Wednesday, October 13, 2010

Sedap Ooo Chocolate Chip Nie.

Korang,


Sabtu lepas, masa mrBig sibuk pi dinner company dia tuh, aku pun dengan senang hatinya melepak kat umah.Disebabkan x jadi nak kuar dengan Daydeck nak tengok teater, sambil tengah duk, terguling-guling atas katil, tetiba tekak terasa nak makan something yang sweet plak. Trus lepak depan PC, search resipi yang simple dan mudah nak masak dan juga bahan2 yang ada kat dalam dapur tuh.

Terperasan plak blog K Ina KL, ada resipi Hersheys chocolate Chip nie. Nampak cam menarik, tapi rasa betul tau lagi kan. So cepat2 gather2kan semua bahan-bahan yang kena ada. Tup-tup gula perang dan gula halus x de. Trus je aku gantikan dengan gula pasir yang biasa tu, K Ina jangan marah tau. Kan dah mintak izin hari tu kan.


So start, memula aku godak butter dengan gula pasir. Korang tau pakai apa? Ni hah pakai tangan okeh. Sebab apa? Mixer aku dah meletup masa raya tahun lepas dan mr Big belom ganti2 lagi kan. Aku rasa ada lebih 1 jam aku mengodak benda alah nie. Penat? Jangan tanya lah. Sakit tangan ooo, rasa cam kuar muscle lah kan. Pas tu, barulah campurkan dengan barang2 yang lain.


Sambil duk godak2 tu, panaskanlah. Sebab nak cepat, aku panaskan 2 oven sekali kan, so tak de lah nak tunggu lama. Tak sampai 5 minit, oven besau aku tu pop, meletup kau. Nasib baik tak de apa2, cuma electric trip je. Trus aku cabut plug then letak bawah. Takut di buatnya. So bakarlah pakai oven yang kecik tu. So pelan2 bakar. Dulang dah lah kecik.


So 1st dulang yang kuar tu, cepat2 aku rasa time panas-panas. Ya Allah, memang sedap tapi manis sket lah sebab aku tukarkan gula tu kan. Lain kali aku dah tau dah nak adjust cam ne.

Korang nak tau kul berapa last dulang bakar? Pukul 12.30mlm. Sambil bakar sambil tengok cerekarama kelakar tuh. Mr Big balik je, trus je dia terjah dapur, walaupun time dah pukul 3.30pagi dan ktorg baru lepas supper kat KFC but still dia makan jugak. Sedap plak dia cakap.

Anyway, thank you K Ina KL. Memang resipi k ina nie betul2 sedap lah, walaupun dah di modified sket. Hasilnya tetap sedap.

Korang patut cuba oi..

p/s : Dear, tolong gantikan oven electrolux yang besau sket ek... ala murah je.. RM1k je....

10 comments:

kak ina kl said...

kah..kah..kah..tergolak akak baco N3 ni..punya semangat nak buat kukis ni sampat terbakar oven.
memang berbaloi kan kalau buat ni..untung..

akiss ferrero. said...

wah. nampak pun mcm sodap ni ;p

nk try juge le :)

daydeck86 said...

tu la janji tinggal janji... ahhaha
murah jer rm1k kan....

- zuriey - said...

nampak sedap je.. nanti masak lebih sikit, nak rasa..hehe

.s.o.f.i.a. said...

nak buat gak!!!!!!!! tapi kat umah sewa tadak oven...... agak2 kalau me modify gak resipi ni, kukus adunan tu, ok tak??? he he.......

sweetdarling said...

Salam CikLily,

Pemberitahuan, saya dah bertukar bloglink yang baru... http://sw33tdarling.com.. anda dijemput, silalah berkunjung

h4ni3 said...

rajinnya kauuuuu!!!
hantar 1 balang kat aku.. hehe

lina said...

wah nampak sedap...bila la nak buat ni

- zuriey - said...

yummy..rasa lapar pula tngok

Matjoe said...

nice. xde owen laa kt umah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails