MY HISTORIC MOMENTS

Saturday, March 5, 2016

SEXTORTION – Kalau Tak Bayar, Sebarkan Gambar Intim Ke Internet

Hi Korang,


Ingat tak tujuan masa kite main internet, selain dari cari info pasal sesuatu menda?

Of courselah cari kengkawan baru kan, mana tau kot-kot tersangkut, ada jodoh. Itu yang niatnya nak cari kawan or cari jodoh . Tapi ada jugak segelintir orang kat muka bumi ni duk lepak dengan internet ni bertujuan tak baik plak. 

Cam ni camni, aku bagi contoh ek.

Ali dan Minah ni berkenalan melalui internet, so lepas seketika diorang pun declare jadi couple. So bila dah declare tu memacam pulak si Ali nak daripada si Minah ni termasuklah tunjuk kat Ali gambar Minah pakai seksi kat umah dengan alasan alah untuk si Ali ni sorang dan lepas tengok gambar tuh then delete lahkan. Dek sebab sayang si Minah ni pun bagilah, bukan seksi sket tapi seksi banyak oooo

Tup-tup diorang ni gaduh dan si Minah ni mintak clash, si Ali tak nak. So beria-rialah Minah mintak gak, then Ali kata boleh putus tapi dengan syarat Minah kena bagi Ali RM1000 kalau tak gambar seksi Minah tu Ali viralkan dekat internet. 

Nak tak nak Minah bayar je RM1000 tu dan suruh Ali delete gambar tu depan dia, so Ali pun delete lah. Tapi korang rasa si Ali tu tak buat copy ke gambar tu ek? Ermmm..


Itulah dia kisah S£X On The NET atau lebih di kenali sebagai SEXTORTION.

Jadi apa itu Sextortion?

A form of sexual exploitation that employs non-physical forms of coercion by threatening to release sexual images or information to extort sexual favours from the victim. – Collins Dictionary

Sextortion is a global problem

“There is a growing number of sextortion victims in Hong Kong, Indonesia, Singapore, Philippines, United Kingdom and the United States with potential victims in Australia, Korea and Malaysia,” - Alan Purisima, Philippines Police Chief

Nampak tak, betapa teruknya penyakit masyarakat masa kini ek. 

Aku petik beberapa case lagi di ASKLEGAL.MY ni untuk pemahaman korang, biar lagi korang ek. 

  Credit : http://uk.pcmag.com/

Sextortion cases di Malaysia

Case 1:

Muhammad Shazarul Ikhmal Rospisham, 20, pleaded guilty to an extortion charge and was fined RM4,000 for extortion by threatening to distribute nude photographs of a former girlfriend, an offence under the Penal Code.

Case 2:

Kelvin Chong, 37, met with a female Filipino on Tagged. He was smitten by her looks and she convinced him to show himself nude over the webcam. Thereafter he was blackmailed.

Out of fear of embarrassment, Chong relented and sent the money to an address in Marikina City in the Philippines.

But it did not stop there. The demands for money kept coming in.

SEXTORTION, Suatu Kesalahan?

Mestilah wei, giler apa tak salah plak kan. 

Perbuatan peras ugut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 383 Kanun Keseksaan. Jika seseorang itu untuk mengambil ini lagi ia juga boleh terjumlah kepada rogol, kerana kebenaran tidak diberikan secara bebas. Walau bagaimanapun, ramai di agensi-agensi penguatkuasaan percaya bahawa ia adalah lebih mudah untuk menjalankan satu operasi untuk peras ugut daripada cuba untuk mendakwa kes rogol. Pihak polis juga boleh menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


SEXTORTION Itu adalah RASUAH!

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SEXTORTION adalah satu bentuk rasuah.

“I believe the victims don’t have any idea that they can report the crime to us… many people don’t know this. This may be because people always think that corruption only involves money… if victims of sextortion report the matter to us, we will carry out investigations immediately,” - Datuk Han Chee Rull, MACC Legal Research Division Deputy Commissioner

Pendapat Aku:

Sebenarnya masyarakat kita ni tidak didedahkan dengan perkara-perkara cam ni. Asal rasuah je ingat duit, sogok duit manjang je kan. Kita tak terfikir pun menda alah cam ni, bila tak de knowledge akibatnya kita sendiri mudah tertipu. 

Bagus jugak website ASKLEGAL.MY ni ek.

Bukan setakat masalah rasuah ni je, masalah perundangan yang kita tak tau pun ada jugak tau. Dah tuh ok singgah ke sini ek.

Lagipun membacakan jambatan ilmu.. 


1 comment :

AyuArjuna BiGoshh said...

benda ni paling aku takut kt anak2 muda skrg..makin menjadi2 huhuhu