MY HISTORIC MOMENTS

Monday, April 11, 2016

Pasal Makan Sedap Di Hujung Minggu

Hi Korang,

Kalau nak citer makan sedap memang tak akan pernah abis ni di blog aku ni. 

Dah kalau asyik makan sedap je bilalah nak kurus ek hhehehehhee

Alah mak aku kata makan je selagi boleh makan tapi kena pandai kawal pemakanan tu je. Ewah dah nama nutritionist plak kan omak den ni. 

So ini dia cerita minggu lepas..

Aku balik Melaka coz cousin aku nak kawin, so kawin jelah. Apa nak tunggu lagi semua dah cukup, rumah ada, kete ada, keje ada kan. Kawin dengan orang Jempol ermm jempol-jempol orang kat sini ek hahahha

Lepas subuh aku dah bergerak dah, Mr Big tak ikut sebab dia ada event lain nak attend plak. Lately ni ktorang cam artis ada je function je attend ek, dah macam YB pun ada gak hahahah berangan lagi. 


So sampai Jempol dari umah mak aku dalam kul 9.30 pagi cam tuh, so terus berkumpul kat masjid. Wah masa aku sampai tu pengantin tengah kene interview dengan tok kadi kat bilik lain, aku plak yang nebes ek hahaha

Kemudian majlis pun bermula



2 kali lafaz je dah jadi laki orang budak Azwan ni, dulu masa kecik-kecik asyik nangis je kan. Now dah kawin pun. Sekejap je masa berlalu

Abis nikah, terus pi umah pengantin pompuan untuk makan.

daging salai, ayam masak merah, ikan masin, sambal belacan dengan timun


Ko tengok lauknye sedap wei, lauk kampung. Terus bertambah-tambah makan di buatnya ke sebab time tu lapo tak henggat. Air pulak Lai Chee Kang, lagilah marbeles panas-panas pekena air  ni kan. Sudahnya aku bedal 4 mangkuk air ni. Sedap wei

Panas sangat wei time ni

Lepak kat homestay yang diorang sediakan untuk tunggu time bersanding nanti. Haruslah tidur kejap sebab dah kenyang kan.

Time bersanding ni, ermm makan lagi.


Kalau ni makan berhidang plak, nak tunggu apa lagi. Makan jelah orang dah sediakan. Lagi sekali bertambah-tambah makan sebab sedap.

Ermm sampai umah mak aku, lepak-lepak sambil borak-borak hal family plak kan. Sambil kemas-kemas kononnya, tapi aku tidur kat hall. 

Lepas maghrib keluar plak ke Melaka.

apa jadahnye aku beli reben plak kan hauhauhaua

Alah amik angin kat Cowboy tuh, pi beli barang-barang dapur plak untuk umah mak aku ni. Best jugak cowboy ni ek, semua ada cuma barang makanan basah tak de lah. Boleh beli in bulk sangat-sangat murah ooo.

On the way, singgah Mc Donalds plak.


Biasalah ayah aku teringin nau nak makan burger #yanggempak, #yanghangat, #yangklasik tu kan. Ishk pengaruh tv sungguh orangtua ni ek. Tahniah McD ek, untung korang sale malam tuh. Aku je beli sampai seratus lebih kan.. Sampai umah terus open table makan reramai. 

Itulah kisahnya makan sedap aku last week ek..

Minggu ni ntah apa plak kan so stay tuneee.....






6 comments :

wahida said...

adoiiiii...tak tahan sungguh tengok daging salai masak lemak tu...

Jueliza Jamani said...

kak lily riben tu nak buat apa.. hahahah

Hanafi Abdullah said...

belek punya belek mana dia gambar pengantinnye..

ietams said...

anak sape pengantin pempuannya ni cikLily.
kot iols kenal..
hahahaha.

Nooraini Ali. said...

sedapnya lauk2 kenduri, mak aiii, org dalam pantang ni pula yang teringin nya haiiii

Hairi Hassan said...

menyelerakan! :D