Thursday, July 31, 2014

Secawan MARRAKECH Tea Untuk Chillax Di Rumah

Hi Korang,

Selain daripada kopi, teh memang jadi one of favourite drink aku. 


Selalunya aku minum teh ni tiap-tiap petang gituh. Yelah lepas penat kerja dari pagi sampai petang dengan bercawan-cawan minum kopi, so untuk penutup hari bekerja tu teh memang perfect untuk legakan segala stress bagai kan.


Bila dapat NESCAFE® Dolce Gusto® Mini Me ni, memanglah rasa awesome uolls. 

Mana taknya, senang betul nak buat teh dan kopi kan. Tekan sana, cuit sini dah siap. Kalau tak caya, korang meh baca entry aku yang sebelum ni Enaknya Marrakech Tea NESCAFE® Dolce Gusto® Ketika Berbuka Puasa. Di entry tu, aku dah tunjukkan cara nak membuat Marrakech Tea ni. Sesuai bagi kita-kita yang selalu nak cepat je. 


Memang rasa teruja betul bila minum Marrakech Tea ni, dengan rasanya bercampur baur di antara teh hijau dan pudina sangat-sangat menyegarkan. Walaupun tidak berapa manis tapi langsung tak merubah rasanya. 


Dah kali aku cuba pairingkan apa yang sesuai dihidangkan sekali dengan Marrakech Tea ni, memacam yang aku cuba. Ada yang ok dah ada yang tidak.

Tapi yang paling sedap sekali adalah

Marrakech Tea dengan Cheese Cake

Hari tuh, aku pairing teh ni dengan coklat cake dan kurma. Ermm ok ok lah, not bad. Tak delah rasa pelik sangat. Kemudian aku teringat plak, nak cuba pairingkan dengan Cheese Cake. 


Petang tu, pi beli Cheese Cake kat Komugi Café kan, balik rumah terus buat air Marrakech Tea ni. Tak sampai 5 minit dah siap pun. Hah, walahhh sangat-sangat sedap rasanya.

Rasa cam nak beli Cheese Cake hari-hari kan, lawan makan dengan Marrakech Tea ni. hehehhehehe teruk perangai ek


Marrakech Tea ini dipek dalam bentuk kapsul, ia didatangkan dalam kotak mengandungi 16 kapsul yang dijual pada harga RM27.99 bagi setiap kotak. Bagi mesin NESCAFE® Dolce Gusto®, ianya disediakan dalam empat (4) model bergaya dalam pelbagai warna pula dijual pada harga bermula RM499.00 ke atas.


Tiap-tiap petang memang aku minum Marrakech Tea ni, ermm rasa nyaman je… tenang minda.

3 comments :

Hazmin Hamudin said...

Oh.. pakai mesin ni memang senang. Letak capsule tu dah jadi dah kan.

Kisah Si Dairy said...

wah..macam sedap je

hazman fadzil said...

whoaa... siap ada daun pudina lagi tu.... makan biskut cap ping pong pun okey gak nie