Sunday, March 19, 2017

Barangan NESTLÉ Kini Di PLATFORM SHOPEE

Hi Korang,


Shopee, pasaran social mudah alih No 1 di rantau Asia Tenggara dan Taiwan telah dipilih oleh Nestlé Malaysia sebagai rakan beli-belah atas talian terbaharu. Menerusi usahasama ini, Nestlé mensasarkan jualan berjumlah RM1 juta dengan menawarkan produk makanan dan minuman secara ‘bundle’ bawah 14 jenama terkemuka. 


Ini merupakan sebahagian promosi pra-kempen Nestlé pada bulan April iaitu “Wellness-Together-Gather”. Kempen Wellness Together-Gather yang berlangsung pada bulan Oktober 2016 merupakan kempen pelbagai jenama bagi produk nutrisi, kesihatan dan kesejahteraan di terbesar di Malaysia dan menjadi kempen e-dagang terbesar bagi kategori barangan runcit harian. Nestlé Malaysia menjangkakan jualbeli menerusi e-dagang akan mencecah RM500 juta dalam masa terdekat. 


“Nestlé adalah salah satu jenama kegemaran ramai yang dekat di hati kita, dari kelahiran hingga dewasa. Kami mahu pengguna menikmati produk Nestlé kegemaran mereka apabila menukarkan tabiat membeli tradisional di kedai pada pembelian atas talian untuk kemudahan mereka,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Menurut Joshua Zhu, Ketua E-Dagang, Nestlé Malaysia, “Saluran e-dagang merupakan salah satu enjin pertumbuhan yang terbaik di Nestlé Malaysia. Pengalaman membeli-belah di Shopee yang unik menjadikannya platform yang luar biasa bagi usahasama ini. Kami yakin, kami akan menempa standard baharu bersama!


Bagi meraikan usahasama antara Shopee dan Nestlé, pengguna boleh menikmati potongan harga pada masa yang terhad selagi stok masih ada menerusi Flash Deals untuk produk berikut (Terhad pada 300 unit bagi setiap ‘bundle’):

1. NESTLÉ OMEGA PLUS Adult Milk Powder 1kg – Beli 3 paket pada RM90

2. NESTLÉ OMEGA PLUS Adult Milk Powder 1kg – Beli 1 paket pada RM39.90 dan dapatkan 1 paket NESTUM 3in1 Original (15 bungkus) PERCUMA 

3. Memperkenalkan NESCAFÉ Mountain Wash dalam tin (12 bungkus) 
– Baharu di Shopee Malaysia hanya pada RM12.90!

[Tertakluk pada terma & syarat]

Selain Flash Deals yang dijadualkan berlangsung atas platform Shopee bermula pukul 12.00 tengah hari, rakyat Malaysia akan bergembira kerana Shopee menawarkan jualan murah sehingga potongan 40% bagi produk Nestlé lain seperti MILO, NESCAFÉ, MAGGI, NESTUM dan LACTO-KID. Shopee yang terkenal dengan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara juga menawarkan perkhidmatan tersebut bagi pembelian melebihi RM25 dalam satu transaksi dan produk tersebut akan dihantarkan terus ke rumah pengguna secara PERCUMA. Nikmati potongan harga tambahan with dengan kod baucar: NESTLE10 (Tertakluk pada terma & syarat).


Kempen Shopee X Nestlé ini merupakan satu titik permulaan. Pengguna Shopee yang menggemari produk Nestlé boleh terus menikmati pembelian dengan potongan harga pada masa akan dating. Pada bulan Mac 2017, Shopee telah merekodkan Nilai Barang Dagangan (Gross Merchandise Value, GMV) tahunan berjumlah USD 2.5 bilion dengan jumlan produk tersenarai melebihi 100 juta unit di rantau ini. Walaupun masih muda berbanding platform e-dagang yang lain di pasaran, Shopee telah melangkaui jumlah 30 juta muat turun di tujuh (7) negara, dengan Malaysia menyumbang 2 juta muat turun. Shopee juga mempunyai lebih 2 juta pengikut media social di rantau ini yang aktif berinteraksi dalam aplikasi tersebut. 

Aplikasi Shopee boleh dimut turun secara PERCUMA di App store dan Google Play. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.


1 comment :

sitirohaida said...

tak pernah lagi berbelanja di shopee ni..ingat nak terjah la
~ Kisahsidairy~