MY HISTORIC MOMENTS

Wednesday, March 8, 2017

UMRAH 2017 | Rezeki Yang Tidak Di Sangka

Hi Korang,


Seriously memang aku tak sangka dapat pi pun..

Ini semua rezeki

Sebenarnya citernya cam ni

Rasanya 3 tahun lepas kot, masa family Mr Big sebelah bapaknya bukak citer pasal nak pi umrah ni sekeluarga so aku aku excited sesangat. Yelah ko pi umrah tuh, siapa tak nak kan. Rezeki… tup-tup aku dapat tahu yang diorang nak bawak Mr Big je aku tak di ajak ermm haruslah sedih sesangat rasanya. Ermm tak perlah think positif je maybe aku tak layak lagi nak pi agaknya.

Orang sekeliling aku sibuk duk tanya apsal aku tak pi, apa salah aku sampai kena tinggal bagai kan. Aku jawabnya ntah tak de rezeki jelah. Sampai mak aku cakap pelik plak sebab bawak Mr Big aku tinggal. Alah x perlah biar jelah. Tapi sebenarnya kecik hati jugak lah, masa kat airport time menghantar tuh aku tak bercakap pun dengan diorang bukanlah nak tunjuk tanda protes tapi malas nak kecikkan lagi hati sendiri kan. 

Aku anggap tak de rezeki jelah..

Tup-tup hujung tahun lepas mama (mak mertua aku) bukak mulut pasal pi umrah sekeluarga lagi. Kali ni aku malas nak excited sangat sebab takut kena tinggal lagi jadi penjaga kucing. Aku diam je until gemuk mintak passport kitorang berdua untuk uruskan visa. Once visa approved barulah aku ada mood nak buat preparation untuk pi umrah. 

Tak nak pisang berbuah dua kali kan..

Even dengan mak pun aku tak bukak mulut apa-apa pun until mama datang jumpa mak dan bagitau mak sendiri. Barulah mak lega yang anaknya tak kena tinggal lagi. 

Bila dah betul-betul barulah lega sket rasa hati 

Syukur atas rezeki yang diberikan ni


Nanti aku sambung lagi dengan persediaan umrah dan trip ke sana ye.. Ya allah seronok benar sampai tak nak balik rasanya hehehehehehe



7 comments :

Dkna Abza said...

tahniah kak.. rezeki dengan izin Allah tu datang serentak kan.. moga dkna pun dapat jejak kaki ke sana nanti.

Siti Rohaida Yusof said...

alhamdulillah..sampai ke sana jugak kan

Hanim Hashim said...

Syukur alhamdulillah kak lily di atas peluang dan kesempatan menunaikan umrah. Mudah-mudahan ada rezeki kami pula untuk dijemput Allah ke sana satu hari nanti ...insyaAllah

adianiez AIDA said...

alhamdulillah.
rezeki tu ada,lily.
cuma lambat skit jer.
aida ni sgt nak ke sana.
tgh kumpul ribu ribu dlm tabung aji ni in shaa Allah.
mr.asben aida da gi last 2 years.
gi dgn kawan2 dia.

hainom OKje said...

Alah... kalau depa sponsor Mr Big sorang, kita bayor sendiri, tak boleh ikut jugak ke

puanbee said...

sabar je lah , nasib baik dapat kali ni , kalau tk dapat nangis kot kak

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

memang beshh pg sana.. nak pegi lagi dan lagi dan lagi