Friday, October 8, 2010

Terasa Begitu Manja Sekali

Hi Korang,


Mesti bestkan dapat lepak kat spa lelama.

So 2 hari lepas aku berpeluang untuk merasai cam ne agaknya duk lelama kat spa buat body treatment especially buat facialkan. Spa Cres di Jusco Balakong jadi pilihan lagipun dekat dengan umah aku.


So dah buat appointment bagai, aku pun sampai. Sementara tunggu diorang siapkan bilik, sempat jugak diorg hidangkan aku chinese tea dan some sweet. Lepak kat hall sambil tengok2 majalah kejap. Tup-tup diorg panggil suruh masuk bilik tukar baju. Bilik memang just nice untuk 2 orang je, but ada jugak bilik2 lain yang besarlah.


So lepas dah tukar baju bagai, so process facial pun bermula selama 1 jam lebih. Tugas aku baring je. Memang seronok lah, terasa dilayan seperti tuan puteri yang turun dari kayangan lah. Ms Connie iaitu tukan tepek segala mak neka cream kat muka aku nie memanglah lembut je buat keje. Sket pun tak rasa pedih ke cream masuk mata ke, urut kuat sangat ke. Memang superb lah dia nie. Mesti dah lama training kan.

Dari satu proses ke proses yang berikutnya, memang indahlah. Aku siap tetido tuh.Maklumlah dengan bau haruman yang cukup wangi sambil dibuai instrumental melodi. Korang bayangkanlah. Bila aku celik mata je, dia cakap dah siap dah.


Ternyata memang bestlah kalau dapat lepak kat spa selalu.

TQ CRES dan TQ Ms Viruspadu sebab bagi aku peluang hang out kat sini.

6 comments :

Hanz said...

lily..envy u..dah lama x membelai..last skali after pantang aritu...waaaa...

Lady of Leisure said...

bestnya lepak spaaaa...

kerangRebus said...

ala..plz..bape harga nye..??nk jugak..stress ni.. huh :)

gadisBunga said...

best nye gi spa....

isabelle said...

u agak la kan... kalo i tertido sampai berdengkur & meleleh air liur, diorg kejutkan x bila dah siap semua tu? ehehe

atreyu strange said...

aku de wat facial kat sini jgk. ok lah sbb drg xde la wat kasar2 kan. huhu.