Tuesday, July 21, 2015

Pencarian Kucing Kebangsaan Terbaik Whiskas 2015

Hi Korang,

Bagi pemilik kucing yang comey-comey belaka ni, ada berita baik untuk korang tau.


Peraduan Kucing Kebangsaan Whiskas 2015 oleh Mars Foods Malaysia Sdn Bhd (Mars) telah bermula dan masih ada masa untuk anda menghantarkan penyertaan bagi kucing kesayangan anda! Peraduan ini bermula pada 1 Jun 2015 dan akan dilangsungkan sehingga 31 Julai. Terdapat tiga kategori – Si Manja Mata Mempesona, Si Manja Bergaya dan Si Manja Hiper-Comel.

“Pencinta kucing sentiasa memastikan yang kucing mereka diberikan nutrien terbaik untuk menyerlahkan sisinya yang terbaik, sekali gus menawarkan haiwan kesayangan ini mutu kehidupan yang terbaik. Kami sayang pada kucing kami kerana semangat dan personalitinya yang bebas, tetapi kami turut memahami yang mereka bergantung pada kami untuk menyediakan nutrisi lengkap dan seimbang bagi meraih kesihatan yang ideal. Di Mars, produk Whiskas kami – kini hadir dalam pek baru, mengandungi manfaat Sistem Vital bagi meningkatkan tiga perkara kunci dalam diri kucing yang sihat – mata yang sihat, bulu yang sihat dan berkilat serta, sikap yang aktif dan bertenaga. Mengenal pasti perkara-perkara kunci ini adalah sesuatu yang setiap pemilik kucing wajar tahu jika mereka mahu memberikan penjagaan dan perhatian yang baik,” kata Helen Hidvegi, Pengarah Pemasaran MARS India, Asia Tenggara & Thailand.


“Dengan mengetengahkan tiga perkara kunci ini, kami teruja untuk menggalakkan semua pemilik kucing untuk menyertai peraduan Kucing Kebangsaan Whiskas Tahun 2015. Rakamkan gambar-dekat mata bersinar dan jelas kucing mereka untuk kategori Si Manja Mata Mempesona, gambar kucing menunjuk-nunjuk bulunya yang sihat bagi kategori Si Manja Bergaya, atau gambar aksi kucing anda yang sedang aktif dan bertenaga untuk kategori Si Manja Hidper-Comel, pemilik kucing berpeluang memenangi hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM10,000 dan bekalan setahun produk Whiskas,” tambah Helen Hidvegia.

Butiran Peraduan 

Untuk menyertai peraduan Kucing Kebangsaan Whiskas Tahun 2015, apa yang anda perlu lakukan adalah menghantar gambar kucing anda dalam mana-mana tiga kategori ini – Si Manja Mata Mempesona, Si Manja Bergaya atau Si Manja Hiper-Comel menerusi laman Facebook Whiskas Malaysia atau pos menggunakan Pos Malaysia bersama-sama borang peraduan yang boleh didapatkan daripada cawangan yang menjual produk Whiskas berhampiran anda. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan bukti pembelian mana-mana produk Whiskas antara 1 Jun hingga 31 Julai 2015. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan untuk semua kategori, sama ada kucing yang sama atau berlainan, tetapi setiap penyertaan perlu ada bukti resit yang berbeza, dan setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. 


Lima peserta dan kucing mereka akan disenarai pendek daripada setiap kategori untuk Peringkat Akhir yang akan diadakan pada 3 Oktober 2015 di Aeon Ampang Utara 2 (AU2). Penyertaan ini akan disenarai pendek pada Ogos dan jemputan akan dihantar kepada 15 peserta terbaik pada September. Kesemua peserta yang telah disenarai pendek tidak akan pulang dengan tangan kosong. Daripada 15 peserta disenarai pendek, seekor kucing yang memiliki ketiga-tiga ciri utama kucing yang sihat akan dinobatkan sebagai Kucing Kebangsaan Whiskas Tahun 2015. Kucing bertuah dan pemiliknya akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan setahun bekalan produk Whiskas, manakala Pemenang Kategori bagi setiap tiga kategori akan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan bekalan 6 bulan produk Whiskas. Dan 11 lagi peserta disenarai pendek akan membawa pulang Hadiah Saguhati berupa bekalan 6 bulan produk Whiskas.

Untuk menyertai atau maklumat lanjut mengenai peraduan Kucing Kebangsaan Tahun 2015 Whiskas, layari laman Facebook Whiskas Malaysia

3 comments :

Suria Amanda said...

Kucing pun ada peraduan kan...SA xde kucing sebab x berapa suka..bukan benci eh...sebenarnya takut kucing...hahahaha

Chot said...

menarik jgk ni. boleh cuba

Anonymous said...

All Ladies Treasure Hunt 2015 @ jaboks.blogspot.com