Thursday, July 2, 2015

Koleksi ‘activewear’ ASH BE NIMBLE Sesuai Bagi HIJABISTA Aktif Beriadah

Hi Korang,

Memang ramai kengkawan yang selalu mengadu kat aku, camne lah nak cari sesuatu yang selesa ketika bersenam atau beriadah walaupun bertudung kan. Ermm ntah, mana lah aku tau kan. 


Until aku dapat jemputan daripada owner ‘Ash Be Nimble’ Ms Hui ke pelancaran modest activewear launch ‘fitness knows no borders, boundaries or body types’ di Grumpy Cyclist di TTDI. Rasanya ramai yang tak tau kewujudan As Be Nimble ni so aku citer sket kat korang ek.

Cerita di sebalik Ash Be Nimble 


Pemilik Hui Mathews meninggalkan dunia korporat setelah bekerja di Boston Consulting Group, KL untuk mencapai misi dan cita-citanya untuk menghasilkan sebuah jenama ‘activewear’ sukan yang menarik tetapi mampu dimiliki oleh semua di Malaysia. Kesemua stail Ash Be Nimble berharga kurang daripada RM100. Semenjak Mac 2014, jenama ini telah berjaya mendapat sokongan positif daripada rakyat Malaysia dan setakat ini telah berjaya terjual sebanyak beberapa ribu helai dalam tempoh terdekat. Jenama Ash Be Nimble kini boleh didapati di 10 buah fitness studio dan kedai di serata Malaysia – termasuk di Kuching, Sarawak dan 1 stokis studio Yoga di Bali, Indonesia. 

Pelancaran koleksi modest activewear adalah respon kepada para pelanggan Ash Be Nimble yang telah mengemukakan permintaan supaya menghasilkan sports hijab yang menarik, selesa dan harga yang berpatutan. Ini kerana sports hijab masih susah didapati di pasaran Malaysia. Ini menggalakkan lagi Hui untuk terus menghasilkan jenama yang mampu dimiliki semua. 

Meh aku citer pasal launching event hari tu ek.


Jenama Ash Be Nimble menjadi hos utama kepada 20 para tetamu untuk pelancaran koleksi modest activewear. Para tetamu yang dijemput terdiri daripada wanita ternama dari industri media, para peserta sukan marathon, wanita sukan half-ironwoman, pemilik studio yoga, direktor sukan, pelatih peribadi serta blogger lifestyle. 



Di antaranya adalah dari Curves Malaysia - Alison Chin | Yogaonethatiwant Studios - Atilia Haron & Shireen Salleh | Impressed - Amelia Zahar & Zaida Ibrahim | Malaysia Women Marathon - Karen Loh | Kia Kaha Fitness - Karen Siah | SHAPE Magazin - Zara Nasarudin | Numma Nuur - Fitriza Nur Ain | Hanim Ab Hamid | Afiza Abdul Halin | PurelyB - Helenness | Capital FM Malaysia - Edea Nor | Yusnira | Running Malaysia Magazine - Nantanaa | Women's Health Malaysia


Aktiviti yang telah diadakan terdiri daripada photoshoot bagi kesemua para tetamu untuk mencuba sendiri sports hijab daripada koleksi modest activewear. Setelah selesai, ini diikuti pula dengan sesi brunch di Grumpy Cyclist Café, TTDI sambil mengadakan diskusi tentang “Cabaran yang dihadapi oleh para wanita di Malaysia yang ingin hidup dengan gaya lebih sihat dan aktif"– topik ini merangkumi isu-isu seperti keselamatan, cuaca, pakaian, motivasi serta pengetahuan nutrisi. 

sempat berselfie dengan Ms Hui, owner 'Ash Be Nimble' sebelum balik hari tuh

Aku as pendengar ni rasa sangat seronok bila dapat tahu cerita-cerita daripada mereka yang bagi aku talented ni, serba boleh walaupun mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. 

Ok sedikit informasi koleksi ‘modest activewear’ ini







Kesemua stail daripada koleksi modest activewear ini berharga kurang daripada RM100 – kesemua sports hijab berharga RM85 dan long sleevetops berharga RM80 sahaja.

Jenama Ash Be Nimble menyokong membeli barangan buatan Malaysia- kesemuan koleksi dihasilkan di Malaysia diperbuat daripada diperbuat daripada kain yang 4-way stretch spandex lycra yang ringan serta mudah kering. 

 
dengan penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia, RM10 caj penghantaran bagi Sabah, Sarawak dan kadar tetap RM30 ke serata dunia. 


Pembelian juga boleh dibuat melalui stokis Yogaonethatiwant Studios di Damansara Perdana, dan Shah Alam serta di Saville Melawati. Just call 013 3005980 tau..

Korang check it out lah http://www.ashbenimble.com tau

2 comments :

Diana Rashid said...

kagum nya..orang bukan islam boleh tergerak nak hasil kan pakaian sukan untuk yang berhijab..

adianiez AIDA said...

mcm tudung nak swimming, kan?
selesa la nak bersukan...