MY HISTORIC MOMENTS

Sunday, April 10, 2016

Faber-Castell mengetengahkan karya pelukis kontemporari di Pameran Seni Sulung

Hi Korang,

Cerita di hujung minggu ye...

Sebagai jenama terkemuka dalam kalangan pelukis dan pereka sejak berabad-abad lamanya, Faber-Castell mengadakan pameran seni yang julung-julung kali diadakan di negara ini, di mana ianya menampilkan koleksi karya asli yang dihasilkan oleh 12 orang pelukis kontemporari berbakat yang menetap di Malaysia.



Dengan tema “AMPLIFY”, Pameran Seni Faber-Castell sulung di Malaysia ini menyasar untuk membangunkan bakat tempatan selain menjadikan seni dan usaha menghargainya lebih dekat kepada orang awam.

Berdasarkan beberapa tema, sebilangan pelukis memilih untuk mengetengahkan mesej sosial sementara yang lain memilih untuk memberi penekanan pada kehidupan sebenar melalui potret terperinci hiper-realisme manusia dan haiwan. Karya-karya ini dihimpunkan bagi mempersembahkan pelbagai tema yang berbeza: dari mesej sosial kepada potret dan hidupan liar yang dapat dihargai oleh mana-mana hadirin dengan mudah.

Rangkaian Art & Graphic” dari Faber-Castell menjadi instrumen pelukis yang dicipta secara eksklusif dan terdiri daripada Pensel Warna Polychromos dan Pensel Warna Air Albrecht Durer kepada pen PITT Artist atau Pensel Grafik Monokrom PITT, di mana setiap pelukis berkarya dengan medium pilihannya bagi menghidupkan karya mereka.

Dihasilkan untuk pelukis yang melukis sebagai hobi mahupun secara profesional, rangkaian ini menjanjikan kualiti lukisan yang paling halus. Pelukis dan pereka handalan seperti Vincent van Gogh, Paul Klee, Karl Lagerfeld dan Neo Rauch menghargai spektrum nuansa warna yang pelbagai dan kualiti premium yang ditawarkan oleh rangkaian ini, yang tidak pernah berubah hingga ke hari ini: di mana pigmen berkualiti tinggi menjanjikan kalis luntur oleh cahaya yang unggul dan warna benderang yang mampu bertahan selama beberapa abad, membantu pelukis menghasilkan karya seni yang tak lapuk dek zaman.

Pameran yang menghimpunkan 35 karya seni ini juga turut membangkitkan mesej tanggungjawab sosial apabila barisan pelukis bersetuju untuk menyumbangkan 10 sen dari jualan karya seni mereka untuk didermakan kepada badan amal sementara Faber-Castell memberi komitmen untuk memadankan jumlah itu bagi menyediakan bantuan dua kali ganda.

Pameran seni ini akan diadakan di Mid Valley Megamall (Tingkat 3) dari 7 –10 April sebelum berpindah ke Artemis Art Gallery di Publika Shopping Gallery di mana karya-karya tersebut akan dipamerkan di sana dari 11 – 17 April 2016.

Sebagai sebahagian dari pameran ini, siri ukiran pensel unik turut dipamerkan bagi menyambut Ulang Tahun ke-111 pensel hijau Castell 9000 yang ikonik. Pameran buatan tangan dari negara Jerman yang dihasilkan dari ratusan pensel Castell 9000 itu kini menjelajah di seluruh Asia Pasifik.

Selama lebih se-abad, pensel Castel berwarna hijau tua yang menjadi legenda dengan hurufnya yang berwarna keemasan ini telah menjadi alat pilihan untuk pelukis dan pencipta dari seluruh dunia. Pensel berbentuk heksagon yang tidak pernah berubah rupa bentuk ini selain warna dan cetakan yang ditambah baik, direka supaya tidak menggelongsor dari meja yang condong, dan dilengkapi dengan mata pensel berkualiti terbaik dan tersedia dalam gred kekerasan yang tidak kurang dari 16.

Castell 9000 juga diiktiraf sebagai Pensel Tertinggi di Dunia. Pensel dengan ketinggian 19.75m dan diameter 0.8m yang mengagumkan ini ditempatkan di ibu pejabat Faber-Castell Malaysia di Subang Jaya dan digayakan seperti pensel hijau yang ikonik.

Pelukis yang melukis sebagai hobi dan juga secara profesional boleh meneroka rangkaian Art & Graphic dari Faber-Castell di semua kedai jualan Faber-Castell di seluruh negara di mana penasihat produk terlatih akan memberikan bantuan mengenai rangkaian menyeluruh instrumen pelukis dari jenama ini.

Butiran Penting mengenai Rangkaian Faber-Castell Art & Graphic

Diperbuat dari pigmen berkualiti yang dijamin tidak pudar, jadi karya seni dapat mengekalkan warna yang terang selama beberapa dekad. Jaminan tidak luntur cahaya oleh jenama dari Jerman ini hadir bersama kawalan kualiti yang ketat termasuk ujian kemalaran warna “blue wool scale”, yang pada asalnya dibangunkan untuk industri tekstil dan menjadi standard antarabangsa untuk pencelup tidak luntur oleh cahaya. 

Kebanyakan produk dalam rangkaian pelukis Faber-Castell memegang maksimum perkadaran tiga bintang yang memberi jaminan sekurang-kurangnya 10 tahun warna benderang, menepati standard tinggi yang ditetapkan oleh muzium dan galeri seni.

AMPLIFY:
Pameran Seni Sulung Faber-Castell Malaysia

Senarai Pelukis
  
Pelukis Pensel Warna Polychromos

Barbara Moore

Charles Mawan

Selamat Cumat

Sharon Kow Siew Suan

Pelukis Pensel Warna Albrecht Durer

Carolyn Chua

CK Khaw

Pelukis Pastel & Pensel Polychromos

King Wey, Heng (PhD)

Pen PITT Artist

Ajim Juxta

ERYN

Fadzwan Roslan

Pensel Grafit Monokrom PITT

Charles Mawan

Monica Lee

Arang Monokrom PITT

Fadzwan Roslan*
Sazri
Selamat Cumat*
  

* Pelukis menggunakan lebih dari satu medium


3 comments :

Maria Firdz said...

Kalau dah kreatif tu kan..

Ummul Azkee said...

bestnya!sampai bila yer pameran ni?

ietams said...

lawa bergaya artist²nya