Tuesday, March 28, 2017

Suamiku Buat Hal Pulak

Hi Korang,

Balik hari tuh, tup-tup Mr Big cakap ada present kat atas meja..

Yeahh!!! Wah apsal plak laki aku bagi hadiah ni ek, ermm mesti ada apa-apa ni kan. Hehehehhe

Wah baju kurung tuh

Ermm dalam hati dah berkata-kata gak ni, apa pulak kali ni dia nak ni ek siap bagi baju bagai kan

Terus je cakap, oklah jap lagi cuba lah.

So baring-baring depan tv lepas makan hah terus tertidur ek.

Bangun-bangun nampak baru tuh terus cuba, dengan muka serabainya kan hahahaha

Tadaaaa


Cantik gak designnya.

Aku tanya beli kat mana ni, kemain cantik nau designnya. 

Dia cakap, Vietnam!!! 

Aik kemain jauh lagi, bertambah suspen lagi aku dibuatnya. Muka aku dah berkerut bagai kan. La bukan I bagi lah, bebudak kat opis ni belikan you baju tuh. Diorang pi Vietnam last week

Arrr lega dibuatnya

Risau gak aku tetiba je laki aku ni bagi hadiah bagai kan, normally kalau dia nak bagi hadiah, dia bawak je aku pi kedai then suruh aku pilih je..

Biasalah naluri isteri tuh ada memacam rasa yang kearah negative je kan hahahahahaha

Suami oh suami, memacam hal ek…

4 comments :

notie said...

wah cantik tu designnya. hehehehe cuak je ya bila dapat hadiah tiba-tiba... hehehe

Amanda Suria said...

Jgn kata naluri isteri..naluri si tunang pun pun sama..

Hanim Hashim said...

cantik gak kak lily ...sesuai warna biru :)

Hasliynda Umairah said...

vietnam kaya dgn kain cotton
saya suka sgt..