MY HISTORIC MOMENTS

Thursday, March 23, 2017

Dinner Di Salam Noodles, Seksyen 7 Bangi

Hi Korang,

Ye citer lagi pasal makan sebab tak tau nak masak apa lagi dah.

Sindrom buntu nak masak apa ni memang menjadi igauan surirumah especially cam aku ni. Masak beria kang tak habis, masak sedikit kang tak cukup. So gimane kyak nyer itu, ibu ibu bapak bapak sekalian? Wah tertiba terkeluar slang Indonesia pulak ek.

Bila tak tau nak masak apa ni, langkah pertama whatsapp Mr Big dulu. Tanye dia balik tu nak makan ringan-ringan ke makan nasi. Kalau dia cakap ringan so bolehlah aku bantai buat maggi goreng je tapi kalau dia cakap nak makan berat dan aku cakap lauk dah banyak nasi tinggal isi ayam untuk buat rencah sayur je ok terus je dia cakap makan luar jelah. 


Jadi malam tuh, hujan sejuk dia nak makan something yang boleh menghangatkan badan. So big NO to tomyam, fastfood, western food ek. Maka kenalah mencari jenis yang soupy boleh hirup-hirup. Terus je dia terperasan kedai Salam Noodles kat area umah kitorang ni.

Hah terus pi..

Kedai ni berkonsep ala-ala chinse muslim, kira macam authentic gituh makanannya,mostly makanan ada sup tak kira nasi mahupun mee. Sesampai je meja banyak kosong sebab kedai ni luas dan terang so takdelah rasa lemas kan.


Rupanya kena order makanan dan terus bayar kat kaunter then makanan pun sampai kat meja yang kite tulis kat kertas order tadi. 



Aku macam la, makan je ke air? Ok air free flow dan self service. Nasib baik meja kitaorang dekat dengan tempat air so senang nak bangun pi ambil air. 


Kitorang order:-

Beef Soup Noodles

Dumpling Soup 

Dry Dumpling

Amik ko kemain banyak dan besar mangkuk yang tiba kat meja. Ingatkan portionnya kecil-kecil tapi kemain besau lagi boleh kongsi makan berdua sebenarnya untuk satu hidangan tuh. 


Ermm chaiyok, mari kita habiskan semuanya sebab lapar yang amat dan sejuk malam tuh plak. Makan-makan makan tambah sambal yang ada kat meja tu lagi menyedapkan mee sup ni. Ternyata memang tak habis pun 4 mangkuk makan berdua, sudahnya tapau je untuk esok punya breakfast hehehhe

Kalau korang teringin nak pi, ni alamatnya

Salam Noodles Bangi
56, Jalan 7/7b Seksyen 7
Bandar Baru Bangi.
(sebaris Speedmart, Petronas, dekat restoran UK)



Ok selamat menjamu selera semuanya…

1 comment :

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...wah !! sedapnya tengok mee tu...:)

** Mama Maszull