Thursday, March 24, 2016

Makan KIMCHI Halal Buatan Muslim, Sedap Ler

Hi Korang,

안녕하세요 모두 
annyeonghaseyo modu 
maknanya 
Hello Everyone…

Wah berkorea plak kite ek, itulah banyak nau tengok Running Man, 2 days 1 night, Infinite Challenge, Law of The Jungle sangat kan terus terrer sket cakap Korea hahahahhha

Itu semua tipuuuu!!

Memang aku layan reality tv Korea ni tapi tengok jelah sebab kelakar yang ampun boleh bergegar rumah kalau gelak memalam ek hehehehe


Time ada challenge makan-makan tuh, aku mesti terpandang menda alah Kimchi ni. Apa mendalah yang kemain sedap nau diorang ni makan, sampai makan nasi kalau tak de kimchi memang tak sah. So aku pun google lah serba sedikit apa dia Kimchi ni ek

Kimchi (김치) adalah makanan atau dikenali sebagai lauk pauk yang paling terkenal di Korea Selatan. kimchi selalu dihidangkan ketika kita sedang makan bersama di restoran Korea Selatan. Kimchi merupakan antara lauk wajib atau lebih dikenali dengan (side dish) sebagai pelengkap makanan orang Korea. Jika orang Korea makan tanpa kimchi, seperti waktu makan mereka tidak lengkap . Selain orang Korea, kita pun boleh menikmatinya kimchi ini.

sumber : google.com

Ermm kira macam sambal belacan gituhlah ataupun ulam, memanglah menambah selera. So berkobar-kobar nak buat sendiri ni so aku google lagi cara nak buat Kimchi


Bagaimana Proses Pembuatan Kimchi? 

Makanan Korea Selatan kimchi biasanya paling banyak dimasak ketika menghadapi musim sejuk . Pada musim sejuk dan musim sejuk yang panjang kimchi dimakan sebagai sayur-sayuran. cara membuat kimchi adalah yang pertama sayur-sayurannya direndam dalam air garam , lalu di perap dengan dengan srbuk cili, bawang putih, bawang bombay, daun bawang, dan sos ikan.

sumber : google.com

Senang memanglah senang tapi masa tu tak de wei. Aku ni jadual senantiasa penuh so curi-curi sket pun payah ek. So apa ada hal, kita order saja dari 

@Haskoreankitchen

Dia ni sebenarnya contractor aku masa projek yang lepas-lepas, abis je projek tuko profession jadi lain plak. Dia buat kimchi ni secara suka-suka then ramai pulak yang minat dan order terus kat dia. Selain daripada Kimchi, dia da Gimbab tapi yang tu tak leh courier coz tak tahan lama kan.


kemain berbalut tebal ek, takut tumpah katanya

Tengok 2-3 hari order dah sampai pun hah, siap berbalut-balut bagai lagi takut airnya tumpah. Aku biarkan semalam tu balancekan temperature kimchi then baru makan. 

Nampak makan dengan apa?



Hehehehe lauk menu tengahari, aku bawak bekal dah suku jalan makan baru teringatkan kimchi ni. Cepat-cepat bukak fridge dan keluarkan, ya ampun sedap tak delah masam, sayur kobis tu tu crunchy lagi tau. Bertambah selera makan, sampai licin lauk tu semua ek. 



Lepas dari tu, kalau keluar lunch kat bawah-bawah ni mesti aku bawak sekali kimchi tu ek, sedap la wei.

Baca ni




Testimoni orang-orang yang pernah order dengan HasKoreanKitchen ni ek.


Korang kalau nak order boleh ke


Whatsapp :017-3240596

IG : @HasKoreanKitchen


Order je dengan dia, nak berdesup dia hantar. Dia ni base kat Penang, kalau yang nak rasa Gimbab tu boleh lah pi cuba order dengan dia jugak.

Cuba dulu then baru tau…


6 comments :

Unknown said...

tengok dah sat tadi..macam boleh je cod kat tempat saya ni..nak kena tanya dulu la..rasa teringin pulak nak rasa..boleh je buat sendiri tapi setakat saya sorang nak makan baik la beli je..buat kang dapat sebalang besar sapa nak perabih..hehe..

Miss Moon said...

wahhhh boleh cuba beli ni

sebab dulu slalu dgr org kata kimchi tak best bau busuk la
tapi bila dah cuba sendiri
idak la seteruk yg diperkatakan

infact sangat sedap hahahah
alaa mcm buah buah jeruk kita jugak kan

MasturaDin said...

macam cerite cinta teruna kimchi pulak.. kena ade kimchi baru sedap makan.. :)

MAY said...

assalamualaikum..hai kak lily...wah akk singgah blog saya baru ni ye..tak sangka nye..:) erm.. lipscare sy homemade kak.selamat digunakan tiada bahan kimia. klu nak try, blh la wasap sy nnt. 012-9628636. kat blog slalu suh emel je sbb husbnd tak bg display no fon kat blog & fb.. dia suh tinggal emel atau pm jek..

ada jgk blogger jual kimchi ni..bloger kak rai.tp sy x pnh try lg kimchi ni..mcm sedap sgt tgk review2 org len..

Jueliza Jamani said...

kak lily!!! cmner rasa kimchi ni.. rasa pedas2 kah.. rasa masam2 kah..

Mohd Khairil Azhan said...

kimchi ni mcm jeruk eh?