Tuesday, July 8, 2014

Buka Puasa Di CHAKRI PALACE, Pavilion KL

Hi Korang,

Ada lagi citer pasal buffet ramadhan 2014 ni. Kan aku cakap memang senantiasa tak akan abis punya lah.


Now, aku bawak korang ke restoran Chakri Palace Royal Thai Cuisine di Pavilion Shopping Mall KL. Betul-betul di tengah ibu kota Kuala Lumpur ni.


Ktorang berbuka puasa di sini pada Ramadhan hari ketiga. Aku dengan Mr Big dan ada jugak foodblogger Hazman dan Oja. Ini semua last minute punye program sebab tak tau nak pi bila lagi so ktorang set time buka sesame.



Meh aku citer sket pasal restoran Thai ni ye

Chakri Palace Pavilion KL merupakan salah satu restoran yang bercirikan mewah dihias cantik dan menjadikan tetamu makan dengan sangat selesa. Bila masuk ke kedalam restoran ni, sememangnya korang akan rasa korang di Thailand. Dekorasinya sangat-sangat beridentitkan negara gajah putih tersebut.

Sementara nak tunggu waktu berbuka, aku sempat gaklah snap beberapa gambar untuk tontonan korang. Aku tau ramai yang suka tengok gambar makanan time-time cam ni kan.










Di antara pembuka selera yang terkenal di Chakri Palace ni, kira macam one of signature dish diorang ni lah.













Untuk hidangan utama pula, Chakri Palace menghidangkan Nasi Beriani, Rendang Tok, Butter Prawn With Salted Egg, Lamb in Green Curry, Stir Fried Lala with Tomyam Paste, Daging masak Lada Hitam, Fish With Sweet & Spicy Sauce, Pajeri Nenas dan Ayam Kapitan.

Ermm nampak cam sket tapi banyak sebenarnya







Bagi pemanis mulut pula, Chakri Palace Pavilion KL menghidangkan menu istimewa dan juga yang paling laris iaitu Red Ruby Waterchestnut, Bubur Jagung, Bubur Pisang, Kuih-muih dan banyak lagi. Setakat ni bubur pisang dan Pulut Mangga tuh 



Ktorang berbuka ala kadar je, walaupun pilihan makanan memang banyak but perut boleh masuk sket je. Makan pun rasa sana sket sini sket lah tapi majority aku dapat rasa gak lah. Hehehehehe

Untuk buffet Ramadhan 2014 ni, ianya bermula dari 28hb Jun 2014 – 27hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet ramadhan 2014 di Chakri Palace ni adalah

RM 69.50++ untuk dewasa
RM 35.50++ untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan juga warga emas (60 tahun ke atas)

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan tempat boleh hubungi 03-21431141 (Pavilion KL) / 016-2277197 (Marketing) atau email ke marketing@chakri.com.my atau layari http://berbuka.chakri.com.my.


Jom kita ke :-

Chakri Palace Royal Thai Cuisine
Lot C4.06.01, Level 4,
Pavilion,
168, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03-21431141

Sekali sekala tukar selera berbuka ala Thai pun not bad jugak, rasa macam sihat je bila makan banyak kerabu sayuran tu kan.

9 comments :

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...berbuka kalau ada kerabu mangga mmg sedap rasanya...tengok kerabu jer dah terasa nak membuatnya..;)

lieyalatif said...

aduh cik lily..dugaaaaaan apakah ini ahahahaah..tgk plak kul 1 mmg saje buat naya mata hati jiwa raga ni hahaahaha...sume foods nampak sedap....syok juga sesekali berbuka kat luar kan...

Kisah Si Dairy said...

sodapnya kerabu...somtam tu menggiurkan hati den...adoyaii

Mummydearie said...

Betullah tu CikLily, tak dapat makan dapat tengok aje jadilah :) Sedap gak makanan kat sini. Harga pun okey.

hazman fadzil said...

sesekali tukar selera memang best kan.... kat sini tomyam seafood dia memang terbaik laaa

Ema Johari said...

somtam dan kerabu mangga tu sedap...ratah gitu jer...

Khalid Kyle said...

Sedapnya nampak semua makanan yg disediakan tu..


Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)



eyriqazz said...

SOmtam tu nampak yummy

Hazmin Hamudin said...

Rendang tok tu makanan thai ke? hehe..