kleenex® boleh didapati dalam dua saiz – pek dengan 10 helai yang boleh diletakkan dalam poket atau beg tangan (RRP RM2.10), bungkusan nilai-jimat tiga pek (RRP RM5.80) atau pek dengan 40 helai (RRP RM7.40). Ketiga-tiga saiz kini boleh didapati di pasar-pasar raya di seluruh negara.

Sertai Kleenex® dan Jihan Muse hari ini untuk Menangani Kesulitan Mengguna Tandas Awam


Dapatkan pek sampel percuma dan sertai pertandingan kuiz mudah untuk memenangi bekalan setahun Tisu Tandas Basah Kleenex® dengan mendaftar di www.kleenexcleans.com.my


Dan jangan lupa untuk kongsikan pengalaman korang di media sosial di ruang komen FB peraduan dengan menggunakan hashtag, #KleenexSurvivalGuide. 3 pemenang di cari setiap minggu untuk memenangi bekalan Kleenex Wet Tissue Toilet selama 6 bulan. Dan paling best, hadiah utama untuk peraduan ini merupakan iPhone 6s!

Keterangan lanjut boleh layari :-


Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark :1-800-82-1188 

* Dinasihatkan untuk mengepam tidak lebih daripada 2 helai tisu pada satu masa, tidak sesuai untuk digunakan di dalam tangki septik.

2 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

betul..jadi tak faham kenapa orang boleh berdiri atas mangkuk tandas tu...geli pulak nak duduk...klu saya,saya akan pastikan bersihkan dlu baru duduk..heheh..bila dah ada tisu ni lagi senang

Sally Samsaiman said...

lebih selesa la lepas ni kan :)