Sunday, October 24, 2010

Aku Jatuh Cinta Dengan Blackberry Torch 9800

Hi Korang,

Semakin hari semakin aku terbayang-bayangkan Blackberry Torch 9800 nie. Eh bukan aku sorang je malah MrBig pun dah berjangkit angau dengan Blackberry Torch 9800 nie. Ini kerana dalam buletin blog Nuffnang ada cerita pasal Blackberry Torch 9800 yang di lancarkan tak lama lagi nie.


Sebab apa aku kemaruk sangat nak blackberry Torch 9800? Majoriti kengkawan aku semuanya dah ada Blackberry series yang lain dan diaorg nie sibuk api-apikan aku dengan mrBig suruh tukar ke Blackberry Torch 9800 nie.


 
Mula-mula aku nak cerita mengenai Blackberry Torch 9800 selepas itu baru aku cerita mengenai Celcom Blackberry Plan dalam blog comot aku nie tau..


Blackberry Torch 9800 ni adalah keluaran terbaru dari syarikat Blackberry yang tak asing dimuka bumi ini. Blackberry Torch 9800 ini adalah 1 smartphone hadir dengan keybord Blackberry dan dengan skrin sesentuh sebesar 3.2 inci, Antara kelebihan lain Blackberry Torch 9800 ini adalah seperti berikut:-
 

Dengan adanya Blackberry Torch 9800 ini kita semua boleh mengemas kini semua rangkaian sosial yang memang popular di seluruh dunia antaranya adalah Facebook, Twitter, Myspace, Flickr, dan banyak lagi secara mudah serta dimana jua kita berada tak kira masa.



Blackberry Torch 9800 ini juga boleh menggunakan kad memori sehingga 32 gig ini bermakna kita boleh menyimpan pelbagai data didalam Blackberry Torch 9800 anda tak kira apa jua sekali data yang ingin anda simpan seperti gambar, muzik, video serta pelbagai lagi.



Aplikasi kamera untuk Blackberry Torch 9800 ini pula dibina dengan 5MPkualitinya memang mengujakan kepada aku kerana aku memang sukakan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi camera yang kualiti gambar terbaik. Selain itu kamera Blackberry Torch 9800 ini datang dengan built in flash ini bermakna kualiti gambar akan menjadi baik disertai pula dengan 11 mode imej bagi memudahkan kita mengambil gambar secara spontan.



Multi-tasks ini bermakna kita boleh membuka lebih dari satu halaman dengan tab browsing serta kita boleh "bookmark" halaman yang kita suka ini bagi memudahkan untuk kita memilih dan membuka halaman yang kita minati.


Kalau nak cerita pasal Blackberry Torch 9800 ni memang sampai bila pun payah nak abis kerana banyak sangat kelebihannya, sekarang aku nak mengomel mengenai Celcom Exec 50 yang sedang hangat diperkatakan
 


Antara kelebihan Celcom Exec 50 pula adalah :-

Diskaun outomatik melebihi 30% setiap bulan
Kadar panggilan cuma 15sen untuk semua rangkaian telekomunikasi
Komitmen bulanan serendah RM50
Percuma Celcom broadband basic plan selama sebulan dengan kelajuan sehingga 384 Kbps.


Pada 29hb Oktober 2010 ini Celcom akan melancarkan 1 plan yang terbaru iaitu Celcom Exec 50 ini bermakna apabila Celcom Exec 50 digabungkan dengan Blackberry Torch 9800 ianya adalah satu gabungan yang agak hebat kerana Blackberry Torch 9800 sememangnya smartphone yang canggih disatukan pula dengan plan yang menjimatkan.

Ishk, rasa memang betul2 tak sabau lah... Tunggu BB aku datang...

4 comments :

hamzah ian said...

hehe.. nice

Unknown said...

sy duit xde, pakai nokia monotone je!

- zuriey - said...

saya pun geram je tgk blackberry ni..gudluck 2u

aku ekynn said...

akak dah godek2 torch ni kat UK. nasib baik pakai kontrak... kalau 'pas as you go' mesti meleleh ko tgk aku pakai... hhhehe