Thursday, March 16, 2017

Siri Jelajah SifuFBads 2017, Bagus Untuk Membantu Para Peniaga Di Luar Sana

Hi Korang, 

Sesuatu yang menarik aku nak kongsikan kepada korang ni ek terutamanya mereka yang mempunyai business secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran 

78% PEMILIK BISNES BERISIKO UNTUK "GULUNG TIKAR" JIKA TIDAK ONLINE-KAN BISNES PADA 2017 

Takut pulak baca ayat kat atas tu ek, ini boleh merugikan kita ye.. 


Dunia internet kini tiada batasan yang boleh dimanfaat namun malangnya hampir 80 peratus pemilik bisnes tidak memanfaatkan sepenuhnya teknologi hari ini terutama platform Facebook untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Angka ini ditemui oleh pasukan SifuFBads Sdn Bhd selepas kajian dilakukan sepanjang tempoh 2015 hingga 2016. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SifuFBads Sdn Bhd, Mohd Effandy Saadon, pelbagai peluang muncul di dalam bisnes internet dan menjanjikan pulangan yang besar sekiranya bijak menggunakan kemudahan teknologi sekarang. 


"Facebook adalah salah satu platform terbaik untuk peniaga memberitahu kewujudan produk atau servis mereka kepada bakal pembeli. Sayangnya ramai dalam kalangan mereka yang gagal menggunakan Facebook sebagai medan perniagaan. 

"Alhamdulillah, setakat ini kami di SifuFBads telah melahirkan ramai alumni yang berjaya dalam perniagaan dan membina jenama di pasaran tempatan seperti De'Xandra, Marshmallowscarf, Caryazara, Mamadil dan banyak lagi. Mereka juga seperti kebanyakan usahawan lain yang bermula dari kecil sehingga menjadi jenama gergasi di dalam perniagaan internet," kata Mohd Effandy di dalam sidang media Siri Jelajah SifuFBads 2017, hari ini.


"Siri Jelajah FBads 2017 antara usaha kami untuk menyampai di samping berkongsi ilmu tentang pengiklanan Facebook kepada_seramai mungkin mereka yang berada .di luar Kuala Lumpur seperti mana di Johor Bahru pada 18 Februari dan Kota Bharu pada 11 Mac lalu. 

"Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan dan berdasarkan sambutan itu, nampaknya kami terpaksa mempertimbangkan sekali lagi untuk mengadakan seminar di kedua-dua bandar itu untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas," katanya. 

Siri Jelajah SifuFBads 2017 akan diteruskan di Pulau Pinang pada 22 April, Kuala Lumpur (29 April), Shah Alam (6 Mei) serta Kota Kinabalu, Kuantan dan lpoh yang masih belum mempunyai tarikh tetap.


Setiap peserta akan diberikan sebuah buku secara percuma bertajuk 7 Steps FB Ads For Business Owner yang ditulis sendiri oleh pihak Sifufbads. Buku ini akan diedarkan secara percuma kepada mereka yang berminat dengan hanya mendaftar di www.sifufbads.com/7step.

Siri jelajah ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada bakal usahawan dan usahawan supaya menggunakan platform Facebook sebagai medium pemasaran dengan cara lebih bijak dan berilmu kerana media sosial ini sangat bermanfaat untuk mengembangkan bisnes mereka. Pendedahan oleh pasukan SifuFBads ini adalah antara cabang ilmu terbaik untuk para usahawan.


"Biar modal anda menimbun setinggi Gunung Fuji tetapi tanpa ilmu perniagaan anda mungkin akan menjurus kepada kerugian. Seperti juga ilmu pengiklanan Facebook, anda perlu berhati-hati memilihnya kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Perubahannya sangat pantas, jadi pastikan setiap iklan yang anda lakukan tidak sia-sia dan sampai kepada audien sasaran. Di sinilah pentingnya pembelajaran untuk mendapatkan ilmu itu. 

"llmu akan membuatkan anda yakin untuk terus berada di dalam lapangan perniagaan. Keyakinan akan membawa anda pergi lebih jauh untuk mencapai matlamat dan menguatkan lagi tindakan mengejar kejayaan. Saya yakin, anda boleh menjadi usahawan hebat dengan adanya ilmu, tindakan dan mentor yang sentiasa memberi bimbingan," kata Mohd Effandy. 

Tentang SifuFBads Sdn Bhd 



Sifufbads Sdn Bhd yang diasaskan oleh Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagi Sifu Jamal merupakan sebuah syarikat penyedia latihan konsultasi dan bimbingan kepada usahawan khususnya dalam bidang pemasaran online yang menggunakan platform "Facebook". Mula bergerak aktif secara online, Sifufbads telah banyak beke asama dengan syarikat korporat, sektor swasta, kerajaan dan juga badan-badan berkanun sebagai penyedia latihan untuk pemasaran secara online. 

Terkini MDEC, FAMA, Vida Beauty dan Kumpulan Media Karangkraf telah memeterai perjanjian bersama Sifufbads untuk melatih para usahawan di bawah naungan mereka. Sifufbads juga telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya yang semakin ligat membina nama seperti pengasas jenama De'Xandra, Mamadil, Caryazara dan Marshmallowscarf juga menggunakan khidmat nasihat dari Sifufbads dalam perniagaan online.

Misi SifuFBads adalah melahirkan jurulatih berkelayakan untuk ditempatkan di seluruh Asia Tenggara di samping menyediakan modul-modul pembelajaran yang dikemaskinikan dari semasa ke semasa, diuji berkesan dan mudah difahami.line mereka.

Tahun 2017 merupakan tahun untuk Sifufbads mengorak langkah drastik selepas kejayaan demi kejayaan yang dilakar melalui dalam talian. Sifufbads yang terkenal dengan penganjuran Grand Seminar yang rata-ratanya dihadiri seramai 1,500 hingga 2,000 penyertaan yang hanya diadakan di Kuala Lumpur kini bakal menerjah ke bandar-bandar utama di Malaysia.

Sehubungan ltu, Sifufbads juga telah menghasilkan buku "7 Steps FB Ads For Business Owner'' sebagai satu usaha bagi membantu para usahawan dalam memahami apa itu perniagaan online secara ringkas dan seterusnya dapat membantu mereka untuk memulakan perniagaan online melalui 7 langkah mudah.


2 comments :

ZULHILMI TEMPOYAK said...

Not bad. nnt kena share jugak cara buat bisnes ni. tak sempat lagi nk join memana pun..

AMIIZAA@Mieja said...

Salams Lily

kak mieja datang baca entry baru :):)