Thursday, October 21, 2010

Jerebu? Mana-mana Ada

Hi Korang,

Masa aku dengar berita kat radio pagi tadi, diorg cakap kat Muar jerebu teruk gila sampai tutup sekolah. Cian plak dengan bebudak sekolah kat sana kan.

Aku pun call la member sengal aku yang duk kat sana. Saja tanya khabar. Bila aku cakap je, sian anak2 dia x dapat pegi sekolah kan. Dia jawab apa? Anak aku suker betul x payah gi sekolah, dapat main puas2. La cam tu plak. Lantak lah.

Tapi bukan muar je kena jerebu teruk. Kat site aku nie, Nilai pun tak kurang hebatnya jerebu. Kalau pepagi sampai kat site tu for sure tak nampak lah jalan tar tu kan. Kena plak lori2 keluar masuk site. Wah, hebat debu2 terbang. Memang tak boleh bukak tingkap kereta lah.

Tengok cermin kete nie, terukkan debu. Padahal hari2 lap tau kat stesyen minyak.

Yang best part tuh, sampai dalam office nie pun berjerebu. Habuk bukan main tebal lagi. Even dah lap pun ermm kejap je then debu dia makin tebal plak melekat. So sekarang nie, dah ramai start batuk2 yang dah pakai mask pun ada.

Aku? haruslah amik langkah berjaga2. Kalau boleh aku tak nak sakit2 nie, susah nak buat kerja. Apatah lagi nak pi bercuti hujung bulan nie kan?

7 comments:

alinac lover said...

aik..jerebu kat sna~

e.l.i.s.s.m.i.e said...

ni dahsyat btol..patutnya tak payah pergi keja kan :)

Ieda Al-Habsyi said...

hurmm..jerebu dah kembali, bebudak sekolah kat muar pon dh dpt topeng free ari ni..tak lama lagi pulak musim tengkujuh :)

||| PöJìé PööH ||| said...

Kesian ngan adik2 saya tak pegi sekolah arini. Semalam pegi sekolah pun semalam pakai mask..

Love,
PojiePooh Abdullah

Anonymous said...

Helpful blog, bookmarked the website with hopes to read more!

Liza said...

kat bangi pun nampak jerebu skit, harap2 malam nie hujan lah, kasi clear skit

Bella Enveeus said...

kena start pakai mask la nampak gayanya.. susah la kalau jerebu ni.. tapi ada je neighbour2 dkt sini yg selamba kodok je bakar2 sampah smpi asap berkepul2.. ish ish.. bongok la sesetengah org ni.. mentaliti zaman batu.. :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails