Monday, April 4, 2016

ME’NATE Steak House Bangi, Tak Mahal Mane Pun

Hi Korang,


Bila Me’nate Steak House kat Bangi bukak aku yang over excited kan.

Sebab bila masa plak nak pi makan kat branch Setapak or Ampang tuh, lately ni memang aku agak malas sket nak travel lah. Jem teruk everywhere.

Tapi masa dia baru-baru bukak pun tak delah aku terkinja-kinja nak pi pun sebab aku dapat agak memang orang akan berpusu-pusu kemari untuk rasa daging steak yang mahal tu kan. So lek lu biarkan 2-3 bulan bagi orang reda sket then baru aku pi.


Langsung tak plan pun ke mari hari tuh, asalnya nak pi bank in duit kat HSBC yang sebaris dengan Me’nate ni, lepas tu tak tau nak makan apa so Mr Big suggest pi Me’nate je lah. Tak yah beratur pun sebab orang tak ramai lagi time ktorang datang tuh.

kat belakang tuh tempat pilih daging ek

Ini bagi first time nak pi makan di Me’nate Steak House ni ek

nampak betapa ramainya orang tengah pilih daging

1. Once sampai kalau orang tak ramai pi tengok daging kat peti beku dengan kitchen tu ek, kalau ramai sorang chop meja dulu yang lelain boleh pi pilih daging, bukan apa kang budak waiter tu tanye korang duduk mana then meja full cam no plak kan. 

2. Memang harga daging mahal tapi ada jugak pilihan daging yang murah mengikut budget korang, bukan tak de langsung ek paling murah dalam RM40++ siap masak dan side dish sekali.

3. Dah bagi details pasal daging korang tuh, bolehlah duduk dan order makanan sampingan yang lelain

harga menu di Me'nate Steak House

Di sebabkan bawak duit tak berapa banyak time tu, so tak dapatlah makan Wagyu yang harga bermula RM220++ tu kan. Makan jelah daging yang harga dalam RM65-75 sekeping tuh, ermm itu pun dah sedap.


Untuk tambahan aku order mushroom soup dengan garlic bread, bolehlah not bad jugak rasanya buat tambah-tambah selera.

Inilah yang ktorang order

T-Bone Grain FE - RM63.70

T-Bone Grain FE - 57.50

Dua-dua steak Masak medium well, sebab dah biasa makan style tu, nak juicy coz nampak jus daging keluar masa potong tuh lah. 

tebal kan

lebih besar dari sebatang garfu

medium well, ada merah-merah sket je

Kalau well done, kering sket so tak sedap rasa tercekik plak. Side dish simple je mashed potato dengan coleslaw. 


Sempatlah aku buat video sket, makan steak di Me'nate Steak House ni kan, ermm kelam kabut sket lah video sebab ikut suker tekan button kan

Ok bab minuman plak


Minuman memang free flow, bagi air sejuk mahupun air panas. Bukan soft drinks ye, air sejuk air jus dan pilihan minuman panasnya sangat awesome ada black coffee, cappuccino, espresso, hot chocolate pun hado jugak. 

Ini alamat yang outlet di Bangi ek

Me'nate Steak House
Cawangan Bangi
25, Jln Medan Pusat 2D
3B Curve Business Park
Seksyen 9, Bdr Baru Bangi

RSVP HOTLINE : 019-3911047
Operation Hours : Mon-Sun: 11:00 am - 11:00 pm 

Overall tak delah mahal mana pun seperti yang di gembar gempurkan di internet kan, kalau korang rasa teringin nak makan daging yang mahal tu so bolehlah cuba makan tapi kalau budget cipot setakat nak rasa keenakan cara daging steak di masak kat Me’nate ni pilih yang harga mampu milik.


Tapi cam biasa orang-orang Bangi ni memang senantiasa banyak duit ek, masa aku nak bayar tu sekejapan dah ramai beratur untuk masuk ke Me’nate ni, bukan 2-3 family tapi lebih dari 6-7 family kot. Even tingkat atas Me’nate ni pun penuh dengan orang makan. 

So salute la dengan orang-orang Bangi ni.

Wei korang patut pi cuba ek, alah sekali pun tak per lah kan



9 comments :

Nuriesya Nadia said...

Sedap sedap ! Dan tak mahal mana. Orang try makan dekat branch yang Setapak haritu.

Umie Adli said...

satu hari akan ku jejak juga Menate ni. Nak pergi ada je halnya...

Dkna Abza said...

hahahaa.. orang bangi memang kayo kak.. nak try gak, tapi asyik pending je wishlist ni..hehee

wahida said...

kalau sebut menate automotik mesti teringat kat azwan ali...ekekek...

Jueliza Jamani said...

belum ada kesempatan lagi.. ritu husband dah pergi dia cakap biasa jer.. takder la sedap mana.. kadang2 laki tekak lain kan tak macam kita merasa betul2

Anonymous said...

kitorang pergi beli tudung kat penmerahdot com haritu . lepastu mak teringin nak makan steak kebetulan time tu me'nate dah bukak kami gi makan...dapat ribeye grass fed yg harga rm38. tambah sup cendawan air refill 2 kali j pun dah kenyang sangat.
sedapp! Mak lah happy sebab dia kata sama macam rasa masa dia tinggal kat London dulu. kitorang berdua makan baru rm 87 je. tertunailah hasrat dihati. lagi pun bukan selalu.

Liyliz Yusof said...

mahal nya... 50 liz blh guna mkn untuk 1 minggu kak

Suriaamanda said...

merecik air liur tengok...dah la SA suka steak ni...erm..kena tanya cik abe la...dia nak pi x..dia tu payah skit

Ka Tan said...

sedap nya