Saturday, March 11, 2017

Pawse for a Cause

Hi Korang,

Dalam usaha untuk terus membanteras kekejaman dan meningkatkan kesedaran umum mengenai kebajikan haiwan, Pawse for a Cause kembali dan akan memeriahkan suasana dengan penganjuran karnival amal tahunan yang kedua pada tahun ini. Berlangsung pada 29 Julai 2017 di Desa ParkCity, acara berkenaan bermatlamat untuk memberi tumpuan terhadap keadaan menyedihkan haiwan-haiwan terbiar di seluruh negara, mengumpul dana secara tidak berasaskan keuntungan khas untuk haiwan serta mendidik masyarakat awam berkenaan Akta Kebajikan Haiwan yang akan berkuat kuasa tidak lama lagi. 


Dengan kerjasama United International Pictures, pelancaran edisi kedua program tersebut dianjurkan dalam suasana penuh meriah semasa tayangan perdana filem A Dog’s Purpose di MBO Cinema, CITTA Mall. CITTA Mall dipilih sebagai lokasi pilihan bagi pelancaran ini kerana sejarah pusat membeli-belah bekerja dengan pertubuhan kebajikan anjing lain, lokasi yang senang diakses dan ruang yang luas disediakan disebelahan MBO Cinemas.

Tayangan sulung yang gemilang itu dihadiri oleh pengamal media, rakan acara dan selebriti tempatan yang berkongsi kecintaan mereka terhadap haiwan-haiwan yang malang di jalanan. Diilhamkan daripada ikatan antara haiwan dan manusia, filem berkenaan menggambarkan kisah mengasyikkan tentang seekor anjing yang menyusuri pelbagai kehidupan untuk mengetahui sebab sebenar kewujudannya. 


“Kami memilih untuk melancarkan Pawse for a Cause dalam sebuah konsert bersama majlis tayangan perdana Dog’s Purpose kerana mesej yang disampaikan dalam filem berkenaan menyerlahkan misi kami. Menyentuh mengenai hubungan yang dikongsi antara anjing dan manusia, kenyataan yang diterapkan dalam filem berkenaan memberi kesan kepada kami yang merupakan pencinta terhadap sahabat berbulu di bumi ini. Haiwan-haiwan layak menikmati kehidupan yang sempurna dan kami berhasrat untuk menjadikan ia satu realiti dalam negara ini,” kata Seem Subash, Pengasas Pawse for a Cause.

Teras usaha sama berkenaan menggambarkan pergerakan Pawse for a Cause sebagai platform pendidikan akar umbi, saluran pembaharuan sosial dan perundangan, sistem sokongan mampan bagi bantuan kewangan yang berterusan serta perkhidmatan kecemasan dan enjin pemacu usaha populasi sifar haiwan terbiar. Pada dasarnya, kejadian-kejadian kekejaman terhadap haiwan yang terdapat di Malaysia menjadi keutamaan dan keperluan kewujudan kami.


Sementara itu, program amal yang akan dianjurkan pada Julai ini bertujuan untuk menggalakkan usaha dan penglibatan berterusan masyarakat umum dan badan korporat untuk menyumbang dana dan seumpamanya dalam menjayakan matlamat organisasi ini. Acara tahun ini disasarkan menghimpun dana sebanyak RM100,000 yang kemudiannya akan diagihkan secara saksama kepada badan kebajikan haiwan yang layak di seluruh negara. Pawse for a Cause berperanan sebagai pengelola inisiatif-inisiatif yang disenaraikan di atas.



Bagi memeriahkan acara, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang. Daripada persembahan ke bengkel-bengkel profesional dan pertandingan, segenap pengunjung pasti bergembira dengan pilihan yang disediakan. Selain itu, pengambilan haiwan angkat akan diadakan bagi membolehkan individu yang serius untuk memelihara dan menambahkan bilangan haiwan untuk disayangi di rumah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Pawse for a Cause manakala pelabur kewangan berpotensi atau pihak yang berminat untuk membuat sumbangan secara pukal (contohnya untuk makanan dan bekalan tempat perlindungan) digalakkan menghubungi Seema Subash secara terus di talian +6016 2363 197. 


Maklumat terkini dan aktiviti-aktiviti berkaitan Pawse for a Cause juga boleh didapati menerusi laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter organisasi berkenaan.


No comments :