Sunday, April 10, 2016

LIPUTAN MENYELURUH UEFA EURO 2016 MENERUSI PELBAGAI SKRIN, HANYA DI ASTRO

Hi Korang, 

Bagi peminat UEFA EURO 2016, this is especially for you...

Adakah pasukan Perancis mampu menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri? 

From left, Fernando Morientes, Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro_ Lee Choong Khay, Astro's Head of Sports Business

Mampukan pasukan Sepanyol menyekat kemaraan Jerman, pemenang Piala Dunia dalam mengejar kejuaraan Eropah buat kali ketiga berturut-turut? Bersedia untuk menonton segala aksi dan drama UEFA EURO 2016 melalui liputan menyeluruh Astro – sama ada di televisyen, atas talian, mobil mahupun radio! Sebaga penyiar rasmi dan eksklusif UEFA EURO 2016 di Malaysia, Astro menawarkan kesemua 51 perlawanan secara langsung di televisyen dan juga Astro on the Go melalui dua saluran Astro Supersports yang didekasikan khas untuk UEFA EURO 2016TM kali ini (HD: Saluran 841 & 842) dan SD: Saluran 821 & 822). 

Kesemua pelanggan ‘Sports Pack’ akan mendapat akses percuma ‘Sports Pass’ untuk liputan penuh dan menyeluruh UEFA EURO 2016. Pelanggan Astro yang lain boleh mendapat akses yang sama secara percuma dengan melanggan ‘Sports Pack’ sebelum 30 April 2016. Bermula 1 Mei 2016, pelanggan Astro dan Njoi boleh melanggan ‘Sports Pass’ hanya pada harga RM 104.95*.

Pada mereka yang tidak mempunyai akses ‘Sports Pass’ boleh juga menonton 12 perlawanan terpilih secara langsung di Astro Arena dan mendengar ulasan perlawanan tersebut di Radio Arena. 

Sementara itu, mereka yang tidak melanggan Astro dan Njoi juga boleh membeli ‘Sports Pass’ untuk tontonan di Astro on the Go. Beberapa perlawanan terpilih turut boleh ditonton secara berasingan berdasarkan ‘pay-per view basis’ pada harga RM 6* setiap satu.

Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, “Kami berhasrat untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman tontonan sukan terbaik di kesemua platform dan skrin. Kami memahami yang peminat sukan di luar sana mahu menonton aksi sukan secara langsung di mana sahaja mereka berada; dan tidak hairanlah sukan merupakan kandungan paling popular di Astro on the Go”.

UEFA EURO 2016TM akan memulakan aksinya menerusi perlawanan pembukaan di antara pasukan Perancis dan Romania, jam 3 pagi, 11 Jun 2016 (waktu Malaysia). Bagi menghangatkan lagi demam UEFA EURO 2016TM kali ini, pelanggan Astro boleh menonton barisan program pra-perlawanan istimewa seperti ‘Road to UEFA EURO 2016TM’, ‘UEFA EURO 50 Classic Matches’, ‘Great Goals of European Football – Decade by Decade’ dan banyak lagi.

Kesemua perlawanan secara langsung UEFA EURO 2016 akan disiarkan bersama ulasan sebelum perlawanan, separuh masa perlawanan dan juga ulasan selepas perlawanan. Ulasan dalam Bahasa Malaysia pula boleh didapati melalui kesemua perlawanan secara langsung di Astro Arena.

Banter session with Fernando Morientes

2016 merupakan tahun gemilang buat peminat sukan di luar sana. Selain UEFA EURO 2016, Astro akan turut membawakan liputan lengkap acara sukan utama seperti Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Uber 2016 dan juga Sukan Olimpik Rio 2016. Astro juga telah berjaya mendapatkan hak tayangan Liga Perdana Inggeris di Malaysia untuk 3 lagi musim sehingga tahun 2019.

Untuk melanggan Astro, layari http://www.astro.com.my atau hubungi 03-9543 3838

1 comment :

Unknown said...

berapa kali bayar myr 104? sekali bayar je kan