Tuesday, March 21, 2017

Urutan Pada Harga Berpatutan Kata MAB Shoppe

Hi Korang,


Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) telah pun melancarkan MAB Shoppe yang baru diubahsuai dan dinaiktaraf bagi menawarkan rawatan refleksologi kaki dan urutan badan yang santai dan menyegarkan kepada semua pengunjung di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

(LtoR) Mr. Charles Chew & Y. M. Tan Sri Dato Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

Pelancaran MAB Shoppe baharu ini telah disempurnakan oleh Presiden MAB, YM Tan Sri Dato’ Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, yang mengulas bahawa premis yang diperbaharui ini akan menyediakan peluang yang lebih baik bagi golongan kurang upaya penglihatan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan taraf kehidupan mereka, selaras dengan misi Persatuan.

Dari sebuah kedai kecil yang sempit bertempat di tingkat atas pasar raya ini, pusat penjagaan kesihatan dan kelestarian hidup ini telah berubah menjadi lebih besar dan lebih baik, sesuai dengan peningkatan taraf perkhidmatan yang kini ditawarkan oleh MAB. Pelanggan kini boleh bersantai dan menikmati sesi urutan dengan sepenuhnya di ruangan yang lebih luas dan dalam suasana yang lebih mendamaikan.

Charles Chew, Ahli Majlis MAB dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan MAB yang menyedari betapa pentingnya kepuasan pelanggan turut memberi kepastian bahawa “walaupun tukang urut kami mengalami kecacatan penglihatan, namun mereka akan mengkaji setiap aspek tubuh anda untuk memberikan tahap perkhidmatan yang terbaik.” 

Mr. Charles Chew speaking at the MAB Shoppe opening ceremony

“Walaupun kurang upaya, mereka telah dilatih oleh sebilangan pakar urut yang terkenal di dalam negara, serta pakar-pakar urut dari negara China bagi memberikan kepakaran terapi yang mampu melegakan simpulan serta lenguh di badan dan meredakan ketegangan pada kaki anda,” ujar Chew selanjutnya.

MAB menawarkan 2 jenis urutan. Yang pertama merupakan urutan badan penuh, manakala yang satu lagi merupakan urutan refleksologi kaki dengan kadar harga yang berbeza mengikut tempoh masa urutan.


Lebih separuh daripada pendapatan yang diperolehi akan diberikan kepada tukang urut yang terlatih ini, manakala bakinya dimasukkan ke dalam dana penyelenggaran umum pusat tersebut; ini pasti akan memupuk keyakinan yang lebih tinggi dalam diri pelanggan dengan mengetahui bahawa setiap sen yang mereka belanjakan akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Selain dari perkhidmatan mengurut, MAB Shoppe juga turut menjual barangan kraftangan seperti sabun dan minyak yang dihasilkan sendiri oleh mereka yang cacat penglihatan, dan pengunjung boleh membuat pembelian untuk menyokong aktiviti pembangunan komuniti tersebut. 


Sama ada anda memerlukan urutan untuk melegakan lenguh di badan mahupun meredakan ketegangan di kaki, sila kunjungi MAB Shoppe di NP2K-01, Tingkat P2, Zon C, Mid Valley Megamall. Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan sila hubungi 03-2284 6050.


Mengenai Persatuan Orang Buta Malaysia


Ditubuhkan pada tahun 1951, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) merupakan organisasi sukarelawan bagi orang-orang buta di Malaysia yang membekalkan perkhidmatan bagi membantu orang-orang buta serta menjalankan usaha untuk mencegah kebutaan. MAB menawarkan program-program pendidikan, kursus rehabilitasi, latihan vokasional serta perkhidmatan penempatan. Ia juga mengendalikan perpustakaan Braille, perpustakaan buku “bercakap”, Unit Penerbitan Braille, Pusat Teknologi Informasi, Pusat Sumber serta Unit Produksi dan Jualan.

1 comment :

maszull said...

assalamualaikum CLP...best2nya...baik ni boleh merehatkan diri...;)
** Mama Maszull