Monday, July 6, 2015

Buka Puasa Di NANDO’S Bukit Indah, JB

Hi Korang,

Weekend lepas aku tak balik KL pun sebab Mr Big cakap tak perlah tak yah balik sebab next weeknya nak balik untuk raya pulak kan. Kira dapatlah jimat sket untuk raya nanti, kang tak cukup duit nak berjalan raya nanti hehehhe.



So nak buka dengan sapa plak ni kan?

jadilah dikongsi bersama kan

Haruslah aku ajak adik aku dengan kawan aku Mariana sekeluarga buka sekali. Ktorang pilih untuk berbuka puasa di Nandos, sebab aku ada dapat voucher hari tuh masa makan di Nandos Alamanda. So why not di kongsikan bersama dengan mereka yang tersayang kan, murah rezeki ktorang sekeluarga nanti. 

Memang cabaran betul bila berbuka di luar time hujung minggu, merata tempat penuh. 

Nasib baik Nandos ada kira macam service ‘Chup Meja’.


Hah aku pun tak tau gak, ktorang sampai awal hari tuh dan terus ke restoran Nandos ni. Abang manager tu bagitau diorang ada service ‘Chup Meja’ ni. Alah bagitau je nak order makan, then bayar terus. Lepas tuh, bolehlah pi shopping dulu sampai tunggu waktu berbuka kan. 






update dulu sementara nak tunggu wak tu buka, laju tu WiFi kan


Tengoklah ramainya orang berbuka puasa di Nandos ni, yelah makanan sihat, memang eloklah berbuka di sini bersama keluarga kan.


Of courselah kitaorang makan Ramadan Platter

2 x 1/4 Chicken with 2 sides

1 x Large PERI Chips

2 x Bottomless soft drinks

2 x Orange Bolo Cake

pada harga RM59.00 dan bila di tambah dengan GST jadi RM62.54





Bolo Orange Cake, macam Bika Ambon pun ada gak 

Ktorang order 2 set sebab 5 orang dan tambah mushroom soup untuk si budak kecik Marissa ni, melayan budak dapat puasa kan, tunaikanlah hajat sikecik tuh. 

Dengar je azan terus baca doa dan makan. 


semua sos amik, tamak kan



erm makan tak henggat kan

Bila time makan tu senyap betul cuma dengar bunyi sudu garfu berlaga dengan pinggan kan. Ktorang pun gituh gak, laju je adik aku menyuapkan makan. Siap bertukar-tukar sos lagi untuk di makan sekali dengan ayam grill. Sudahnya sedap pulak sos-sos Nandos ni di campur-campur kan. Pedas, masam semua ada sekali gak.

happy semuanya dapat makan kan

lepas ni ko banjer aku plak makan ek dik!

Ok ok korang yang kat JB ni kalau dah teringin nau lepas baca entry aku ni nak makan Nandos, mehlah ke 

Nando’s Restaurant
Lot G03, Ground Floor,
AEON Bukit Indah Shopping Centre,
No.8, Jalan Indah 15/2, Bukit Indah, Johor Bahru

Tel : 07 - 234 6555

Kalau dah tak de seat nak berbuka kat restoran, why not korang takeaway je


Senang kan, tak yah nak pening-pening kepala. 

Apa lagi jom berbuka di Nandos ek..eh #BloggerKakiMakan pun korang dah buka puasa di Nandos ke belum ek....


4 comments :

Dkna Abza said...

tak pandai nak order menu kat nandos..ermm.. pernah makan,tapi mana silapnya.. hahahaa..

misz sheyla said...

Aishhh...terliur plak tgok entry ni..boleh gak try berbuka jap lg..hihi

yoorin melacolea said...

nandos memang umphh.tak pernah lg makan time bulan puasa sebab full house selalunya.. ni ada main chup chup pulak ek.. hahaha... senang laa kann

Fantastic Bos said...

chup tempat tak tahan tu, hehe, bagus punya servis